Surat pada husnuzon, riya’, takabbur, dan jalan menuju kezuhudan 2

Posted: July 4, 2014 in Uncategorized

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Dengan Nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat Ke atas Nabi Junjungan. Semoga kita semua berada dalam kerahmatan.

Salam sejahtera buat setiap yang membaca.

Tidak tahu mahu tulis bagaimana. Apa2 pun surat ini adalah rentetan daripada surat sebelum ini. Perihal Surat pada husnuzon, riya’, takabbur, dan jalan menuju kezuhudan. Maka cubalah kita menjadi dalam situasi ini. Cubalah kita. Cuba.

Kita mahu tulis status yang kita baru saja rasa kesedapan dan kelunakan bacaan imam di masjid yang kita solat. Selesai taip, dan bila saat mahu tekan enter. Hati rasa serba salah. Serba salah dek kerana nanti merasakan kita ini riya’. Melakukan ibadah. Maka kita delete semula status itu.

Kita dan keluarga kita baru saja selesai habis baca Quran. Quran yang cantik, Quran pelangi orang panggil. Kita mahu kongsi pada teman2 di FB tentang apa yang kita baca tadi dan kecantikan Quran ini. Selesai taip, dan bila saat mahu tekan enter. Hati rasa serba salah. Serba salah dek kerana nanti merasakan kita ini riya’. Melakukan ibadah. Maka kita delete semula status itu.

Kita sekarang ini tengah mengadap makan ini. Makanan kegemaran kita. Mungkin di rumah, masakan ibu. Mungkin di restoran arab! Kambing yale yale!. Kita mahu kongsi apa yang kita rasa dengan menulis segala kesedapan yang ada. Dan juga alamat kedai ini. Mana tahu akan datang, kita dan kawan2 kita akan buat gathering di restoran ini. Ataupun berkenan dengan makanan yang ibu kita buat tadi. Selesai taip, dan bila saat mahu tekan enter. Hati rasa serba salah. Serba salah dek kerana nanti merasakan kita ini riya’. Maka kita delete semula status itu.

Itu apabila kita mahu berkongsi di ruang laman sosial. Bagaimana pula bila dunia sebenar?

Kita ternampak seorang peminta sedekah. Meminta sedekah. Dalam dompet ada duit besar. Yang paling kecil hanya RM10. Sebab biasa kita derma satu ringgit saja. Kita pun lalu di hadapan peminta sedekah itu. Hati ragu2 mahu beri atau tidak. Maka kita pun merasakan jika beri wang besar akan timbulnya rasa ujub. Kita berlalu pergi.

Kita mahu buat kebaikan tapi segan. Takut orang kata kita menunjuk. Kita lupa niat kita buat semua ini untuk apa? Kerana Allah atau kerana manusia. Kenapa kita perlu menekan delete atau menarik kembali segala kebaikan jika Kerana Allah. Allah saja yang menilai. Bukan manusia. Sebenarnya panjang lagi mahu tulis. Dek keterbatasan waktu dan fikiran. Maka saya tamatkan saja surat saya sampai sini sahaja.

Wassalam.

Yang menulis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s