Surat pada husnuzon, riya’, takabbur, dan jalan menuju kezuhudan

Posted: July 2, 2014 in Uncategorized

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui. Segala yang tersurat dan tersirat berada dalam pengetahuan-Nya. Rabbul Jalil yang punyai rencana paling sempurna. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan yang menguasai masa. Sebelum segalanya wujud Dia sudah wujud. Selawat ke atas Rasulullah. Al Amin. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan sempena Ramadan nan mulia ini. Maka rugilah pada mereka2 yang saat masuknya Ramadan, tidak ada satu hal pun yang dapat mereka rasa dalam Ramadan ini.

Surat ini ditulis bertujuan menghuraikan apa yang sebenarnya telah terbuku dalam jiwa dan hati saya selama ini. Mungkin, mungkin sebelum ini saya belum punya kekuatan untuk menulis. Tapi sekarang, insyaAllah. Saya masih ingat tahun lepas. Ada teman saya lebih kurang tiga orang, menggunakan avatar wajah mereka sendiri. Dan mereka ini memakai tudung. Ouh lupa mahu beritahu, teman2 saya itu adalah lelaki. Tujuan apa mereka buat begitu? Semata ingin mengkritik golongan yang dalam Ramadan bertukar menjadi alim2 kucing. Selesai saja Ramadan, maka selesailah alim2 kucing golongan ini.

Itu satu hal yang membuatkan saya rasa benar2 jelek. Maafkan saya. Dan satu lagi. (ini saya tulis dalam facebook saya)

Dari pagi tadi dan sudah banyak sebenarnya status2 yang begini bunyi nya

“Esok bermulalah pesta menunjuk-nunjuk”

“Segala ibadah tersembunyi didedahkan pada umum, baik tidak perlu buat”

Dan macam2 lagi. Sebenarnya saya merasa aneh. Dan saya ingin menulis panjang. Tapi tidak perlu kot.

Kenapa teman2 merasa begitu? Bagi saya tiada masalah. Intelektual empati itu perlu buat kita semua. Memang ada orang suka kongsi apa yang mereka buat. Ada yang tidak kongsi. Kenapa kita tidak raikan??

Okey2 fine. Status begini ke maksud teman2?

“Alhamdulillah, baru selesai Qiamullail. Rasa tenang saja diri ini”

Atau

“Fuh mujur sempat baca satu juzuk hari ini”

Dan lain2. (Termasuk bergambar)

Cuba renung betul2. Kenapa anda rasa mereka ini menunjuk2? Riak, takbur semua ini Tuhan yang nilai. Tiada satu keburukan pun bakal berlaku saat status itu diupdate. Bahkan saya rasa, mesti akan ada yang terkesan dan bermotivasi untuk turut serta beribadah.

Apa2 pun senantiasa husnuzon. Antara perkara utama dalam penyucian jiwa adalah senantiasa bersangka baik sesama Muslim. Atau anda paranoid?

Maka atas kedua hal ini membuatkan saya rajin menulis surat. Alhamdulillah. Sebelum itu ada baiknya saya kongsikan dahulu beberapa definasi yang saya mahu teman2 faham dan benar2 faham.

Husnuzon
Bersangka Baik

Zuhud

Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ). ( Dipetik daripada – Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus. Muka surat 274 – 276 )

Takabbur (sombong)

Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

‘Ujub (bangga diri)

Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain. Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

Sumber laman web
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf

Tahukah teman2, hal ini berada dalam lingkungan sifat mahmudah dan mazmumah. Semua ini jalan menuju penyucian hati dan jiwa. Maka izinkan saya hurai satu persatu mengikut pandangan saya. Andai teman2 rasa pandangan saya salah. Saya hanya hamba yang fakir. Mohon perbetulkan.

Berkenaan situasi pertama..perihal kritikan buat golongan yang jadi alim saat ramadhan menjelma. Saya memang menolak secara total kritikan ini. Kerana apa? Kerana kita ini siapa mahu kritik orang buat begitu begitu? Di hati mereka masih punya iman. Maka atas punya iman itu mereka masih ingat pada Tuhan. Tapi yang mengkritik itu pula? Imannya bagaimana ye? Mungkin mereka rasa ini adalah perbuatan orang MUNAFIK! Wow hebat betul anda. Mudah menilai orang. Setiap kita punya perjalanan dan proses hidup masing2. Kita sendiri ini punya kesedaran dan keinsafan berTuhan dengan tiba2 atau dalam keadaan tertentu? Mudah kata. Adakah yang mengkritik itu setiap masa ingat pada Allah atau pada waktu2 tertentu sahaja? Amboih garangnya….hehe. Tidaklah. Sekadar bertanya.

Sekarang kita beralih pula ke bahagian kedua. Status2, gambar2 dan hal2 ibadah yang dikongsi. Saya yakin setiap dari anda punya pandangan tersendiri. Saya meraikan segala pandangan. Cuma apabila satu2 pandangan itu diangkat sehinggalah pandangan lain dipandang sepi. Saya merasa terpanggil dengan pandangan yang tidak dipandang itu.

Izinkan saya.

Sebelum itu ada satu komen cakap. Status saya ini kira menegur orang ambil gambar makanan instead of Bismillah? Apa ni? Jauh panggang dari api. Jika benar pun status saya menjurus ke arah itu. Kita ini tahu mana dia baca ke tak Bismillah? Sedangkan orang sebelah kita makan pun kita tak dengar dia baca Bismillah dengan kuat. Inikan pula yang ambil gambar makanan? Ok2. Maaf. Saya kena jelaskan sebab takut ada yang salah faham.

Sekarang fokus pada pandangan yang lagi satu itu. Kenapa saya rasa orang yang ambil gambar atau status dalam peribadatan mereka tidak menjadi masalah. kenapa? kenapa? kenapa? sebabnya mudah. Kita ini siapa pula mahu menilai sesuatu melebihi Tuhan? kembali kepada definasi yang saya kongsikan diatas. Adakah yang berkongsi status itu me-nunjuk2? adakah? saya yakin tidak. Yang berkongsi status semata mahu berkongsi kegembiraan akan hal telah mereka selesai lakukan, dan ingin mahu teman2 lain merasa sama. Meskipun teman2 lain tidak berada disana. Mungkin akan ada yang menjawab, maka ia akan mengundang pujian2 yang melambung tinggi. Bagi saya, itu kembali bagaimana yang berkongsi itu reaksi terhadap pujian2.

Saya beri contoh.

Perkongsian gambar muka surat dalam Al Quran. Muka Surat tertentu. Kebetulan ada kucing berstatuskan. “Baca Quran sehingga kucing pun merasa cemburu.”

agak2 teman semua, komen bagaimanakah yang bakal diterima oleh insan ini? kan????

Situasi di atas adalah gambar instagram ustaz hasrizal.

Maka kenapa kita mahu merendahkan perkongsian orang? kenapa kita tidak raikan? saya sehingga kini masih merasa ada sesuatu yang belum selesai dalam hati kita. Hati masing2. Dalam Ramadan kali ini. Semoga hati2 kita semua semakin jernih dan bercahaya. Kita semua pada asalnya adalah ahli Syurga, ianya bergantung kepada diri kita sendiri selama mana kita mampu bertahan menjadi ahli syurga.

Berkenaan Zuhud?

Mungkin akan tulis pada surat yang lain. Jika diberi peluang. InsyaAllah.

Wassalam.

Yang menulis dan berpuasa
perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s