Surat pada hal2 semalam

Posted: April 6, 2014 in Sepetang di Kota Luhur

Kampung Padang Balang
Kota Luhur

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Maha pengasih buat semua makhluk. Semoga kita senantiasa ingat dan terus ingat.

Petang ahad yang aromanya sempurna. Pelbagai cerita mahu dikongsi kata. Tapi apakan daya, tidak semua kita mampu cerita. Mungkin sudah lama sebenarnya tidak tulis surat. Mungkin. Entah, saya rasa lama. Rimas dengan diri yang selalu tanya kenapa tidak tulis surat? Tiada idea atau culas? Jawapan saya adalah ke-dua2nya. Seperti sekarang ini, sepatutnya sudah tulis semalam. Kemudian pagi tadi. Kemudian…..kemudian sekarang. Ok2, sering terngiang bila saya tidak update entri di sini kata2 dari aloy. Jangan berhenti menulis! Jika tidak ada apa mahu tulis. Tulis saja apa2. Yang utama jangan berhenti. Maka terhasillah surat ini. Atas faktor jangan berhenti menulis!

Surat ini lebih kepada perihal apa yang telah berlaku sekeliling pada minggu2 sebelum atau bulan2 sebelum atau tahun2 sebelum. Pada pagi tadi pengerusi masjid di rumah saya ada sebut “sekarang masjid kita menghadapi krisis bilal”. Saya pun wow, untuk pengetahuan semua. Pengerusi masjid ini juga pernah mengumumkan bahwa kapal terbang MH370 meletup di udara. Itu pun dua hari selepas kerajaan mengumumkan kehilangan pesawat. Kami orang kampung pun pelik. Kemudian tertawa sendiri. Tadi pagi beli buku di kinokuniya. Terjumpa pak samad. Ingatkan mahu bertanya…”pak samad, murakami atau orhan?”.

Haha.

Okey, saya sering mendapat imbasan masa kecil. Apabila terserempak pada situasi atau perbuatan yang mungkin saya pernah buat atau alami. Kenangan itu menjelma. Mesti ada yang bertanya, so what?? Sebab saya terfikir, pergi ke mana memori2 dari umur boleh bercakap yakni umur 4 tahun sehingga darjah 5 mungkin. Kalau ikutkan, hal2 semalam pun kita tidak dapat ingat secara spesifik. Oleh yang demikian saya punyai niat mengumpul segala imbasan masa kecil. Saya kumpulkan melalui JURNAL MEMORI!

Okey, ini saja tulisan atau surat “jangan berhenti menulis” saya. Harap terapi ini menjadi.

Wassalam.

Yang sebenarnya punya banyak hal mahu ditulis
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s