surat pada filem yang tidak habis

Posted: March 31, 2014 in Surat dari Kaca Mata

Kota Luhur
Malaysia

Disarankan mendengar video “over the rainbow” sambil membaca surat ini. Jika pautan internet anda kurang memberangsangkan tidak mengapa. Jika okey, tunggu muzik bermula baru baca. Tekan dan Mulai!

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam nan fana. Pencipta segala pencipta. Lebih pengasih dari yang mengasih. Bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim. Kasih dan sayangnya meliputi segala keterbatasan ruang yang difikir ada. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya nyatakan disini, tulisan ini diambil dari peristiwa yang sedang melanda negara. Jika ada tersilap kata tersilap segala, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya hanya pemerhati. Pemerhati yang menyimpan rasa pada peristiwa ini, menyimpan dari luahan di facebook ataupun mana2 ruang. Simpan dijadikan surat, untuk senantiasa saya beringat. Tiada yang berkuasa melainkan yang maha berkuasa. Tiadalah jua kekuatan pada diri untuk berkongsi status, melainkan dalam bentuk surat pada filem yang tidak habis.

Bismillah

Waktu itu pagi subuh, saya dan ayah baru selesai pulang dari masjid. Dalam keadaan hening dan bening. Mak berdiri depan televisyen, masih bertelekung. Isteri saya jua. Kata mak, ada filem pelik pagi ini. Filem yang tidak pernah difikirkan oleh mana2 pengarah filem. Kami duduk bersama di sofa. Berempat. Filem ini bermula dengan situasi semua ahli keluarga berada dalam pelukan. Masing2 berbicara mesra, ada berbicara hiba. Ialah, tidak pernah berenggang dengan keluarga. Yang berbicara mesra itu, semestinya pulang ke tempat asal. Babak yang paling memikat adalah seorang ibu mengambil gambar bersama anaknya. Ibu itu memakai tudung putih, merasa bangga anak bakal jadi pegawai kerajaan yang ditugaskan ke luar negara. Gambar mereka dimuatkan dalam facebook ibu. Kamera fokus. Ibu menulis status. “Semoga kita ketemu lagi nak, ibu doakan yang terbaik buatmu dalam menunaikan tanggungjawab”. Dalam masa yang sama ada sekumpulan rombongan dari cina. Seronok mereka tidak terkata, ada yang bernyanyi. Ada yang berkongsi kisah semasa lawatan di negara ini. Ada yang tidur. Keletihan barangkali. Kamera fokus pula pada beberapa warga eropah. Tidak tahu warganegara mana. cuma bahasa komunikasi mereka adalah English. Terpancar di papan kenyataan elektronik, panggilan untuk mereka check in.

Mereka mula berangkat.

Semua melambaikan tangan. Semua mengirimkan senyuman. Ada yang membalas. Ada yang pandang ke depan. Mahu segera selesaikan proses check in. Dalam filem ini juga difokuskan waktu. Setiap kali perkara yang berlaku. Pasti ada waktu terpampang di bahagian bawah belah kanan. Babak dipercepatkan ke dalam ruang kapal terbang. Keterujaan mereka turut dirasakan. Pramugari memberi tunjuk ajar panduan keselamatan. Ada yang mengambil tahu, ada yang sibuk mesej kesayangan, bahawa mereka itu bakal bergerak.

Maka terbanglah kapal terbang membelah awan gemawan.

Kapal terbang berlepas tengah malam, krew kapal sedang sibuk sediakan hidangan. Ada penumpang yang sudah terlena. Terdengar rengekan bayi. Mungkin lapar. Mungkin tidak selesa. Mungkin sejuk. Terlalu banyak kemungkinan saat kami menonton filem ini. Selesai saja makan malam. Lampu dimalapkan. Semua penumpang mengambil peluang ini untuk tidur. Terpasang peta laluan mereka. Dari negara mereka berlepas ke negara mereka bakal tiba. Sejuk dan dingin. Bulan penuh. Cahaya kuat. Pinjaman dari mentari. Mereka mulai bermimpi.

Saya dan ayah berpandangan satu sama lain. Macam tahu cerita ini.

Babak seterusnya difokuskan pada tv. Berita kehilangan kapal terbang yang berlepas pada tengah malam tadi. Presiden negara mengesahkan dengan berasa hiba pada hati. Ketua pegawai eksekutif syarikat memainkan peranan menceritakan apa yang berlaku. Seluruh dunia tertumpu pada negara tersebut. Babak semua rakyat sedang fokus di hadapan televisyen, menanti sidang media yang seterusnya. Pelbagai spekulasi muncul, ada yang kata itu ada yang kata ini. Ada kata begitu ada kata begini. Dalam filem ini saya masih kurang faham, siapa watak utamanya? dalam saya dan sekeluarga menanti babak seterusnya, kelihatan seorang lelaki berkulit putih berambut perang. Mengadap komputer, menaip surat. Surat kepada filem yang tidak habis. Bermula dengan membuat kenyataan bahawa surat ini ditulis tidak bermaksud ingin melukai hati mana2 pihak. Bunyi papan kekunci berdetak…tak….tak….tak. Khali. Teruskan menulis atau tekan backspace?

-tamat-

Kehidupan di ibarat roda
yang ber-putar2
mencari…….

Yang tidak sanggup menamatkan surat ini dan menggenggam harapan
perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s