Surat pada diri 10 tahun dahulu

Posted: March 21, 2014 in surat pada diri

Kampung Baru
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Kehadapan diri sendiri yang pada 10 tahun dulu umur mu 18 tahun.

Segala puji bagi Allah. Tuhan yang maha pengasih dan maha pengasih dan maha pengasih dan maha penyayang. Tuhan yang telah bersumpah demi masa. Tuhan yang menyimpan masa lalu, yang menggerakkan masa kini, dan maha mengetahui masa depan. Selawat ke atas nabi Muhammad. Allahumma solli ala saidina Muhammad.

2014, tahun ini genap 10 tahun diri menjalani SPM. Dapat berapa A? 1 sahaja. Namun ada hal yang lebih besar dan gusar waktu itu. Dek termakan kata2 ustaz, ustazah, guru, ahli motivasi dan mereka2 yang lebih berusia dari diri. Kata mereka, usia remaja ramai yang mencari2 jati diri. Ingin jadi apa belum pasti. Oleh itu ber-hati2-lah dalam mengisi dan mencari.

Diri mula merasa gusar. Mencari dan terus mencari. Cuba satu demi satu kehidupan. Tidak kena dengan jiwa dan rasa, dipinggirkan. Tapi ada satu yang diri akan buat, dari dulu sehingga kini. Meskipun pernah hanyut dibawa badai, konsistensi diri pada yang satu ini tetap utuh. Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah seni.

Seni
Seni
Seni

Dari seni ini-lah diri bertemu dengan semua insan. Diri ambil sempadan mana yang tidak perlu. Diri ambil bekalan mana yang perlu. Sebab diri dulu, tamat saja SPM….terus merasakan dunia remaja sudah tamat. Tiada lagi siapa akan menasihat. Perlu pegang erat segala amanat. Itu mungkin faktor diri yang low-self-esteem. Mungkin. Sekarang diri sudah beristeri. Isteri ikut sekali kemana saja acara seni. Kadang isteri tidak pergi, kerna isteri jua punya aktiviti sendiri.

Kepada diri yang 10 tahun dahulu gusar, senyumlah. Kini dirimu sudah punya hala tuju. Acara masyarakat dan seni menjadi darah daging. Sampai ke tua mungkin. Diri pernah baca dalam jurnal kajian sukarelawan, sukarelawan yang berumur itu lebih sihat dari orang berumur yang hidupnya dihabiskan di rumah. Kerana apa? kerana sukarelawan itu lebih mengerti erti hidup dan menghargainya dengan dia meladeni kehidupan orang lain.

Maka berbahagialah wuhai diri. Jika mesin masa sudah tercipta. Surat ini pasti dikirimkan.

Wassalam.

yang pernah merenung jauh ke masa depan dengan SPM 1 A sahaja
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s