Surat kepada Cintamu Ummi

Posted: February 8, 2014 in surat untuk buku

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang memberi segalanya kepada kita. Kepada Tuhan saja kita menyerah dan berserah dan menyerah dan berserah. Sebelum itu mari kita semua sedekahkan Al Fatihah kepada penulis buku puisi ini. Tidak lain dan tidak bukan, sasterawan Suhaimi Haji Muhammad. Meskipun pertemuan saya dan buku ini agak lewat, tidak mengapalah asal dapat.

Al Fatihah….

Secara jujurnya saya keliru di antara sasterawan Muhammad Haji Salleh dengan Suhaimi Haji Muhammad. Mungkin dyslexia. Mungkin. Atas kekeliruan itu, saya terbeli buku ini pada pesta buku selangor beberapa tahun lepas. Harganya sangat murah, RM2.90. Lama saya simpan, baru minggu lepas saya buka dan habis baca. Mungkin juga kerana tahun ini saya memilih tema bacaan puisi. Mungkin. Tapi yang pasti tulisan beliau sangat2 memukau.

Cintamu Ummi cetakan 2007, dengan kata pengantar yang ditulis menggunakan tajuk

“Saya kembalikan surealisme kepada haknya” membuatkan diri saya begitu terpesona. Apa itu surealisme yang dianuti oleh penulis puisi ini? Saya baca dan selam lebih dalam. Setiap malam saya fikir maksud2 tersirat di sebalik puisi ini. Begitu harmoni dengan alam dan ketuhanan puisi2 yang ditulis. Apa lagi, terus saya baca seberapa tulisan perihal surealisme.

Didalam buku ini, muka akhir ada juga menyebutkan perihal kata2 sasterawan lain pada Suhaimi Haji Muhammad. Semuanya seolah2 menolak gaya penulisan beliau. Katanya egois, individualis dan is is yang lain. Termasuk A Samad Said. Dan saya ada juga terbaca perihal isu pencalonan beliau dalam sasterawan negara. Rupa2nya, saat Dr Anwar Ridhwan dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara. Ramai yang tidak berpuas hati. Kerana ramai lagi sasterawan lama yang benar2 berjuang. Pun yang demikian, anugerah sasterawan negara yang seterusnya di nanti oleh anak murid guru surealisme malaya ini. DIAM. tiada anugerah tertinggi negara pada beliau. Dapat pada KEMALA. Akan tetapi saya fikir kembali, tulisan KEMALA dan Suhaimi Haji Muhammad ini tiada jauh bezanya. Cuma KEMALA tidak surealis tapi lebih kepada ketuhanan. Suhaimi Haji Muhammad pula menulis perihal tasawuf. Atas dasar ini mereka saling menerima keputusan. Teori sendiri.

Saya baca lagi, dan lagi dan lagi. Tulisan eksperimentasi begini, mendepani zaman hanyalah beliau dan Abdul Ghafar Ibrahim. Latiff Mohidin muncul kemudian. Namun Pak Agi itu lebih berat gayanya, dan meminta-minta pembaca menterjemahkan sendiri. Lain pula Suhaimi Haji Muhammad ini, beliau secara terus terang menyatakan segala yang ditulis itu ditujukan kepada Pencipta. Tiada maksud terselindung apa2. Nah, ini kerja paling sukar. Apabila penulis itu sudah pecahkan ruyungnya, ditakuti keindahan makna itu hilang. Tapi hal ini tidak terjadi pada Suhaimi Haji Muhammad. Salute!

Selepas beberapa tahun saya tenggelam dengan tulisan Usman Awang, dan menolak semua puisi2 lain. Menolak dalam erti kata yang saya benar2 senangi dan akrab. Kini saya telah jatuh cinta pada tulisan2 Suhaimi Haji Muhammad. Benar2 memberi kesan kepada saya. Saya belajar, dan terus belajar.

Maafkan saya, mahu kongsi sedikit perihal saya dan pencarian karya2 Usman Awang. Saya mula mencari karya beliau sejak zaman diploma. Tapi sudah baca sejak zaman sekolah. Buku2 rare beliau saya miliki. Saya hanya akan miliki kalau buku itu saya belum baca lagi. Ada teman saya mahu jual buku tulang2 berserakan cetakan pertama pada saya. Saya tidak mahu kerana saya sudah pun baca. Saya tidak merasa puas jika buku itu masih ada lagi. Yakni cetakan baru. Maka saya miliki saja cetakan baru. Lebih jimat. Untuk menjadi pengumpul buku2 rare ini, kena cerdas dan pintar. Jika tidak, habis duit dengan hal2 yang tidak berbaloi. Saya tidak pernah cari buku Usman Awang, Buku2 ini yang kebetulan terserempak dengan saya. Di KLAB, di Hariz Vintage, dan kedai2 buku biasa. Sebab, jika saya beria cari dan tidak jumpa. Saya akan kecewa. Mahu dijadikan cerita, sewaktu saya bersama isteri ke Kuala Kangsar. Saya teringat perihal Novel Hut di Ipoh. Saya bayangkan ianya penaka Chowrasta. Dipendekkan cerita, tiada apa2 disana dan saya merasa rugi sangat2 berhenti di Ipoh semata mahu singgah Novel Hut. Oleh yang demikian, mulai dari itu saya mengingatkan pada diri. Jangan cari, biar dicari. Okey tamat kisah Karya Usman Awang.

Beberapa hari lepas, seusai saja saya menamatkan buku Cintamu Ummi ini. Saya terus mesej pada Encik Syamsul pekerja DAWAMA, supaya cari semua karya Sasterawan Surealisme ini dan saya mahu beli. Dalam kritikan2 yang diterima oleh Suhaimi Haji Muhammad. Karya WUJUD adalah karya beliau paling agung. Seolah beliau sudah bertemu dengan apa yang beliau mahu. Oleh yang demikian, dari Usman Awang saya beralih kepada Suhaimi Haji Muhammad. Tajuk2 puisi beliau benar2 memikat saya. Antaranya

-surat itu terus mengoyak2kan dirinya
-cerita ceritaan-ceritaan di pentas teater
-kisah percintaan seekor siput lumpur
-kita berdua adalah gambar
-angin kuning dari gunung
dan banyak lagi…

Dibawah ini adalah puisi beliau yang bertajuk
MALAM-MALAM TERAKHIR INI

Dia seorang temanku, pagi ini kudengar
dia telah kembali menemui AL-Khalik dalam
tidur dinihari. Dia pergi tidak kuduga.

Malam-malam terakhir ini
dia turun naik surau kami sewaktu ustaz
hampir tamat memberi kuliah hariannya
selepas itu dia sembahyang isyak bersama kami.

Meski dia telah pergi dan dimaklumkan
tapi kini kulihat dia seperti biasa
malam-malam terakhir ini dia datang
ke surau, turun naik sewaktu ustaz hampir
menamatkan kuliahnya. Apakah yang dicari?

Dia tidak menoleh kepada sesiapa
terus menatap Kitab Suci.

sekian, Wassalam.

Yang terjun dalam hal separa realiti
perewa

p/s: saat saya baca sajak ini, teman ibu saya baru saja pergi mengadap penciptanya. Perginya sewaktu tidur. Dikejutkan oleh suami untuk solat subuh, tidak bangun2 jua. Walhal, baru petang semalam mesej akan bertemu pagi berikutnya. Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhanlah kita kembali.

1011833_4355532504895_1011940962_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s