Surat Pada Masa

Posted: January 20, 2014 in Uncategorized

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum,

 

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

 

Tuhan yang bersumpah pada masa. Demi Masa. Tuhan yang menyimpan masa lalu, Tuhan yang menggerakkan masa kini, dan Tuhan yang Maha Mengetahui masa depan. Selawat ke atas kekasih Rabbul Izzati.

 

Surat pertama pada tahun 2014, Yup. Yang pertama. Selamat tahun baru. Semakin tahun bertambah, semakin jiwa berubah. Apatah lagi pada diri yang kini bergelar suami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Surat ini ditujukan kepada masa kerana saya kira masa adalah hal yang amat rapat pada saya. Saya tidak tahu atau tidak pasti saya ini sebenarnya bagaimana. Kerana ada satu2 hal itu saya yakin ianya akan berlaku. Dan pada keyakinan terpahat itu saya kembalikan segala puji pada Tuhan. Mana mungkin saya lupa kekuasaan Tuhan.

 

“Berkonspirasi dengan Takdir”

 

Yup, berkonspirasi dengan takdir. Seolah saya ini tahu apa yang bakal berlaku dan berlakon seperti tiada apa2 yang saya tahu. Berbalik kembali kepada surat pada masa. Sengaja saya memilih tajuk surat sebegini kerana masa adalah hal yang sangat berharga sekarang. Pada apa lagi yang mampu kita sandarkan betapa peri pentingnya sesuatu jika bukan dengan masa? Masa inikan dia macam….macam….macam…. *garuk2 dagu sambil renung luar tingkap. Kata Imam Ghazali, hal yang paling jauh adalah masa lalu. Saya sering berdoa pada Tuhan yang menyimpan masa lalu. Saya yakin masa itu masih wujud, jika diizinkan Tuhan. Kita semua pasti akan menemui masa2 lalu.

 

Sebenarnya saya sudah meleret2. Haha! Mahu mula dari mana ye? Ouh masa. Manusia adalah makhluk yang dipengaruhi oleh masa. Maka oleh yang demikian kita berkehendak dan berkejar pada masa. Masa2 lalu yang telah berlalu. Masa2 depan yang kita tidak tahu. Untuk itu, kita dengan sesungguhnya pada satu2 ketika pasti akan menghargai masa.

Untuk pengetahuan masa, saya sudah jadi seorang suami!!! Dan bakal ayah!!!! Woahhh cepat sangat masa berlalu. Saya makhluk, masa juga makhluk. Maka kita saling memeluk. Masa memerlukan pemasa. Pemasa juga perlukan masa. Saya sering fikir hal ini. Pada umur berapa saya akan pergi. Pergi jauh dari dunia ini. Saya ada tulis sajak seorang lelaki tua kepada seorang isteri. Kurang lebih begitu. Dalam sajak itu. Saya ada sebut bahagia 100 tahun. 100 tahun bermula selepas lafaz akad. Jika dikira, 2013+100=2113. Umur saya sekarang 2014=28. Maka pada 2113, umur saya 127 tahun. Selepas itu tiada.

Tapi sayangku, 100 tahun sekejap cuma. Sekilas disember. Percayalah. Sekejap kita tinggalkan zaman kanak2. Sekejap kita tinggalkan zaman persekolahan. Sekejap kita tinggalkan zaman universiti. Sekejap kita tinggalkan zaman remaja. Sekejap kita tinggalkan zaman muda. Zaman yang ber-api2 itu. Dan kini sudah berumah tangga. Menjadi suami yang baik dan baik. Menjadi seorang ayah! Hari2 saya tanya pada isteri jika ada anak mahu panggil apa? Jawab isteri, ibu. Sebab panggilan ibu itu lembut. Cuma saya belum fikir panggilan sesuai anak pada saya. Mungkin ayah. Mungkin. Dan kemudian berubah masa saya menjadi pelindung kepada anak2 kesayangan.

Setakat ini dahulu. Asalnya mahu bercerita kisah suasana. Mungkin pada surat lainnya masa. Tunggu saja. Mungkin surat kali ini agak rancu.

Yang merasa masa
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s