Malik yang khayal 2

Posted: January 11, 2014 in Sepetang di Kota Luhur

“Apa lagi yang mahu dikatakan lagi, bulan retak dipangkuan sendiri”

Tulisan cat warna di dinding bangunan hitam. Hak milik kerajaan Malsia di Purajaya. Suasana suram. Tiada bunyi deruman enjin. Tiada bunyi hon motor. Sunyi dan sepi.

Julik mengantuk.

Dulu kawasan ini pernah menjadi tempat permainan beliau. Berderet kedai menjual epal. Kurang lebih 9 buah kedai menjual epal. Yang anehnya. Mereka semua menjual epal pada harga yang sama.

Tidak boleh lebih
Tidak boleh kurang

Difikirkan cara ini membuahkan hasil dan mereka yakin. Ini adalah keadilan dalam pasaran. Namun, lain pula yang berlaku. Lihatlah mereka sekarang. Tiada. Entah kemana. Iyelah. Dari kedai 1 hingga kedai 9. Buah epal sama saja harga. Yang malas ke kedai hujung beli di kedai pertama. Maka kedai pertama akan untung dulu.

Kedai pertama habis epal. Pelanggan menuju kedai kedua. Kedai kedua habis epal. Pelanggan menuju kedai ketiga. Begitulah seterusnya. Namun amat malang kedai ke sembilan. Perjanjian antara mereka yakni kedai hanya bukan jam 9pagi-5petang semata.  Pada jam 5 petang. Epal habis di kedai tujuh. Kedai lapan dan sembilan menung jauh.

Mereka rugi. Setiap hari. Kedai lapan dan sembilan ambil keputusan berhijrah. Dan menyerahkan epal2 mereka kepada kedai tujuh. Maka lambakan berlaku di kedai tujuh. Melihat kepada situasi ini. Kedai satu bersetuju mengambil separuh daripada lambakan epal di kedai tujuh. Kedai tujuh lega.

Akan tetapi, itulah permulaan kepada kehancuran kedai tujuh.

Kedai satu punya stok epal yang banyak. Biasanya pada jam 4 petang epal di kedai enam sudah habis. Tapi kali ini lain pula jadinya. Epal hanya habis di kedai empat sahaja. Kedai lima, enam dan tujuh mengalami kerugian. Begitulah yang berlaku. Mereka mampu bertahan sampai dua minggu. Kedai tujuh ambil kesempatan menyerahkan semua epal kepada kedai enam, kedai enam menolak dek kerana kedai enam juga mahu menyerahkan semua epal itu kepada kedai lain.

Kedai lima punyai kuantiti epal dua buah kedai. Kedai pertama kembali seperti biasa. Pelanggan beli seperti biasa. Akan tetapi selang beberapa hari. Trend bertukar. Pelanggan menuju terus kepada kedai lima. Banyak epal katanya..kedai pertama panik. Tidak menyerahkan epal dan tunggu beberapa minggu. Keesokan harinya juga memujuk kedai dua, dan tiga bergabung.

Mereka bersetuju!!!

Harga epal yang sama. Kini hanya tinggal tiga kedai

1Gabungan kedai (pertama, kedua dan ketiga)

Kedai empat

Kedai lima

Saingan bermula. Bukan untuk mencari keuntungan. Akan tetapi mahu dapatkan kedai empat!

Julik jalan beberapa tapak melihat bekas kedai2 yang telah terbakar. Kepingan2 kayu yang hancur. Semuanya tinggal kenangan.

Julik mengantuk. Mimpi dalam mimpi bermula. Ditinggalkan Purajaya. Maka bermulalah pengembaraan mimpi sambil memegang buku kapitalis yang sarat informasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s