Malik yang khayal 1

Posted: January 1, 2014 in Sepetang di Kota Luhur

Tepat 2 Januari 2014!

Akhirnya Malik dibenarkan oleh tuan-nya terbang ke satu tempat nan permai. Pekerjaan Malik sebelum ini amat sukar dicerita. Cukuplah sekadar mengatakan api dan Malik berpisah tiada.

Tempat nan permai ini dinamakan malsia. Malsia adalah tempat yang amat jarang disebut makhluk di tempat malik kerja. Ouh sebelum itu, malik terbang ke malsia menggunakan sayap. Iye sayap. Malik makhluk bersayap. Sayapnya seluas tapat tangan bayi baru lahir. Kecil? Iye memang kecil.

Sampai saja Malik di Malsia, kagum. Malik kagum. Malik segera mencari makhluk lain untuk ditumpang. Untuk pengetahuan semua, malik perlu menumpang jiwa makhluk lain untuk kekal berada di satu2 tempat. Malik terbang dan terbang dan terbang dan terbang….

BAM!!!

Terlanggar seorang lelaki peniaga kedai minyak wangi. Nama lelaki itu Jud. Jud dan Malik bersatu. JUD+MALIK=JULIK. Julik jiwa baru. Tersedar. Biasanya selepas proses ini tuan punya badan akan mengantuk. Julik menuju ke bahagian stor kedai sambil kepit buku ‘can capitalist survive?’, karya joseph a. Schumpeter.

‘Ahhaa!!! Eureka!!”

Kata Julik, sambil menepuk kotak yang dijadikan tilam empuk tidur tengah hari. Dibuka muka surat pertama mata sudah berat. Terpandang keratan akhbar lama, diambil untuk korek telinga. Ada beberapa tajuk besar di dada akhbar itu.

“Antara hard rock cafe Putrajaya dan Book Cafe impian”

Julik mula menguap,
Dua kali menguap,
Tertidur…..terus lena.

Dan bermimpi. Menjadi pemilik hard rock cafe yang dibaca tadi. Klise bukan? Memang klise. Julik tidak peduli. Pengembaraan alam mimpi pun bermula.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s