#DuniaZamri

Posted: December 6, 2013 in Uncategorized

Salam semua, ini adalah koleksi cerita #DuniaZamri di FB saya. Moga terhibur. Jika bermanfaat, amalkan. Jika tidak, abaikan. Maaf, ada beberapa status yang tidak saya copy. Mungkin terlepas pandang. Atau tidak jumpa. Selamat membaca!

July 11 via mobile

Ada satu kelas agama buat pelajar sekolah rendah di masjid kampung. Setiap pelajar diwajibkan tanya soalan, demi mengajar anak murid itu berani bersuara. Siapa yang tidak tanya tidak boleh balik.

 

Zamri cemas.

 

“Ustazah, saya nak tanya satu soalan. Apa hukum-nya menghalang anak kecil yang mahu pulang awal kerana anak kecil itu mahu bantu ibu-nya di dapur? Anak kecil itu tidak sanggup melihat ibu-nya masak sorang2. iyelah selama ini tidak pernah anak kecil itu pulang lewat. Tiba2 hari ini…..”

 

“Ok zamri, boleh balik sekarang” jawab ustazah itu sebelum zamri habis cakap

 

Zamri senyum. Nampak gigi rongak.

#DuniaZamri

July 12

Keesokan hari-nya,

Di sekolah rendah masjid kampung. Setiap pelajar diwajibkan tanya soalan, demi mengajar anak murid itu berani bersuara. Siapa yang tidak tanya tidak boleh balik.

 

Zamri macam biasa. cemas.

 

“err ustazah saya mahu tanya soalan, apa hukumnya menghalang anak kecil yang mahu pulang awal kerana anak kecil itu mahu bantu ibu-nya…”

 

belum sempat zamri habis cakap, ustazah telah memintas.

 

“hukumnya berdosa, nak tahu kenapa berdosa? sebab kamu tipu. amboi…tolong ibu konon. malam tadi masa terawih saya jumpa ibu kamu, dia kata balik rumah saja terus tidur”

 

“tapi……tapi….tapi saya anak kecil, apa yang ustazah harapkan saya mampu buat?” jawab zamri dengan nada sedih.

 

“ok ada siapa2 mahu tanya soalan? boleh balik awal” ustazah meninggikan suara tanpa mempedulikan zamri. dan….suara zamri mula tenggelam. tenggelam. tenggelam.

 

#DuniaZamri

 

July 13

Dek kerana tidak berpuas hati terhadap sikap ustazah, Zamri berdiri di pintu. Merajuk barangkali. Proses mengajar anak murid itu berani bersuara masih berjalan. Siapa yang tidak tanya tidak boleh balik.

 

“haa…suzana, angkat tangan ye tadi. ada soalan?” tanya ustazah. “kita nak tanya ustazah, saya dalam bahasa arab apa ye ustazah?” jawab suzana yang memakai beg Swan. “saya dalam bahasa arab adalah ana” ustazah memberi jawaban. “iye saya! ustazah, panggil kita? ada apa?” suzana kembali bertanya. ” ha??? siapa panggil kamu? saya jawab soalan kamu tadi. saya dalam bahasa arab adalah ana” kata ustazah sambil memadam papan putih. “haaa itu ustazah panggil ana. kat rumah, mak kita panggil kita ana” suzana menerangkan sambil menggalas beg. “ouhh….bergurau pula suzana ye dengan ustazah. hehe……suzana boleh balik sekarang”. suzana berjalan menuju ke pintu. Suzana berjalan depan zamri “tepi sikit boleh tak? kita nak balik dah ni” , dan dengan sengaja melanggar dengan beg Swan. Kenyit mata sekali!

 

“huh! hambar!” Zamri bersuara

 

tiba2 satu suara bisik di telinga Zamri. “Zamri, sabar zamri sabar. Puasa ini”

 

“k…..” jawab zamri

 

#DuniaZamri

 

July 17 via mobile

Kelas Darjah 3 Qairawan. Pagi

 

Keberanian dan keteguhan hati zamri, membuatkan beliau anak yang paling bising dalam kelas. Keteguhan kerana tidak pernah berhenti bercakap. Semua rakan2 suka dengar zamri bercakap. Pengajar2 semua sudah faham perangai zamri. Saat status ini ditulis zamri masih bercakap. Sehinggalah seorang wanita yang dipanggil ustazah masuk kedalam kelas.

 

*kamera fokus mata ustazah merenung mata zamri*

 

Mata mereka bertembung. Zamri menjegilkan mata. Lama. Bertahan. Bertahan. Bertahan zamri ucap pada

 

“Hah kelip mata! Kalah!” Ustazah bersuara

 

“Cis!” Kata zamri pada diri

 

#DuniaZamri

 

July 21 via mobile

Ada satu kali itu ustazah cerita surah Luqman mengajar anak-nya. Dan masuk-lah firman Tuhan yang bermaksud

 

“Dan seandainya pohon2 di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi dakwat), ditambahkan kepada-nya tujuh lautan (lagi) setelah kering. Nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimat2(ilmu) Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”

 

Ada satu suara lantang muncul tiba2

 

“Fuyoooo. Hebat-nya”

 

Tidak lain tidak bukan zamri. Ustazah berbicara lagi.

 

“Jangan fuyoo sangat. Hafal ayat ini. Nanti esok ustazah tanya”

 

Zamri mungkin tidak faham. Tapi zamri cuba faham.

 

#DuniaZamri

 

July 23 via mobile

Pulang dari sekolah, Zamri lepak bawah pokok tepi padang surau hidayah. Baring dan merenung awan.

 

“Jangan menangis boleh tak petang ini?” Bentak mentari pada awan

 

“Kenapa? Sudah tiada daya untuk menahan” jawab awan. Sayu.

 

Datang sekawanan awan berkumpul. Menutup mentari. Seolah mereka berpakat ingin menyingkirkan mentari petang ini.

 

Semua makhluk bumi memandang ke langit. Termasuk zamri. Mata mula mengantuk, di hembus angin petang. Zamri garu kepala. Mendengar suara.

 

Setitis air hujan turun tepat ke dahi zamri

 

“Ceh nak hujan pula, HOI AWAN RELEKS BOLEH TAK?” Kata zamri.

 

Serta merta hujan turun dengan lebat. Basah kuyup.

 

#DuniaZamri

 

September 4

 

Waktu itu rehat pagi, kedengaran suara tangisan di dalam kelas. Ustazah yang kebetulan baru pulang dari perpustakaan sekolah menuju masuk ke dalam kelas.

Ustazah: eh zamri? kenapa menangis?

Zamri : huuuuu…..huuuuuu….uhuk uhuk

Ustazah: kenapa ni? cuba bagitau ustazah.

Zamri: huuuuu…..huuuuu…..uhuk uhuk

Ustazah: kenapa zamri? hish…sudah2 la tu. lelaki menangis malu lah.

Zamri: buku saya…..huuuu…..ada orang pergi balut……huuu…..saya tak suka orang buat apa2 pada buku saya.

Ustazah: la…sebab itu ke? baguslah dia balutkan.

Zamri: huu…..ustazah tak faham. eleh kereta ustazah itu yang buruk itu, yang ustazah cerita pemberian ayah ustazah. kalau nanti ada orang cat kan baru. ustazah mesti marah kan? sebab sudah lain….huuu….huuuu. sudah lain.

Ustazah: eh kenapa pula ustazah nak marah? ustazah berterima kasih lagi ada.

Zamri: …………………………….. *hentak2 kaki

Ustazah: eh zamri nak kemana tu?

Zamri: saya nak pergi cat kereta ustazah dengan kapur!!!!

Ustazah: ouh ye ke? terima kasih zamri.

Zamri: huuuuuu……sampai hati semua orang. sampai hati.

Ustazah: eh tadi nak pergi cat, sekarang duduk balik cangkung atas kerusi?

Zamri: …………*sendu

Ustazah: sudah2-lah. ala buku satu ini je pun. boleh beli lagi. buku kalau hilang ke apa boleh beli. tapi masa tak boleh.

Zamri: apa kena mengena masa pula ini ustazah…*sambil lap air mata

Ustazah: iyelah masa mana boleh beli, contoh sekarang masa rehat. tinggal minit lagi. buang masa dengan menangis buku itu boleh jadi macam asal ke?

Zamri: kalau saya dapat tahu siapa balut buku saya ini saya gigit cukup2!

dengan tidak semena2, sarah masuk.

Ustazah: eh sudah habis makan sarah?

Sarah: sudah, saya beli kuih koci tidak habis. ini ada lebih, ustazah dengan zamri nak? ouh zamri, lupa saya mahu beritahu. saya tolong balutkan buku awak itu. baru kemas sikit kalau balut.

Zamri: ha?

Ustazah berbisik pada zamri “ha, pergi la gigit kalau berani”. Zamri menjegilkan mata pada ustazah, kemudian berpaling pada sarah dengan senyuman paling manis. “terima kasih sarah” sambil mengambil kuih koci.
#DuniaZamri

 

Merasa tidak patut sungguh hari ini. Kerana balut buku. Hmmm. Kena rujuk cerita #DuniaZamri berapa sudah dibazirkan untuk mencari pembalut buku. Kata ustazah pada zamri, buku boleh cari baru tapi masa lalu tidak boleh diganti dengan yang baru.

 

September 17 via mobile

Waktu itu petang. Suasana-nya macam saat anda baca status ini. Kelas pendidikan islam

Zamri: ustazah sekolah henry gurney itu sekolah budak jahat kan?

Ustazah: yup. Kenapa?

Zamri: henry gurney itu mesti bapa segala kejahatan kan ustazah?

Ustazah: ………….(google). Hmmmmm….
(Baca wikipedia)………..

Zamri: kan ustazah kan? Eeeee…..lambatlah ustazah ni.

Ustazah: iye2 saya….eh tak2…….

Kring2…….
Dan loceng pun berbunyi.
#DuniaZamri

 

October 12 via mobile

Ada satu ketika, masih ingat lagi? Ustazah kemalangan depan sekolah. Zamri berlari selepas diberitahu sarah. Masih ingat? Hari ini zamri ke hospital melawat ustazah. Bersama ibu-nya. Dan kebetulan raya haji sudah dekat. Maka topik perbualan mesti-lah hal2 isu semasa.

 

Zamri: ustazah, saya ada soalan ini.

 

Ustazah: ouh ye, zamri. Kamu memang senantiasa ada soalan. Tanya-lah.

 

Zamri: nabi ibrahim itu diberikan ujian oleh Tuhan. Pengorbanan Ismail. Dan kita bagaimana mana pula bentuk ujian-nya ustazah? Masih wujudkah pengorbanan atas Ismail?

 

Ustazah: bayangkan begini. Kamu berada di satu tempat. Duit dalam poket ada 50 ringgit sahaja. Tiba2 datang seorang lelaki minta tolong. mahu minta bantuan kewangan. Dia perlukan sangat2. Dia mahu balik kampung. Katanya duit semua kena ragut. Dan dia minta 40 ringgit dari kamu untuk beli tiket. Kamu ada 50 ringgit. Apa yang kamu akan buat?

 

A) berikan saja 50 ringgit itu

tanya dia betul2, berikan 50 ringgit selepas berkata “kalau abang tipu nescaya Tuhan maha membalas”

C) pergi pecahkan duit dan berikan 40ringgit

D) minta maaf dan beritahu kamu tiada duit juga

E) tidak layan dan berlalu pergi

F) kamu punya jawaban lain….

 

Zamri: hmmmm….sekarang kan ramai orang menipu. Saya kena berhati2.

 

Ustazah: ye memang kena berhati2. Itulah. Ujian dari Tuhan sebenarnya selalu berada depan mata. Terpulang pada kita mahu lihat ia bagaimana. Jawapan kamu?

 

Zamri: kalau saya yakin, saya akan pecahkan duit dan berikan 40ringgit sahaja. Ataupun saya berlalu pergi

 

Ustazah: tidak boleh. Satu jawaban sahaja.

 

Zamri: hmmm…..saya pilih E. Kalau D, saya menipu. Baik saya tidak beri apa2 dari saya beri kemudian rasa dengan penuh prasangka.

 

Ustazah tersenyum.

 

Ustazah: kamu sepatutnya berikan saja 50 ringgit itu. Jika pemberian dan perbuatan kita semata mahukan balasan. Maka sekadar itulah. Tapi jika segala apa yang dibuat tanpa hirau akan balasan. Dengan mudah hati tenang memberi.

 

Zamri: kalau saya beri habislah 50 ringgit saya ustazah!

 

Ustazah: itulah “Ismail” mu. Bukan 50 ringgit, tapi kerelaan memberi itu.

 

#DuniaZamri #SiapakahIsmailMu

 

November 15 via mobile

Hujan lebat pagi ini. Hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan. Keadaan di kelas bermula dengan suram. Silibus semua sudah habis di ajar. Ustazah bagi peluang pelajar untuk melukis. Dalam masa yang sama….

 

Ustazah: macam lesu saja semua. Ok, ustazah ada teka teki. Siapa dapat jawab ustazah bagi hadiah!

 

Zamri: seronok nih! Apa soalannya ustazah. Tak sabar nak jawabbbbbb.

 

Ustazah: hey zamri, boleh slow sikit tak? Bingit laa….

 

Zamri: aaaaaaaaaaaaaaa

 

Ustazah: -.-! Ok soalannya…..apa beza bangunan parlimen dengan ahli parlimen?

 

Zamri: haaaa saya tahuuuu…..bezanya ahli parlimen takde otak, bangunan parlimen ada otak.

 

Sarah: kepala hotak kau zamri!

 

Ustazah: :0

 

#DuniaZamri

 

Disember 6

Waktu itu malam, Malam yang hening. Malam yang penuh rasa sangsi pun boleh juga. Seperti malam ini. Zamri dan Ustazah telah lama hilang. Kali terakhir dengar khabar dari mereka adalah pada bulan November 15. Dan kali ini mereka muncul. Untuk kali yang terakhir. Ucapan perpisahan mungkin. Mungkin.

Zamri: Ustazah…..ustazah…ustazah….

Ustazah: zamri! Bingitlah!…hah apa dia????

Zamri: Ustazah ni. Dah la lama tak jumpa. Nak marah2 pula. Ustazah tahu tak, orang yang tengah taip ini esok dia….dia……dia….

Ustazah: dia apa? chop2….sebelum itu. Tahu tak kenapa ustazah tidak punya nama? dan kenapa nama kamu zamri?

Zamri: ha’a laa….tak terfikir pula, kenapa ye? Sedap saja dia. Menaip sambil makan epal. Makan epal dari bawah pula itu. Terpengaruh video revolusi makanan! bajet. ceh!

Ustazah: amboih. membebel ke atau yang taip ini tengah membebel??? haa….dia tengah taip ini. Ustazah itu diambil dek kerana waktu dia belajar dulu. ada beberap ustazah yang rajin sangat layan pertanyaan pelik2 dia. antaranya, boleh tak manusia simpan ikan dalam poket. dan ustazah yang ini adalah mewakili semuaaaaa ustazah yang pernah ajar dia.

Zamri: ohhh begitu. nama zamri pula? tahu?

Ustazah: ini mesti kes mahu nampak banyak tulisan. Sedangkan boleh saja jawab pada dialog zamri kan? erkk….ehh….apa ustazah cakap ini?? nama zamri ye? nama zamri adalah nama bapa saudara dia. dia rasa nama zamri itu klasik. haha…

Zamri: ustazah, cover sikit gelak itu. tak elok orang tengok.

Ustazah: baikkkk. ini ha, sebenarnya dia mahu tamatkan #DuniaZamri dengan zamri masuk pertandingan soal jawab agama. mewakili sekolah. soalan penentu siapa juara zamri jawab. waktu itu sekolah menengah. dan soalan itu pernah zamri tanya pada ustazah.

Zamri: terus? kenapa tak dibuat begitu?

Ustazah: dia malas.

Zamri: malas tiada ubat. lagi satu kan ustazah, pada akhirnya dia baru sedar. rupa2nya dia lebih akrab menulis pesona kehidupan kanak2. Macam skrip filem pendek dia, yang bertajuk “surat kita pada Tuhan”

Ustazah: oh dia ada skrip filem pendek? kenapa tidak hantar?

Zamri: entah, macam saya cakap tadi. dia malas.

Ustazah: ok, malas tiada ubat.

Zamri: terus kita mahu buat apa ini ustazah? eh kenapa tiba2 diri saya makin lama makin…..makin……hilang.

Ustazah: biasalah zamri, orang mahu matikan watak. beginilah caranya. bersabarlah. ada rezki kita jumpa lagi ye zamri.

Zamri: ustazahhh…….tunggu……saya ada…..soalan……

Ustazah: ……………….

#DuniaZamri #Tamat #MetaFiksyen

Metafiksyen adalah salah satu aliran penulisan yang mana menonjolkan hubungan realiti dan fiksyen. Menggunakan ironi dan perihal diri penulis itu sendiri. Di dalam metafiksyen pula punya pelbagai gaya. Antaranya cerita dimana penulis menulis cerita, cerita dimana pembaca membaca cerita, cerita yang mana jalan cerita itu mencari siapa yang menulis cerita. Dan yang biasa kita jumpa adalah, cerita yang mana watak dalam cerita itu sedar yang dia adalah watak dalam cerita itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s