Lumba

Posted: December 3, 2013 in Uncategorized

Siapa pernah dengar cerita arnab dan kura2?

Ada yang belum pernah? Alaaa…..yang arnab sombong itu. Kemudian kalah. Hmmmm…..ok saya cerita secara ringkas.

Arnab yang bernama si putih pada satu hari terserempak dengan kura2 yang bernama si hijau. Dipendekkan cerita arnab mencabar kura2 untuk berlumba. Yang mana dengan penuh keyakinan bahwa kura2 akan kalah. Kura2 yang punyai sikap tidak mengaku kalah. Menerima cabaran si putih.

Hari perlawanan tiba. Seluruh haiwan menjadi saksi. Rama2 menjadi pengadil pada hari itu.

‘MULA’ jerit rama2

Si putih mula dengan larian paling pantas! Kura2? Hmmmm….slow and steady.

…….
……….
…………..

Si putih merasakan beliau sudah terlalu jauh di hadapan dan garisan penamat hanya beberapa langkah saja. “Rehat di bawah pokok dulu-lah” kata si putih. Dan beberapa minit si putih tidur.

Apa yang berlaku???

Bunyi ayam jantan berkokok di pagi hari! Si putih tersedar. Dan lihat keadaan sekeliling sudah kosong. Rupa2nya sudah lama si putih tidur. Haiwan2 lain tidak berani gerakkan si putih dek kerana takut, si putih sedar dengan berita kegagalan.

Namun. Selepas saja si putih tahu si hijau menang. Si putih tersenyum bukan menyesal!

Ok. Itu kisah ringkas arnab dan kura2. Akan tetapi ramai yang tidak tahu kenapa si putih tertidur. Apa kah jantina si putih dan apa pula jantina kura2. Bagaimana latar belakang kehidupan mereka.

Kisah ini tidak siapa yang tahu..kecuali seorang penglipur lara yang wujud zaman dahulu paling agung pada zaman-nya.

Penglipur lara ini bercerita.

Selesai saja si putih mencabar si hijau. Si hijau bergegas pulang ke rumah. Di rumah-nya isteri dan anak2 sabar menanti. Si hijau beritahu esok beliau akan lumba dengan arnab. Yang mana pemenang akan dapat hadiah kejutan.

‘Kejutan?, bagi orang susah macam kita kejutan hanya ada dua. Harga barang naik ataupun dapat anak lagi” jawab isteri si hijau sambil menuju dapur.

Maka rutin harian si hijau sekeluarga pun bermula. Ambil upah kemas rumah. Sapu sampah. Bersihkan kolah. Sampai malam sudah lelah. Tanpa mereka sedari ada satu mata memandang dari jauh. Sayup.

Dan pemilik mata itu berkata pada diri.

“Biarlah esok kuberikan kemenangan pada dia”

Malam pun hadir dengan segenap kegelapan. Cinta dan harapan.

Dan hari pertandingan pun bermula.

Itulah kisah sebenar bagaimana kura2 menjadi juara. Dan arnab ‘tertidur’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s