Surat Kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur

Posted: November 22, 2013 in Surat dari Kaca Mata

Lot 2125

Kampung Padang Balang

51100 Kuala Lumpur

 

 

Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan.

 

 

Assalamualaikum,

Kehadapan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

Maafkan saya wahai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Saya menulis surat ini bukan-lah dengan menggunakan format surat rasmi. Saya kira format ini tiada gunanya lagi apabila masa sudah terlalu suntuk. Apabila hasrat diri sudah mem-buak2. Apabila tidak ada guna-nya lagi berbasa basi.

 

Amma Ba’du,

 

Saya hanya punya satu kata untuk cukai taksiran yang bakal dilaksana pada 1 Januari 2014, iaitu

 

BANTAH!

 

Ini adalah surat pertama saya, surat seterusnya saya akan hantar setiap hari tanpa henti sehinggalah tarikh akhir bantah 17 Disember 2013 yang ditetapkan oleh dbkl (sengaja saya menggunakan huruf kecil pada kata nama khas).

26, 27, 28, 29, 30 November 2013

3, 4, 5, 6, 7, 10, 11, 12, 13, 14 Disember 2013

Kerana pada tarikh ini adalah waktu pejabat Pos beroperasi.

 

Entah-kan baca entah-kan tidak, terpulang. Saya sudah lakukan apa yang rakyat mampu. Ouh lagi satu, setiap akhir surat ini saya akan sertakan sajak dari Sasterawan Negara yakni Almarhum Usman Awang. Tajuk sajak-nya adalah

 

Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar.

 

Tuan Datuk Bandar,
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong

seluruh kaum burung telah diwakili
oleh para cerdik pandai, kecuali
perwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematian
penembakan, bangkai hanyut di sungai kelang.

sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan
kupu-kupu yang ada kepentingan
dengan persoalan yang kami bincangkan

Tuan Datuk Bandar,
meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami
kerana perbezaan fahaman taraf ‘Datuk’ dan ‘cucu’
kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu
(tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran
menyebut rambut pada diri tuan-tuan, sedangkan
untuk kami tuan namakan perkataan ‘bulu’)
kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untuk
MENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH

Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN ALAM
semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit
sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu
kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu

mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah
burung merbuk telah ditipu dengan nama padang merbuk
sedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan sangkar.

perwakilan burung pipit telah mengemukakan protes
kerana menuduhnya sebagai
“pipit pekak makan berhujan”
ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai
bahawa tuan telah menghina kaum jenis mereka
datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia tubuh datuk
dengan nama ‘pipit’ dan ‘punai’, sedangkan kami tahu
‘pipit’ dan ‘punai’ datuk tak pandai terbang.

Tuan Datuk Bandar,
surat ini merayu kebijaksanaan tuan,
PELIHARALAH tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan
tiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap kerimbunan
itulah rumah kami, kediaman kami turun temurun
malah demi kesejahteraan manusia
kesihatannya, kebahagiannya, kedamaiannya
alam semula jadi seribu keindahan mekar
di bawah matahari bersinar 

 

–       Usman Awang

 

 

Yang menulis dari Kampung Padang Balang,

Perewa

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s