Terjemahan Lagenda Qays dan Laili

Posted: November 15, 2013 in Uncategorized

Kenapa saya tulis laili? kerana sememangnya disebut laili. Hanya warga barat saja menamakan laila. Saya pernah bertanya buku laila majnun di shiraz, iran dua tahun lepas sewaktu saya melancong bersama keluarga. Wanita parsi yang bermata jernih itu terus tersentak. “laili…laili, not laila”. Kerana apa? kerana huruf akhir adalah ya. Dan juga, laila maksudnya lain. Laili, bermaksud malamku. Atas falsafah, pencarian hamba di malam hari kepada Tuhan. Katanya lagi.

 

Ini adalah terjemahan saja2 saya pada  bab 1 dari buku english(Sebenarnya saya terjemah 3 bab, tapi post ini hanyalah sekadar meraikan teman2 yang mula mahu terjemah karya luar). Buku parsi laili majnun, bersaiz besar al quran, berbahasa parsi semestinya dan juga ditulis dalam bentuk syair. Bukan karangan. Sangat lawa. ouh maafkan saya. Mohon kritik dan komen gaya terjemahan saya ini.

Bismillah.

Bab 1

Di sebuah kawasan yang rata-ratanya diduduki oleh Arab Badwi wujudnya seorang ketua yang teramat hebat, bernama Sayyid, beliau mengetuai Bani Amir. Tiada kawasan lain yang lebih muluk, tenteram dan nyaman dengan bayu membawa kemanisan kejayaan yang telah dimiliki. Di mana jika dihitung melalui jarak ianya sejauh mata memandang. Kejayaan dan kebaikan membuatkan Sayyid dilantik Sultan negara Arab dan kekayaannya pula setara dengan Korah( juga dipanggil Qarun(menteri paling kaya yang kunci kepada tempat penyimpanan hartanya saja tidak terhitung jumlahnya)).

Sayyid mempunyai hati yang mulia terhadap orang susah,  dan bagi beliau poketnya senantiasa terbuka untuk mereka yang meminta. Buat sang musafir pula, beliau adalah tuan rumah yang bermurah hati. Dalam setiap sektor perniagaan, boleh dikatakan nasib baik selalu menyebelahi beliau. “Sepertimana batu yang menjadi sebahagian dari buah –  atau terjadinya sendiri begitu”(pepatah parsi).

Walaubagaimanapun, biarpun beliau dihormati seperti khalifah. Bagi beliau dirinya seperti lilin yang perlahan-lahan membakar dirinya sendiri tanpa pernah cukup menyebarkan cahaya. Hati lelaki yang hebat ini telah dimamah oleh kesedihan; beliau, yang memiliki segala-galanya dalam dunia kecuali….kecuali seorang cahaya mata.

Beliau masih tidak punyai anak. Apalah makna sebuah kejayaan, kuasa dan harta pada beliau sekiranya pada suatu masa kelak semuanya akan terlepas dek kerana tiada waris.

Apakah jagung sememangnya ditakdirkan layu,

ranting-ranting pula mesti mati?

Sekiranya pohon sipress yang tinggi itupun patah,

dimanakah pula sang burung ingin membina sarangnya?

Dimanakah beliau boleh ketemu sama bahagia?

Dimana naungan dan perlindungan?

 

Beliau merasa kehidupan yang sebenar adalah kehendak untuk memiliki anak, Dan itulah yang menyelamatkan ia dari mati dengan penuh kedukaan.

Pun begitu bagi sosok lelaki yang baik hati ini, semakin umur meningkat semakin kehendaknya meningkat sama. Seperti sia-sia sahaja selama bertahun beliau bersedekah dan berdoa. Bulan purnama yang ditunggu-tunggu tidak pernah muncul dan biji benih bunga jasmin yang ditaburkan tidak pernah juga bercambah.

Sayyid tidak akan pernah tunduk pada takdirnya ini. Demi satu permintaan yang masih belum ditunaikan walaupun ia adalah sedikit dibandingkan dengan nikmat yang telah dikurnia. Itulah namanya manusia! Sekiranya doa masih lagi belum terjawab, apakah kita akan merasa itu adalah untuk kebaikan kita? Kita begitu yakin dan tahu kehendak kita sendiri, lagipun masa depan tetap terhalang dari mata kita untuk melihatnya. Tali nasib kita berakhir pada dunia yang kita tahu dan kesilapan kita hari inilah yang mengunci kita dari luar, kemungkinan esok hari kita akan ketemu sama kunci yang membenarkan kita masuk kedalam pintu hal-hal yang kita tidak tahu.

Dan sudah tentu ia boleh berlaku dalam satu masa yang sama. Dan lelaki ini layak untuk mendapatkan permata yang dia tidak punya, seperti tiram menyuburkan mutiara, jadi beliau berdoa dan berusaha sehingga pada akhirnya………Tuhan memakbulkan permintaannya.

Beliau dianugerahkan anak lelaki,

yang senyumannya seperti sebutir delima,

seperti bunga ros yang mekar semalaman,

seperti berlian yang mengubah kegelapan dunia kepada cahaya semata-mata.

 

Kegembiraan,

Gembiranya seorang ayah yang telah membuka seluas-luas pintu di mana hartanya tersimpan. Semua orang berkongsi rasa kegembiraan yang ditunggu ini dan acara yang penuh gemilang dibuat untuk meraikan kegembiraan dan mensyukuri nikmat.

Anak itu dijaga oleh bidan nan terkenal, supaya dibawah jagaannya itu, anak itu bakal membesar dengan sihat dan gagah. Seperti itulah ia, setiap titisan susu yang diminum membuatkan dirinya lebih kepada sifat kesetiaan, setiap gigitan makanan yang dimakan menjadikan hatinya yang seketul itu penuh kelembutan. Setiap garisan warna nila, dilakarkan pada mukanya untuk menghalang kuasa jahat merosakkan jiwanya.

Semua ini, bagaimanapun, dibiarkan rahsia dan terhalang dari pandanga semua orang.

Dua minggu selepas kelahiran anak ini sudah pun kelihatan seperti bulan purnama dan orang tuanya telah menamakan anak ini dengan nama Qays.

Saban tahun anak ini membesar dengan penuh sempurna. Seperti sinar cahaya yang menembusi air, dan permata cinta menyelubungi tubuhnya.

Riang gembira, anak ini membesar dengan penuh rasa kasih dan sayang dalam taman kegembiraan.

Apabila umurnya sudah tujuh tahun, rambut yang sudah penuh dan atas kesopanannya, orang mula memperkatakan dia seperti malaikat kecil. Siapa pun yang melihatnya – dari jarak jauh – pasti akan memuji kebesaran Tuhan

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s