Bintang

Posted: November 12, 2013 in Uncategorized

Masa

Assalamualaikum, Nak dengar cerita tak?

Kita ada cerita.

Ceritanya tentang seorang budak yang semangat juang setinggi angkasa. Hatinya pula dalam seluas laut dalam. Cita2 nya mahu mengait bintang di langit.

Setiap hari dia cerita pada orang di sekeliling. Aku nak kait bintang

Weh sarah aku nak kait bintang

Weh ayu aku nak kait bintang

Weh atiqah aku nak kait bintang

 

Setiap hari

Setiap masa

Setiap detik

Setiap waktu

Dan sarah tanya

Bila

Atiqah pun tanya

Bila

Ayu pun tanya

Bila

Budak ini jawab, malam ini. Sekejap lagi. Bila bintang menjelma. Dia akan kait. Kait bintang.

 

Orang di sekeliling semuanya berkata

Beranganlah

Mana boleh kait bintang

Bintang kan jauh

Bintang panas

Bintang kecik

Bintang bentuk hujungnya tajam Nanti terluka

Kalau kait bintang nak simpan mana?

Bawah katil tak muat

Sudah lah

 

Budak ini tidak putus asa. Dengan penuh keyakinan yang terpahat hebat dalam hati yang seluas laut dalam itu. Dia menunggu.

 

Tapi….. Tapi bintang tidak menjelma.

Budak ini tunggu. Di bawah pokok yang daunnya penuh merimbun.

Tunggu

Punya tunggu

Punya tunggu

Tertidur.

Dan bermimpi.

Ada satu cahaya muncul. Budak ini melindungi matanya dengan lengan. Ada dua tangan yang merentang pelukan. Dan terdengar suara.

“Wahai budak. Kemarilah”

Mereka pun peluk dengan dakapan paling erat.

“Kau siapa?” Budak ini bertanya

………………………………………………………………………………

Air embun menitis tepat di hidungnya. Mata dibuka, Ouh sudah pagi rupanya. Matahari sudah sepenggalah tingginya. Dan tadi malam.

Adalah mimpi paling indah dalam kesungguhan budak ini kait bintang di langit.

Tamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s