Surat kepada yang menduduki spm (siti senang)

Posted: November 5, 2013 in surat pada perempuan

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Kehadapan siti senang.

Dipanjatkan syukur kepada Tuhan yang esa. Tiada Tuhan kecuali Tuhan. Yang mengetahui segala takdir. Yang mencipta air mata meskipun asbabnya berbeza. Suka duka atau saja2. Selawat ke atas utusan terakhir. Semoga kita semua akan bertemu dengan baginda.

Surat ini ditulis selepas selesai saja cikgu suruh siti pergi makan dan bertenang. Esok SPM kertas Bahasa Malaysia kan? Sastera ada dalam itu. Rasanya cikgu pernah cerita. Tidak apalah cikgu cerita lagi yang mana cikgu amat minat sastera. Masa tingkatan empat, cikgu ada baca buku cerpen2 underground(sekarang lagi2 cerpen underground) karya faisal tehrani. 2002. Ada satu cerpen bertajuk K. L. Menjerit. Perihal dua perempuan lesbian. Sejak itu cikgu mula faham dan sedar. Sastera tidak kaku. Tidak hanya kisah jiwang yang sering didendangkan. Sastera adalah alat melepaskan hajat. Hajat apa? Itu tangan penulis menentukan. Ouh iye. Dua tahun kemudian muncul filem KL Menjerit. Tergelak cikgu. Membayangkan cerpen itu dalam filem lakonan rosyam noor. Mungkin kebetulan tajuknya sama. Ok berbalik kepada kertas bahasa malaysia. Tahun itu filem 2002 ada apa dengan cinta tengah naik, siapa boleh lupakan

“Apa aku harus lari ke hutan belok ke pantai?”

Dan juga tahun sebelum itu Usman Awang meninggal. Cikgu baca akhbar dengan muka depan. Tongkat Warrant sudah pergi. 2001.

Mungkin atas faktor itu cikgu serta merta melekat pada karya usman awang semata. Berbekalkan suasana dan keadaan waktu itu. Pada spm tahun mendatang. Cikgu menulis karangan yang lebih kepada kritikan kepada kerajaan. Dalam sastera semestinya. Dan sehingga kini sastera masih diperlekehkan. Kelas sastera hanya untuk mereka yang gagal.Ouh iye cikgu dapat B3 untuk bahasa malaysia.

Di kota kecilku.

Cikgu ingat lagi, itu karya baha zain. Cikgu mengajar adalah cikgu mat. Dan cikgu mat mengajar BM tidak pernah buat kami mengantuk. Menarik cara beliau ajar. Dan cikgu mat sudah pun kembali kepada pencipta. Cikgu sempat hantar ke blog baha zain ( waktu itu belum lagi bergelar SN). Perihal sajak di kota kecilku yang membuat kenangan2 cikgu muncul. Dan di jawab oleh baha zain. Pssss…..baha zain pernah masuk kedai cikgu, dan garangnya beliauuu. Satu lagi sajak yang paling cikgu suka adalah seuntai kata untuk dirasa. Itu adalah sajak yang paling mantap. Perlawanan sastera dalam nasib masyarakat. Waktu belajar cikgu faham itu. Bila habis dan masuk universiti, cikgu baca buku yang amat tebal koleksi sajak2 a samad said. Rupanya sajak itu adalah jawaban kepada seorang sasterawan yang mempersoalkan gerakan seni untuk masyarakat.

Panas usah membakar dada
suara usah menggegar sahaja
kalau benar membawa cinta
di dalam senyap kumpulkan tenaga

Cikgu pun rasa sudah pernah cerita pada siti senang kan? Siap bagi latihan untuk balas sajak ini. Baru teringat. Yup itulah. Sebenarnya cikgu mahu beritahu tidak perlu risau dengan ujian. Kerana pada akhirnya siti senang, bukan apa yang berlaku pada kita selepas keputusan keluar dipersoalkan. Tapi apa yang sanggup kita buat untuk meladeni kehidupan.

Dalam hidup ini ramai orang mahu nombor satu. Tapi apakah yang nombor satu itu akan menghasilkan segalanya. Jawapannya tidak, sebab jika nombor satu itu menghasilkan segalanya. Maka tiadalah wujud akan dua dan seterusnya. Dan orang nombor satu tidak akan faham apa yang orang nombor dua faham. Agak2 faham ke tidak ini. Tapi cikgu yakin siti senang adalah anak yang cerdas dari upsr sehingga pmr. Maka oleh itu, esok hanyalah serpihan dari rantaian kitaran pendidikan di negara kita.

Iye orang kata spm ini adalah penentu segalanya. Tapi bayangkan ye siti senang. Cikgu sekarang umur 27. Bayangkan……bayangkan.

Dalam satu kelas, punyai 30 orang rakyat malaysia. Rata2 umurnya 27-30tahun. Cikgu juga berada dalam kelas itu. Mereka dibahagikan kepada enam kumpulan. Dan kemudian mereka diminta perkenalkan diri. Sesi suai kenal. Buat apa sekarang. Belajar mana dulu. Hobi buat apa…………….dan sekadar itu sahaja. Mereka tidak tahu yang cikgu dapat upsr hanya 1 a, pmr pun 1 a, spm pun 1 a dan gagal dalam matematik tambahan. Kerana apa? Kerana persoalan keputusan akademik bukan lah hal yang penting dalam hidup. Bagaimana seseorang itu mengasimilasikan apa yang dipelajari itulah yang ditanya. Tapi soalannya tidaklah sofistikated begitu. Cukup bertanya buat apa sekarang kita sudah tahu secara rawak dia ini orang yang bagaimana.

Namun begitu. Namun begitu. Namun begitu. Untuk sampai ke 27 ini dengan spm hanya 1a, berliku juga jiwa berdepan dengan lautan manusia. Cikgu tidak perlu mengatakan dyslexia penyebab keputusan tidak memberangsangkan. Kerana mak dan ayah cikgu menerima seadanya. Cikgu baru mula boleh baca hanya pada darjah 2/3. Iye kata kanak2 lain dan teman2 yang cikgu kongsi cerita ini.

“Lembabnya kau ini
Bodohnya masa kanak2. Aku enam tahun sudah pandai baca”

Dan percaya lah. Percaya lah. Percaya lah. Pada akhirnya tiada apa2 semua itu. Ditelan zaman. Maka tidak perlu cuak. Gaya macam dipilih oleh kerajaan untuk pergi angkasa lepas. Betulkan satelit antarabangsa. Kemudian masa proses pembaikan dibuat. Terputus talian dengan bumi. Oksigen tinggal 20%. Hahh cuaknya. Haha…terpengaruh filem gravity. Itu saja surat yang tidak seberapa ini. Tarik nafas dan hembus. Baca selawat dan istighfar banyak2.

Cikgu doakan semoga 10 tahun lagi siti senang akan jadi wanita yang berjiwa besi bersemangat api. Ameen.

Wassalam.

Yang mengajar proses kreatif penulisan
Perewa

P/s
Hai saya perewa
Perkenalkan anak murid saya
Siti senang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s