Warkah Terbuka Ketiga Buat Buku Karya Agung Mathnawi ITBM

Posted: October 24, 2013 in surat untuk buku

Assalamualaikum, 

Kehadapan Encik Sakri,

Segala puji dan syukur pada Tuhan sekalian alam. Semoga kita semua berada dalam perlindungan-Nya.

Pada jawaban mel lepas, bulan lima saya kira merujuk emel lama. Saya dengan ini amat berbesar hati ingin mengadakan pertemuan bersama pihak Encik Sakri sendiri. Saya akan hadir bersama dua teman, dan mereka ini turut sama dalam gerakan Buku Jalanan.

Mungkin dalam pertemuan itu kami boleh memberi pandangan, perbincangan, serta menyampaikan maklum balas apa yang kami rasa pada industri buku secara umumnya dan ITBM secara khususnya.Kami mencadangkan tarikh khamis hadapan.

31 Oktober 2013.
Khamis
9-10 pagi 

Jika pihak Encik Sakri tidak punyai ruang waktu pada tarikh tersebut. Mungkin pihak Encik Sakri boleh mengesyorkan tarikh lain. Jika tidak, mungkin kita sama2 boleh bertemu khamis depan. InsyaAllah. 

Semoga pertemuan itu akan memberi manfaat buat kita semua.

Wassalam

Membenih Ilmu Mengakar Pengetahuan

Baca dan Bangkit!

Yang Benar,
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s