Surat Buat Mikail

Posted: October 23, 2013 in 10 Surat Kepada 10 Malaikat

Kampung Baru
Kuala Lumpur

23 Oktober 2013

Assalamualaikum

Segala puji dan syukur buat Tuhan sekalian alam. Tuhan yang memberi rezki buat setiap makhluk. Tuhan yang menciptakan Mikail. Telah ditugaskan menurunkan rezki buat hamba2 Tuhan. Selawat atas penghulu segala Nabi yang saat mikrajnya bertanya kepada Jibril, mengapa Mikail tidak senyum. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Tuhan.

Kehadapan Mikail,

Surat ini adalah surat kedua kepada malaikat. Dan kau Mikail, adalah malaikat kedua dalam senarai penerima surat ini. Surat ini dituliskan saat aku tengah selsema. Dek kerana ditikam hujan lewat malam tadi. Lebat sungguh. Kau tahu Mikail, air mata yang paling ditunggu oleh para petani dalam musim kemarau adalah hujan. Errr….kau faham atau tidak metaforaku ini? Ok2. Abaikan. Kata orang hujan turun itu rezki.

Hujan sering dikaitkan dengan rezki. Kau biasa dengar itu Mikail? Dari manusia. Namun bila hujan terjun dari langit Tuhan, ramai yang mengelak untuk disentuh…..kenapa?

(Maaf jeda panjang. Mak panggil tadi. Hihi)

Ouh ok. Sambung. Mana tadi? Hujan! Yaaa. Anak ramai pun orang kata rezki. Hujan. Anak ramai. Apa lagi ye? Ouh lagi satu, umat manusia ini yang menggunakan nama mikail, mikael atau mikhail biasanya dari russia. Barangkali mereka yang ‘commie’ itu mahu merasakan memberi rezki buat yang ditindas.

Ya memang. Aku sedang buang masa dengan tidak menyatakan apa2 isi dalam surat kepada malaikat pembawa rezki. Bukan tiada idea. Cuma aku rasa sekadar mahu ber-kenalan2 dahulu. Kemudian baru kita boleh keluar bersama.

Dan kau menyerupai manusia. Aku menyerupai malaikat. Bisa gitu dong? Errr maaf, kau boleh berbahasa indonesia tak?

Yang sedang merasakan rezki itu hal yang amat manis bila diperoleh dan meyakini itu adalah rezki dari Tuhan buat makhluk
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s