Surat Buat Israfil

Posted: October 23, 2013 in 10 Surat Kepada 10 Malaikat

Kampung Baru
Kuala Lumpur

Segala puji2-an yang selayaknya buat Tuhan sekalian alam. Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan yang tewaskan tentera ahzab. Yang menguasai hari pembalasan. Tidak ada lagi nabi dan rasul selepas Muhammad. Selawat allahumma solli ala muhammad.

Assalamualaikum,

Kehadapan Israfil,

Maafkan aku kerana tidak berlaku adil terhadap penulisan surat ini. Surat ini ditulis sepatutnya dua hari lepas. Namun, hmmmm….tiada alasan mampu aku bentangkan. Jumaat, yup hari ini adalah jari jumaat. Yang telah dikhabarkan kepada aku kiamat berlaku pada hari jumaat. Aku berdoa kepada Tuhan, semoga kita tidak akan bertemu di saat kau meniup sangkakala pertama. Kerana, manusia yang masih hidup hingga ditiupkan sangkakala hanyalah yang sudah terlewat dalam cinta nan agung. Aku tidak mahu berada dalam kelompok itu.

Punya satu soalan. Apa benar sangkakala itu melekat terus di mulut kau wahai Israfil? Aku rasa lebih elok begitu. Bayangkan kalau ia terjatuh ke bumi. Jatuh pula di stadium, perlawanan akhir Piala Malaysia. SKMK Kelantan lawan Felda United. Hallamak. Mau berkecai stadium. Vuvuzela itu pun sudah bingit. Ini pula sangkakala dari Israfil. Pehhhh.

Psss…..kau mahu tahu Israfil. Sekarang di KL scene baca puisi tengah in. Aku rasa kalau kau tiup sangkakala sekarang mau menangis para pujangga. Hilang pedoman! Bulan, , bintang, awan, mentari, dan yang berada di alam ini semua hancur lebur. Mujur belum sampai masanya lagi.

Errr…. Israfil, selain dari aku, ada siapa2 pernah hantar surat pada kau? Aku rasa kau mungkin tidak baca surat ini. Mungkin juga baca. Dari ustaz yang mengajar aku beritahu, Israfil ini dicipta terus berdiri tegak dan kepala tunduk. Sehingga sampai masa waktunya dipanggil Tuhan untuk lakukan apa yang telah ditakdirkan.

Ok lah, sebenarnya aku tulis surat ini dengan niat bukan sekadar melengkapkan 10 surat buat malaikat. Aku tulis sememangnya mahu hantar pada kau. Rasa diri dihargai kan? Nanti kalau jumpa Jibril dan Mikail, kirim salam sama mereka ye. Tanya, sudah baca surat aku? Sebenarnya aku mahu tulis hal lain. Tapi hal lain itu adalah hal2 berkenaan kiamat. Macam, bagaimana kalau…..kalau…..kalau. hmmmm rasa lebih elok aku simpan persoalan ini.

Salam mesra dari aku. Manusia yang bosan menulia surat pada Malaikat.

yang merangkak dulu
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s