Surat buat Jibril

Posted: October 21, 2013 in 10 Surat Kepada 10 Malaikat

Kampung Padang Balang

51100 Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum buat Jibril,

 

Segala pujian buat Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang. Tuhan yang memberi panduan serta arahan buat makhluk. Kata jadi, maka jadilah ia. Selawat ke atas nabi junjungan, kira2 sudah berapa lama kewafatan baginda. Sejauh itulah dunia mula belajar rasa rindu.

 

Tulisan ini ditulis selesai saja bertemu teman yang mengajar selok belok bagaimana menggunakan font yang sesuai dalam penulisan. Lihat! “Penggunaan font itu jua adalah hal yang mesti di ambil kira”. ouh maafkan aku Jibril. Sepatutnya fokus surat ini adalah buat kau. Surat ini mungkin akan kau baca, juga kau tidak baca. Iyelah jika tiada arahan dari Tuhan untuk kau, mana mungkin kau akan lakukan. Begitu kan? Surat ini adalah surat pemula kepada 10 surat buat 10 Malaikat. Maka semestinya kau adalah malaikat pertama yang bakal menerima surat ini. kerana? Kerana kau adalah penghulu buat semua malaikat yang dicipta oleh Tuhan. Dan sudah pun mengetahui hal itu saat mula2 diciptakan.

 

Dari kecil hinggalah saat ini, aku diberitahu kau adalah malaikat yang paling hebat dan sempurna! Punya ribuan sayap. Sekiranya kau menebarkan satu dari ribuan sayapmu itu, maka ia akan menutup dunia ini. Dunia mana itu aku tidak pasti. Aku teringin sekali untuk tahu. Tapi sekadar itu saja diberitahu oleh guru aku. Pernah ada satu ketika kau bertemu sama Muhammad. Kau ditanya perihal islam, iman dan ihsan. Dan semestinya aku percaya siapa2 yang baca surat kita ini, sudah tahu jawabannya. Ouh well, sebenarnya banyak soalan yang ditanya selama mana kau bersama Muhammad.

 

Jika aku pula yang bertemu dengan kau wahai Jibril?

 

Aku akan tanya, dalam ramai2 nabi serta rasul yang kau jaga. Siapakah yang paling kau sayang? Selain Muhammad. Dan berikan sebab! Hah, soalan macam temuduga pegawai pemasaran perodua. Sebenarnya aku tengah makan biskut kelapa satu balang, beli di Mydin dan meneguk kopi yang tidak sedap. Aku bukanlah penggemar kopi sebenarnya, lebih kepada coklat. Kau pernah rasa coklat? Lima kali aku tulis perihal betapa nikmatnya kemudian tekan backspace, kerana apa? kerana aku tahu kau pasti pernah lihat di dalam syurga. Iyelah, coklat di dalam syurga itu lebih nikmat. Kan? Syurga coklat. FUH! Ada istana yang dibina dari coklat, sungai2 yang mengalir coklat panas. Cedok saja, dan boleh minum. melalut sampai ke coklat la? Nervous nih sebenarnya.

 

Kau la ni Jibril, ouh ini aku mahu tanya. Benda ini dari waktu aku kecil comel2 manis2 dulu sudah fikir. Kadang buat aku tidak tidur malam. Malaikat ini adalah makhluk yang tidak berjantina. Woah! Bagaimana itu. Lama aku fikir. Bagaimana…bagaimana…bagaimana. lama kelamaan aku biarkan persoalan itu dibawa arus kedewasaan. Aku baca dari Wikipedia hanya tiga nabi sahaja yang pernah bertemu dengan kau. Musa, Isa dan Muhammad. Benar? Kalau silap, libaskan saja sayapmu pada yang menulis itu. Hehe.

 

Aku tidak tahu Jibril, kelak bila semua sudah dibangkitkan. Jika aku memandang kau dari jauh. Apakah aku akan ingat bahwa aku pernah tulis surat ini pada kau? Jika ingat, apakah aku akan punya keberanian bertanya. “err…err…..(cuak)….Wahai Jibril, …err surat…..err….takpelah”.

 

 

 

Yang merenung jauh bintang diselimuti awan

perewa

Advertisements
Comments
  1. hamba Tuhan says:

    Jika Muhammad yang dimaksudkan itu adalah Nabi, adalah manis dimulakan dengan Nabi Muhammad atau diakhiri dengan selawat ke atasnya, kerana dia bukan sesiapa untuk dipanggil nama sahaja seperti mana orientalis yang lebih gemar memanggilnya Muhammad. Jika Jibril membalas surat ini, adakah Tuan sudi membalasnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s