10 Surat Buat 10 Malaikat

Posted: October 21, 2013 in 10 Surat Kepada 10 Malaikat

Kampung Baru
Kuala Lumpur

21 Oktober 2013

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Maha lembut dan Maha keras. Mencipta malaikat dari cahaya. Cahaya yang mendamaikan. Juga cahaya yang menggerunkan. Selawat ke atas nabi Muhammad penghulu segala nabi. Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan beliau, mustafa paragorn.

Surat ini saya tulis kerana pernah terbaca cerita pendek dari indonesia, bagaimana seorang lelaki itu telah menghantar surat pada Malaikat. Pada kebiasaannya, saya hanya terjumpa surat pada Tuhan dan surat pada Nabi. Surat pada Malaikat ini jarang. Jika ada pun, seperti cerita yang saya sebut tadi semata Malaikat Maut.

Oleh yang demikian, dengan ini saya ingin menulis 10 surat buat 10 malaikat. Saya jua menjemput teman2 jika berminat. Boleh turut sama. Tujuan menulis? Anda sendiri tentukan. Saya? Saya menulis untuk yang membaca beroleh manfaat.

Satu hari satu surat.
Bermula malam ini.

1. Jibril
2. Mikail
3. Israfil
4. Izrail
5. Munkar
6. Nakir
7. Raqib
8. Atid
9. Ridhwan
10. Malik

Bayangkan lah, jika kita berpeluang menulis surat pada 10 malaikat ini. Apa lah yang akan kita coretkan. Dan peluang ini hanya sekali. Semoga segala tulisan beroleh manfaat, segala hal jua beroleh manfaat. Ameen.

Yang tidak pernah melihat malaikat secara 3D
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s