KLIA dan mimpi 3 (cerita cerita cerita)

Posted: September 15, 2013 in KLIA

Kuala Lumpur International Airport
Sepang

Assalamualaikum,

Kehadapan teman2 yang sudi membaca. Saya menulis surat ini dengan kaki bersilang. Duduk di kerusi paling hujung. Daftar masuk M, Ethiopian Airways. Sebelah kanan saya sekumpulan warga kulit hitam. Mungkin ingin ke Ethiopia atau Africa atau Zimbabwe. Saya tidak tahu. Ok sebelum saya tulis lebih jauh ingin saya beritahu perasaan cuak saya yang tinggalkan kereta di bahagian pelepasan. Takut kena kunci! Saman! Aduh.

Ok. Saya baru sahaja beli air mocha swirl dunkin donuts untuk dihirup sambil menulis surat ini. Kenapa saya datang ke sini hari ini. Kenapa tidak terus pulang rumah usai saja acara buku jalanan titi tadi? Entah. Sedangkan ada beberapa hal perlu diselesaikan malam nanti. Aturcara malam tinju puisi antara-nya.

Saya tidak pasti. Mungkin sebab terlalu awal. Mungkin???? Sampai saja sini jam 8:40 begitu. Saya pusing dua kali untuk pastikan boleh letak kereta di antara kereta. Seandainya kereta saya kena. Kereta orang lain juga kena. Kerana kereta saya berada di tengah2. Ok masa baru sampai tadi. Sebelum turun beli mocha swirl dunkin donuts. Saya periksa kereta. Ok!

Masuk semula dan lihat suasana. KLIA.

Saya lebih gemar balai pelepasan dari balai ketibaan. Kerana apa? Kerana disini ada pelukan. Adegan sedih-sedihan. Ucapan baik-baik. Dan yang rindu terus merindu. Terkenangkan. Itulah. Satu keluarga hantar. Bersama nenek berbaju kurung kain batik. Ini perasaan yang perlu di rakam.

Semua sibuk. Takut ketinggalan. Hmmmmm. Saya ada lihat wajah keseronokan yang pertama terbang. Bagaimana saya tahu pertama kali? Entah. Justifikasi dari ekspresi muka mungkin. Ini mimpi! Aduh. Seronok sungguh. Bayangkan saya sedang mimpi. Bangun subuh esok tersedar. Berada dalam bilik. Terjaga dari mimpi-impi. Pasti tersenyum sepanjang hari.

“Minta perhatian.¬† Panggilan terakhir untuk penumpang2 AF241 ke Paris. Diminta semua penumpang ke pintu C4 terima kasih”

Tersedar. Kejar mimpi. Ayuh!

Yang berada di klia saat ini
Perewa

20130915_210118 20130915_210816 20130915_205007 20130915_210850 20130915_210956 20130915_211602 20130915_212400

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s