Surat kepada cerita biasa

Posted: September 14, 2013 in Uncategorized

Kampung baru
Kuala lumpur

Assalamualaikum,
Sebenarnya saya tidak tahu mahu tulis apa. Ada sesuatu yang menghalang untuk saya menulis. Ok sesuatu itu apa. Perlu diberi pendefinasian dahulu. Sesuatu itu adalah semacam…..semacam….semacam yang membantutkan capaian2 idea. Sesungguhnya tidak tahu mahu gambarkan bagaimana. Kata orhan pamuk.

Menvisualkan kata2 adalah pembaca. Menuliskan gambar2 adalah penulis. Dan tidak semua orang mampu melakukannya.

Menulis gambar2. Kerana apa? Kerana gambar orang lukis bukan tulis. Ouh iye saya baru sahaja selesai baca buku beliau. A naive and sentimental novelist. Bagus buku ini, buat penulis. Saya mahu cadangkan pada siapa2 yang mahu menulis dengan penuh daya imajinasi. Siapa tahu museum of innocence novel orhan pamuk? Dan muzium untuk proses kreatif menyiapkan novel itu sendiri dibina oleh beliau sendiri. Bukan sekadar suka2. Bacalah buku ini dan akan faham.

Eh tadi kata ada halangan untuk menulis tapi ini? Yup menulis itu kena beritahu pula menulis apa. Menulis surat. Sebenarnya ada beberapa surat yang saya simpan dalam draft. Semata tajuk dan tajuk dan tajuk. Antara-nya surat pada Tuhan – sahaja aku. Tidak pasti mahu tulis apa. Tapi yang saya pasti, sudah lama tidak menulis surat pada Tuhan.

Sebenar-nya saya mahu tulis kenapa semua orang yang saya kenal mahu hidup bersama pasangan biasa2 saja. Lakukan rutin biasa2. Dan akan nikmati segala-nya dengan biasa. Sejenak saya terfikir. Sedangkan cinta itu adalah hal yang luar biasa. Mana mungkin kita mem’biasa’kan ia. Amatlah rugi.

Pssss…..baru2 ini novel saya ada someone balut. Amboih someone. Sebenarnya saya tidaklah……..eh kejap. Tak habis2 lagi ke? Huuu…..sudah habis. Cuma saya…….saya mahu beritahu kenapa saya buat begitu. Sebab saya lihat ia seperti satu cerita pendek dari Tuhan dalam hidup saya. Kelakar juga rasa. Cerpen komedi. Cerpen itu bertajuk jiwa yang dibalut. Kalau teman2 menjadi rakan fb saya. Ada album buku. Dan album buku saya itu tulis caption “buku ini jiwa saya”. Maka segala buku yang saya ada saya sayang. Saya jaga dan memang kalau siapa2 boleh masuk bilik saya. Lihat buku saya. Seperti tidak disentuh. Dan saya suka bila orang pinjam cakap begitu. Walhal sudah lebih 100x saya belek2. Maaflah ayat berterabur. Malas susun.

Ok berbalik kepada jiwa yang dibalut tadi. Waktu saya dapat semula novel saya itu berbalut terus saya tanya. Tanya. Tanya. Dan tanya. Di instagram dan kemudian di fb. Kemudian. Tidak tahu. Serius saya tidak marah atau geram atau apa2. Cuma mahu tahu siapa balut yang pada akhirnya saya sendiri bertanya pada diri adakah saya sendiri yang balut. Demi kepastian dan keyakinan yang tinggi saya gali semula ingatan. Bila tarikh mula beli, habis baca dan beri pinjam. Saya buat begitu bukan dengan niat mahu mengungkit! Tidak sama sekali. Tapi saya yang sebenarnya sudah boleh baca apa yang bakal ditulis semula oleh teman saya, yang mana sudah agak ambil serius hal ini. Iye saya ambil serius juga. Kalau sama2 cari siapa yang balut. Bukan belikan yang baru.

Teknik mengetahui apa yang bakal dijawab sebelum soalan berbunyi biasa saya guna.

Ok berbalik. Kemudian. Kemudian saya tahu semua orang terasa hati. Seolah saya salah dalam hal ini. Dan saya akan cakap “mungkin salah saya bla bla bla”. Dan itu memang saya upload di fb status. Tahukah pembaca. Tulisan sebegitu sebenarnya hanyalah ingin menutup perbincangan.

Ok2 mungkin ini material bagi sesetengah orang. Sesetengah peminat buku masih lagi sebagai material. Tapi ini amanah. Kejap. Bila saya cakap amanah. Saya tidak-lah mengatakan yang membaca tidak amanah. Kembali kepada hal asal yakni perbuatan membalut. Itu tidak amanah. Sehingga kini hal itu tidak lagi di rungkai. Akhir kata saya kongsikan cerita mungkin sama. Dan sifat saya memang sama. Bukan soal material. Saya orang yang tidak materialistik. Duit boleh cari. Barang hilang boleh cari. Buku gelombang usman awang cetakan pertama 1968 berharga 300ringgit itu pun kalau hilang saya tidak rasa apa2. Sebab saya bukan materialistik.

Bacalah temanku nescaya kau akan faham betapa gelisahnya aku bila apa yang diterima tidak seperti sediakala.

Ada satu ketika(saya perasan tiap kali cerita, saya mesti mulakan begini….haha) zaman gerakan pelajar sedang naik. Teman saya dari gamis. Dia punya jawatan dalam gamis. Dia telefon pada saya mahu pinjam helmet untuk pulang uia. Saya tanpa rasa apa2 beri saja helmet saya. Sebab saya kenal beliau. Dan dalam 2/3 hari akan pulangkan. Dipendekkan cerita saya hubungi semula selepas beberapa hari kerana sudah lewat sangat. Dan malam itu kami bertemu untuk sesi pemulangan helmet. Haha. Bahasa tunggang langgang. Saya terkejut. Bukan helmet saya yang diberi. Malah lebih mahal. Beliau cakap helmet saya hilang. Dan beliau beli baru. Saya terus cakap begini.

“Wan, kau simpan sahaja helmet ini. Sebab ini bukan helmet yang yang aku beri pinjam. Walaupun helmet ini mahal. Ia tetap tidak mampu bayar amanah. Maaf wan, aku cakap macam ini sebab kau orang berjawatan. Dan kau memimpin. Kalau hal ini tidak dijaga, bagaimana pula hal lain”

Beliau sengih dan minta maaf. Sekarang aktif dalam politik. Dan kami masih berkawan. Tiada simpan dalam hati.

Wassalam

Yang punyai puluhan jiwa
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s