Surat buat buku GADIS OREN

Posted: August 28, 2013 in surat untuk buku

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Surat kepada buku ini sebenarnya saya merasakan seolah sekadar pengulangan. Saya pernah menulis persoalan yang dicetuskan dalam novel ini. Dan saya amat tertarik juga terkejut selesai sahaja baca. Ternyata saya tidak berseorang dalam pemikiran sebegitu. Yang beza-nya saya dan penulis itu hanyalah agama.

(surat dari seorang ayah dari masa depan)

(persoalan masa)

{m/s 170

ayah menulis: bayangkanlah kamu berada di ambang cerita dongeng ini, iaitu beberapa bilion tahun yang lalu tatkala semuanya tercipta. Dan kamu boleh memilih sama ada kamu hendak dilahirkan untuk menjalani kehidupan di planet ini pada satu ketika. Kamu tidak tahu bila kamu akan dilahirkan atau berapa lama kamu akan hidup tetapi tempoh itu tidak lebih daripada beberapa tahun. Yang kamu tahu, jika kamu memilih untuk datang ke dunia ini pada satu ketika, kamu juga harus pergi meninggalkannya pada suatu hari nanti dan kamu pergi meninggalkan segala-galanya. Ini akan menyebabkan kamu berasa sedih sekali kerana banyak orang menganggap bahwa kehidupan dalam cerita dongeng yang hebat ini begitu menyeronokkan sehingga kita boleh mengalirkan air mata apabila memikirkan penghujungnya. Semuanya begitu indah di sini hinggakan kita berasa perit apabila memikirkan suatu masa nanti, hari-hari itu akan berakhir}

ini adalah misteri utama dalam surat yang diterima oleh Georg.(sebenarnya ada saja misteri2 lain). Ceritanya bermula begini. Pada umur 14 tahun Georg Road telah menerima surat dari ayah beliau yang telah lama meninggal dunia. Waktu itu umur Georg 3 tahun kalau tidak silap saya. Georg pulang sahaja dari rumah, semua menunggu. Nenek, datuk, ibu, ayah tiri dan adik tiri. Dalam surat itu ayah Georg cuba untuk mengasimilasikan waktu. Yakni surat itu dibaca pada saat Georg sudah dewasa kelak. Pun begitu, misteri gadis oren yang begitu dikasihi oleh ayah beliau dirungkai satu persatu. Yang mana pada akhirnya Georg sendiri balas surat ini. Agak menarik apabila kita menerima surat dari orang yang telah lama meninggal dunia.

Surat tersebut sebenarnya banyak menceritakan Gadis Oren, ialah sebab itu sudah tajuk-kan? Namun pada pendapat saya. Penceritaan Gadis Oren hanyalah medium buat Joestein Gaarder menyatakan persoalan paling utama. Dalam pada itu diceritakan juga waktu ayah Georg masih hidup teleskop Hubble baru sahaja dilancarkan. Dan beberapa pertanyaan yang bermain di fikiran ayah-nya yang mana apa yang bakal berlaku dalam dunia astronomi. Sudah terjawabkah rahsia alam semesta?

Buku ini? bagi saya ok dan menarik. Saya sendiri secara peribadi gemar novel2 atau cerpen2 atau tulisan2 yang berunsurkan surat. Kerana zaman sekarang ini, mana-lah orang menggunakan surat sebagai alat bersosial melainkan atas urusan rasmi. Penulis novel ini lebih dikenali dengan novel Sophie’s World. Saya hanya pernah menonton filem, tidak membaca. Tebal! Ok berbalik kepada novel Gadis Oren.

Perkara utama adalah persoalan yang cuba dimainkan, dilontarkan pada pembaca. Jika kita, kita diberi ruang untuk memilih dalam bahasa mudah hidup di dunia dengan penuh kebahagiaan kemudian segalanya ditarik kembali. Adakah kita akan terima? Anda bagaimana? Pada akhir novel ini Georg ada menjawab. Tapi anda? Sebagai muslim. Untuk kita menuju akhirat. Dunia adalah jambatan-nya. Mustahil kita tidak lahir ke dunia, hanya berlegar alam roh kemudian terus masuk ke alam roh lain-nya. Dalam novel ini diberitahu betapa nihil-nya dek kerana tiada apa2 selepas kematian. Dan itu cuba menyentuh konsep teologi, yakni ketuhanan. Disebabkan itu teleskop angkasa Hubble itu di bentangkan. Bukankah alam ini makin kita renung, makin jauh, makin kita kaji, makin banyak hal yang perlu kita kaji.

Apa tujuan ayah Georg tulis surat? Hal utama semestinya ingin memberitahu betapa kasih-nya ayah beliau pada Gadis Oren. Dari Gadis Oren itu segala fantasi menjadi realiti. Ayah Georg mahukan Georg itu sendiri merasakan apa yang beliau rasa. Mungkin ini salah satu proses buat Georg menjadi matang.

Memandangkan ini adalah novel terjemah, seperti biasa tiada hal yang sempurna. Ada ejaan salah, juga agak sedikit kecewa kerana gaya terjemahan tidak meluncur dengan jernih. Seolah ada beberapa yang diterjemah serupa tanpa ada kata sendiri. Jangan marah saya atas kritikan. Saya pembaca. Pembaca adalah hakim paling layak buat buku.

Sekian.

Yang tergelak melihat gelagat pencari Gadis Oren

perewa

946754_4140378246173_1266292926_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s