Surat paling panjang buat perempuan (Fiksyen-Realis)

Posted: August 26, 2013 in surat pada perempuan

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

 

 

 

Assalamualaikum,

 

Surat ini ditulis selepas pertemuan saya dengan teman bernama Takdir. Waktu itu saya ke Setor Salma, kedai runcit mamak di kawasan rumah saya. Waktu itu juga saya terlihat Takdir sedang termenung, dalam kereta. Menung-nya jauh, tapi….tapi kosong. Kadang tersenyum kadang mengeluh. Terus saya menegur Takdir dan bertanyakan khabar. Beliau mengajak saya menaiki kereta dan juga mahu berbual kata-nya. Takdir tidaklah asing bagi saya. Dari kecil kami sudah berkawan. Cuma Takdir lebih akrab dengan Hassan. Hassan, Hassan adalahkawan kami yang geliga. Belajar sampai ke luar negara. Maka malam itu perjalanan kami lebih kepada monolog Takdir. Saya? Saya hanya mendiamkan diri dan mendengar. Mungkin itu yang Takdir mahukan. Mungkin tidak. Saya tidak pasti apakah reaksi diam saya itu adalah reaksi yang betul. Dan waktu Takdir mula bersuara, pandangan-nya kosong.

 

Takdir mula bercerita.

 

Terima kasih sudi naik kereta aku. Aku bukan apa, cuma tidak tahu mahu bercerita pada siapa. Nama aku Takdir. Kelakarkan. Kenapa ayah aku berikan nama ini pun aku tidak tahu. Tidak pernah tanya. Hassan. Lama sudah aku tidak jumpa dengan dia. Adalah dalam upacara makan malam garisan puisi. Dan kemudian hilang. Aku dengan Hassan memang rapat. Takdir Hassan, orang selalu panggil kami. Aku tidak tahu mahu mula dari mana. Entah. Dari tadi aku fikir. Ada sesuatu yang belum selesai antara kami. Perempuan. Selalu Hassan akan berkongsi cerita perihal perempuan dengan aku. Luar dan dalam. Kau, naik kereta aku ini harap off record ye. Sebab entah. Entah-lah.

 

Kau tahu waktu mula2 Hassan kenal seorang perempuan ini. Mirah nama-nya. Lebih tua dari Hassan. Aku pun tidak pasti kenapa perempuan itu suka pada Hassan. Asal-nya Hassan cakap mereka sekedar mengutus surat. Kemudian tidak lama mereka bertemu. Bertemu di IPT tengah kota. Ouh waktu itu Hassan belum tamat lagi pelajaran. Aku sudah beritahu pada Hassan, habiskan dulu SPM. Tapi Hassan cakap sekedar kawan sahaja. Yup kawan, mereka memang berkawan. Kawan. Kawan. Kawan. Hassan tidak pernah pinggirkan aku. Bahkan Hassan selalu cerita pada aku perihal Mirah. Aku ada komen juga. Mirah itu cerdas. Sebab ambil bio-teknologi kot kami kata cerdas. Benda lain kami tak tahu pula. Dan itu adalah hal yang baru dalam dunia aku jua Hassan. Kami kagum pada ketidaktahuan. Itu sahaja komen aku. Cuma satu hari itu. Hassan termengah2 jumpa dengan aku. Seolah ada sesuatu yang cemas. Kata Hassan, Mirah approach  Hassan untuk jadi kekasih. Hassan mula keliru. Kerana selama ini beliau anggap Mirah adalah kawan. Kalau lebih pun, akak. Serius. Dek kerana mahu menjaga hubungan Hassan terima. Aku? Aku geleng kepala. Aku sudah beritahu pada Hassan. Tapi hassan jawab, tiada masalah dia ok sahaja berkasih dengan orang yang lebih tua dari dia. Baru cool katanya. Kasih ini bukan soal cool atau tidak nasihat aku pada Hassan. Tapi waktu itu kami muda. Bukan sahaja muda. Muda, semua orang muda. Waktu itu kami remaja. Kelakar juga, dan itu pengalaman Hassan berkasih dengan perempuan. Aku senyum saja lihat Hassan ke hulu hilir bawa Mirah. Entah. Kisah enam ke tujuh tahun lepas. Kadang geleng kepala. Lama kelamaan Hassan hanyut. Hanyut dalam erti kata sudah lupa asal muassal anggap Mirah itu sebagai kawan jua akak. Kini mereka benar2 berkasih. Aku? Aku masih kekal berkawan dengan Hassan. Segala apa yang berlaku aku jua tahu. Sahabat akrab kan. Tanpa aku tanya, Hassan sendiri beritahu. Dari hal2 luar, sampai hal2 dalam. Dalam. Ye dalam. Aku turut galak mahu dengar. Dan tiba2 entah macam mana tersentak. Berkasih ini mahu buat isteri atau tidak? Hassan turut tersentak. Gelisah jiwa Hassan. Bagaimana mahu putus kasih. Mujur aku dapat membantu Hassan keluar dari kota. Seperti yang aku beritahu tadi, kami masih remaja. Hassan dapat sambung belajar ke luar negara. Dan hubungan Mirah serta Hassan lama kelamaan hilang begitu sahaja. Ada satu atau dua kali Mirah datang bertemu Hassan. Waktu itu Mirah bawa sekali teman dia. Dan entah macam mana kata Hassan pada aku, tiba2 dia rasa jatuh cinta pada teman Mirah. Apa gila Hassan ini. mereka bersalam. Dan selepas salam. Itu-lah kali terakhir mereka bertemu. Hassan tidak kecewa kerana tidak bertemu dengan Mirah, Hassan kecewa kerana tidak berpeluang bertemu dengan kawan Mirah lagi. Selang satu tahun. Selepas Hassan baca email Mirah kepada orang lain, (bukan Hassan buka email Mirah. Mirah tersalah hantar email. Pelik kan?) Mungkin Mirah jua mahu putus kasih bersama Hassan. Asal Hassan menung jauh. Lama kelamaan kami ketawa. Bukankah mula-nya mahu kawan2 sahaja? Hahaha…ouh iye. Baru2 ini Mirah ada mesej Hassan. Telan air liur Hassan. Selepas tujuh tahun. Kenapa dia mahu cari aku lagi? Kata Hassan pada aku. Rasa macam tidak boleh masuk sudah. Bukan mahu putus silaturrahim. Tapi….tapi….tak in orang cakap. Dan kami pun ketawa untuk kesekian kalinya. Ada mesej baru masuk kata Hassan waktu kami ketawa.

 

[EMAIL BARU MASUK

 

Trit….trit….trit

 

Maaf kalau kedtgn email ni x diundang..apa khabar awk sekarang? Dah kerja? sy still belajar, n di usm. Sy admire sikap awk yg rajin membaca..Sy trbaca awk suka menambah kenalan di ur blog, so sy memberanikan diri cntct awk..dl sy xberani nak tegur awk, mungkin bl kite da brtmbah usia, keberanian tu dtg kmbali..harap awk sudi berkwn semula dgn sy.. Sy berminat nak tahu buku2 sastera menarik yg senang difahami, then sy tringat awk yg suke membaca n search, sy ingin cari kenalan bidang selain pure scince..harap awk sudi..sekian,
Sent from my iPhone]

 

Kami menghela nafas. Sambil berdiri atas bonet kereta Hassan menjerit. “Dengan ini bebaslah kau dari hidup aku”.

 

Itu waktu mula2 dahulu. Waktu kami remaja. Serius. kelakar pun ada. Tapi iyelah. Hati orang. Dan waktu itu kami masih mentah. Dek kerana kementahan kami itulah Hassan berani ambil risiko. Segala risiko. Selang beberapa tahun Hassan belajar di luar negara. Hassan bertemu pula dengan seorang perempuan. Kerja jururawat. Hassan? Masih belajar lagi. Tapi kali ini jururawat itu lebih muda dari Hassan. Asidatul nama jururawat itu. Putih melepak kata Hassan pada aku. Hassan tunjukkan gambar Asidatul pada aku. Gambar yang “gambar” pun ditunjuk sama. If you know what i mean, bak kata orang zaman edan. Aku? Satu rumah dengan Hassan. Aku berkerja di salah satu kedai runcit. Semata mahu berjalan di negara orang. Kami sewa rumah bersama. Duduk berdua. Hassan sering membawa Asidatul ke rumah kami. Hubungan Hassan dan Asidatul bertambah erat. Kadang Hassan jemput Asidatul di Hospital. Mengikut apa yang diceritakan oleh Hassan pada aku. Hubungan mereka dengan Asidatul ini complicated sikit. Kata-nya Asidatul ini amal-kan…..hmmm….kau open tak nih aku nak cerita? Asidatul amal seks bebas. Tapi dia punya pencegahan. Jururawat la katakan. Aku serius suruh Hassan hati2 dan kalau boleh jauhkan diri. Tapi Hassan orang-nya setia. Tidak akan meninggalkan kecuali ditinggalkan. Tidak beberapa lama perkenalan mereka. Hassan mula rasa curiga, kerana dalam sebulan seminggu Asidatul akan pulang ke kampung. Selidik punya selidik rupanya Asidatul bertemu kekasih lama. Dipendekkan cerita yang memang teramat panjang. Aku rasa kau dengar pun mengantuk. Asidatul mengandung. Dan itu adalah anak  kekasih lama. Hassan mula rasa kecewa. Iyelah rasa gembira dan bahagia rupanya hanya diletakkan apabila  “bersama”.  Aku? Aku suruh Hassan habiskan dulu pelajaran. Satu bulan saja lagi. Kemudian kita pulang ke kampung sama2.

 

Kami pun pulang ke kampung. Sini. Kampung Padang Balang. Hassan berubah. Aku sedar. Tapi mahu buat bagaimana, terima beliau seadanya. Hassan mula rapat dengan perempuan yang aku rasa tidak sesuai dengan jiwa dia. Hmmm…..lama pula aku cerita.

 

Itu kata Takdir kemudian menunjukkan mesej terbaru Asidatul pada aku, Hassan yang forward katanya.

 

INBOX

ASIDATUL

[Salam. Hai
Awan ku berarak mendung]

 

Ouh untuk pengetahuan, saat mesej itu diterima. Takdir beritahu, Asidatul sudah punyai seorang anak. Saya geleng kepala. Sampai sudah tempat yang di tuju.  Taman Tasik Titiwangsa. Kata Takdir ada lagi seorang perempuan yang perlu dia cerita. Saya memberitahu pada Takdir bahwa, mungkin lain kali. Kerana saya perlu pulang ke rumah. Ada hal yang perlu diselesaikan. Wajah takdir mula berubah.

 

“kau pun mahu tinggalkan aku?” kata Takdir.

 

Saya mula keluar dari kenderaan dan berjalan pulang ke rumah tanpa berpaling ke belakang. Sambil mesej kepada Takdir.

 

INBOX

[mungkin lain kali Takdir. Hassan selamat jangan risau. Pandailah dia jaga diri. Dia sekarang sudah ada yang membimbing. Seorang yang memang pembimbing]

 

 

Wassalam

 

 

Yang benar

………………..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s