Jurnal Mimpi 1

Posted: August 26, 2013 in Surat dari Kaca Mata

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Surat kali ini agak aneh. Namun tidak bagi saya. Kerana hal ini sudah banyak dilakukan pada mereka yang suka berimajinasi. Boleh cari dream journal di google mungkin. Sejak akhir2 ini, sudah dua kali saya bermimpi. Bukan hal yang sama. Tapi menarik. Maka surat kali ini adalah sekadar perkongsian dan apa yang mata saya lihat dari sudut pandang minda separa sedar. Ada sesiapa baca Jung?

mimpi 1

Kalau tidak silap ini adalah mimpi saya pada tiga hari lepas. Ouh sebelum itu, saya sedang mendengar LOTR Trilogy soundtrack(teman2 boleh dengar di youtube ketika baca surat ini) saat menulis ini. Ok sambung semula. Ini adalah mimpi saya tiga hari lepas. Waktu itu tidur petang. Kurang lebih jam lima begitu. Dalam minda separa sedar, keadaan waktu tidur saya adalah mengiring. Sedar sahaja saya sudah berada di tepi jalan. Dan ada sesuatu dalam mulut saya, tidak pasti adakah kahak atau entah-lah. Ada sesuatu yang mahu keluar. Saya fikir mungkin cara tidur saya yang salah, saya beralih ke sebelah kanan. Sedar sahaja saya sudah berada di tepi jalan. Masih ada sesuatu di dalam tekak. Seolah-olah ada sesuatu yang terlekat. Lama saya cuba muntahkah juga ludahkan. Tapi tidak keluar jua. kurang lebih satu minit begitu saya cuba keluarkan. Tidak berpuas hati saya terus bangkit dan duduk di tepi katil dan?????? eh tadi tepi jalan. hmmmm……..cepat2 saya melukis apa yang saya lihat. yup, apa yang saya lihat dalam mimpi. perasaan berada di dua tempat yang berlainan adalah amat keliru dan lelah sekali. Mungkin ini pengidap Alzheimer rasa. Sedar sudah ada di tempat lain walhal sudah tempuh jalan secara fizikal. Sebagai contoh nenek saya, waktu berada di Hospital hari pertama. Di tanya saya, “tadi ada orang cakap nenek ada di hospital, sedangkan nenek baru saja masuk dapur tadi. betul ke?”

 

mimpi 2

 

ini adalah mimpi saya semalam. 26 Ogos 2013. jam empat pagi. Dengan tiba2 saya berada dalam kereta bersama ahli keluarga saya. Bagaimana saya tahu itu keluarga saya? hmmm….entah. Wajah mereka kabur. mungkin kerana saya…..ok saya cerita dahulu apa yang berlaku. Keadaan amat kalut, ayah sedang memandu cuba mengelak lubang di tengah jalanraya. Namun tayar sebelah kiri hampir terperosok masuk ke dalam lubang yang saiznya adalah sebuah kereta. Kalau boleh lihat,  garisan berhampiran gunung itu adalah laluan pertama. ternyata masih tidak habis, keadaan bertambah kalut. Saya bersuara supaya ayah ambil sebelah kiri yang hanya ada bonggol (garisan2 hitam panjang). aneh juga bonggol di buat sebegitu. Apa yang berlaku adalah amat dahsyat. Saat ayah saya ambil laluan kiri, kereta terus melompat tinggi dan melepasi bahu jalan. Kereta berpusing terjun ke dalam gaung. Saya berpusing dalam kereta. Terasa terhoyong hayang. Air mata mula meleleh. Serta merta saya bangun. Terkejut. Beristighfar sekejap. Jam menunjukkan empat pagi. Minda masih separa sedar. Seperti baru sahaja tadi dalam kereta.

 

Saya rasa dalam kereta adalah keluarga disebabkan air mata yang meleleh. Mungkin setakat ini dahulu buat kali ini. Jika sekiranya adalah mimpi2 yang lain. Mungkin akan kongsi lagi. Mungkin tidak.

yang bermimpi

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s