Surat dari kaca mata(Temuramah CariKerja)Cari Diri

Posted: August 12, 2013 in Surat dari Kaca Mata

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

12 Ogos 2213

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Maha Pengasih dan Maha penyayang. Maha Memberi dan Maha Memiliki. Maha Mendesak dan Maha segala Maha. Selawat ke atas Nabi Muhammad. Semoga kita semua yang membaca atau tidak membaca akan memperoleh rezki bertemu dengan baginda.

Surat ini ditulis selepas satu tahun lama-nya saya tidak cari kerja. Tidak ditemuduga. Interview orang panggil. Iye, tidak pergi interview. Tadi sebentar saat sedang baca buku, terlintas bagaimana segala apa dokumen  yang saya bawa itu semuanya adalah kepalsuan. Dari se-kecil2 dokumen, sehinggalah se-besar2 dokumen. Begini kisah-nya.

Waktu itu saya sudah sampai di bawah bangunan syarikat. Syarikat ini menawarkan jawatan kosong yang agak tinggi gaji sebulan. Selepas sebulan menanti dengan sepenuh hati. Maka hari ini adalah hari penentu, untuk saya menjual segala apa yang ada di hadapan orang atasan syarikat ini. Ataupun orang dari bahagian sumber manusia. Entah. Maka kaki kanan melangkah masuk. Berkasut kulit hitam yang amat2 jarang saya pakai. Bertanya-lah saya pada bahagian informasi. Perlu tinggalkan pengenalan diri untuk mendapatkan kad pelawat. Maka saya tinggalkan lesen memandu. Terus menuju ke lif. “ Tingkat 48 ye” kata wanita yang menjaga bahagian informasi. Lif kosong. Kosong kerana waktu interview adalah jam 3:00 petang. Mungkin semua pekerja sedang menikmati “kerja” mereka. Mungkin. Dari bawah boleh lihat ruang2 pejabat di tingkat atas. Melihat semua pekerja begitu tekun terhadap apa yang mereka lakukan.

Sambil saya memeriksa semula segala dokumen2, lif sudah sampai di tingkat 48. Kanan atau kiri? Kanan bilik stor dan tandas. Kiri ruang mesyuarat. Saya memilih kanan dahulu, demi membetulkan apa yang patut. Waktu itu jam baru 2:30 petang. Saya tidak memakai jam. Entah. Pernah. Tapi cepat rosak. Waktu cepat mati saya panggil. Oleh demikian, menggunakan jam telefon adalah solusi. Kadang bertanya pada orang berhampiran berkenaan waktu. Itu juga antara salah satu cara saya bersosial. Melihat cermin tandas. Refleksi diri. Menghela nafas. Ini adalah interview kali ke 34 buat saya. Lalu pintu tandas di tolak. Menuju ke ruang mesyuarat. Saya tidak tahu sebenar-nya adakah ini tempat yang tepat. Hanya diberitahu tingkat 48 sahaja. “Temuduga bagi jawatan…”. Ok inilah tempat-nya. Masih kosong. Lupa mahu beritahu, tingkat ini sunyi. Masuk sahaja saya ke dalam bilik ini, duduk atas kerusi.

Ada tangan menyentuh bahu. “interview ye?” saya mengangguk dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki itu menyambut dan terus duduk di hadapan saya.

Saya mengeluarkan semua dokumen. Waktu yang ditunggu telah tiba. Masuk seorang lagi penemuduga. Saya betulkan kerusi. Masuk seorang lagi penemuduga. Saya serahkan semua dokumen kepada lelaki yang menegur saya tadi. masuk lagi seorang penemuduga. Saya melihat keadaan sekeliling, ada satu lampu yang tidak menyala. Masuk lagi seorang penemuduga.

Bismillah.

“ini dokumen awak?”

“yup, semua-nya saya punya”

“saya beri situasi pada awak. Saya mahu awak selesaikan. Ok sekarang ada masalah tentang dokumen2 ini”

“situasi apa? masalah apa encik?”

Saat itu masuk lagi seorang penemuduga. Sekarang jumlah penemuduga depan saya berjumlah enam orang.

“dokumen awak ini palsu”

“eh kenapa encik cakap palsu? Itu semua dokumen asli”

“lihat ini, sekolah ini, universiti ini, dan syarikat2 yang pernah awak kerja dahulu, semuanya tidak wujud”

“tapi itu tidak menunjukkan ia-nya palsu? Tidak wujud itu belum membuktikan ianya palsu”

“awak akui ia tidak wujud juga? Haha. Maka untuk apa awak mahu berkata kalau awak sendiri akui?”

“saya tidak akui, saya hanya menyatakan tidak wujud tidak bermakna palsu. Saya sendiri sekolah di sekolah tersebut, saya sendiri belajar di universiti tersebut. Bahkan 6 bulan saya kerja kontrak di syarikat yang encik cakap palsu itu”

“hmmm…..beginilah saudara, kita lupakan soal dokumen, lagipun keputusan akademik awak bukan memberangsangkan mana buat kami. Apa yang awak ada jika dokumen ini letak tepi?”

“Apa yang awak ada jika dokumen ini letak tepi?” Tanya penemuduga kedua

“Apa yang awak ada jika dokumen ini letak tepi?” Tanya penemuduga ketiga

“Apa yang awak ada jika dokumen ini letak tepi?” Tanya penemuduga keempat

“Apa yang awak ada jika dokumen ini letak tepi?” Tanya penemuduga kelima

“Apa yang awak ada jika dokumen ini letak tepi?” Tanya penemuduga keenam

“Saya ada diri” jawab saya

“apa yang ada dalam diri awak pula?”

 ……………………………………………..

Jeda panjang. Sepi. Bunyi aircond kuat. Saya tarik nafas.

Yang masih mencari diri

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s