Surat kebenaran untuk menjadi manusia

Posted: July 24, 2013 in Uncategorized

Tepi tasik titiwangsa
Kuala lumpur

Kehadapan teman se-spesis,

Surat ini ditulis kepada spesis saya yang jika diberi kebenaran untuk menjadi manusia. Maka gembiralah saya. Kebenaran ini adalah bermaksud, tidaklah fizikal saya berubah menjadi manusia. Cukup sudah dilayan penaka seorang manusia yang sempurna.

Kenapa saya mahu minta kebenaran? Dan yang lebih kritikal, kenapa saya mahu jadi manusia?

Sabar, saya jawab satu2. Sebenarnya saat saya menulis ini, saya sedang bermain2 air di hujung kaki. Terpercik pada surat. Basah. Maaf ye. Tulisan akan menjadi kembang.

Ok soalan pertama. Saya meminta kebenaran kerana, Iyelah jika saya dengan tiba2 menjadi manusia. Mahu pening dan keliru spesis saya. Mana mungkin saya jadi manusia. Tapi dengan surat kebenaran yang membenarkan ini, saya punya imuniti tanpa siapa boleh persoalkan. Saya akan tampal surat ini di belakang badan saya. Jika mereka mahu baca, mereka perlu ikut saya dari belakang. Jika saya tampal di hadapan badan, amat sukar untuk saya berjalan. Menghalang laluan2 saya nanti. Ok?

Soalan kedua dan akhir, kenapa saya mahu jadi manusia? Jadi manusia ini untung. Boleh merasa sekali jadi siapa2. Boleh buat pelbagai benda. Menghiasi dunia, menghancurkan  dunia pun boleh juga. Tapi saya tidaklah begitu. Saya akan menjaga dunia dengan penuh hemah. Jadi manusia ini antaranya boleh mengajak ke arah kebaikan. Ouh dan juga,  manusia ada hak asasi mereka sendiri. Yang mana saya kira itu adalah lesen besar dalam melakukan apa2. Pssss lagi satu, yang saya suka menjadi manusia adalah boleh me-rendah2-kan manusia lain. Di mana spesis kita tidak pernah lakukan. Dengan merendahkan manusia lain. Kita akan merasa lebih mulia dari segala manusia. Bayangkan ye, manusia adalah spesis paling agung. Dan bertambah agung apabila menjadi nombor satu dari mana2 manusia. Ok?

Ouh maaf, sekiranya surat saya ini tidak cerita terlalu dalam. Terlalu deep yang boleh meleburkan pemikiran siapa2 yang baca. Bosan. Tulisan yang bosan ini saya berikan kepada ketua spesis saya agar mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Akhir kata dari saya…

Ong ong ong

Yang memanggil
Kodok

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s