Malam ini aku menulis……

Posted: July 19, 2013 in surat pada diri

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

 

Waktu ini umur aku 49 tahun. Sudah tua. Entah. Atau masih punya roh muda. Sekedar mahu menjelajah ruang2 memori lama. Saat berhati muda berjiwa remaja. Saat itu aku dan teman2ku masih tegar lemas dalam seni. Penulisan terutama-nya. Ini adalah coretan kenangan seorang yang telah lama tinggalkan dunianya.

 

2013. Art for grabs. Pertama kali dalam hidup aku buat sesuatu yang agak aneh aku rasa. Pada acara art for grabs yang lepas, terlihat seorang wanita di dadanya tertampal “hanya dua ringgit dan saya akan berbual dengan anda”. Aku mula terfikir, bagaimana kalau aku yang buat begitu. Tapi….tapi aku mahu bual apa? puisi. Iye puisi. Begini. Tampal kertas di dinding belakang. “ Saya akan siapkan anda sebuah puisi nilainya anda yang tentukan”. Aku tidak mampu lakukan ini seorang diri. Maka aku harus mencari teman. Untuk menyeimbangkan segala kata. Terus cari dalam senarai nama yang ada dalam telefon, fb dan twitter. Teman yang puitis saya kira.

Pendek cerita. Tidak jumpa. Kecewa. Buat seorang diri.

Acara berlangsung lagi seminggu. Aku perlu mood puisi. Hanyut dalam semua kata. Pelan-pelan aku telan.

 

sekian. kesian.

 

Yang ada

perewa

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s