KLIA dan mimpi2

Posted: July 7, 2013 in KLIA

Kuala Lumpur

7 Julai 2013

Hai nama saya hafiz, saya suka berangan, berimajinasi, bermimpi dan berfantasi. Kata orang, realitikan fantasi seindah imajinasi. Saya pernah cuba tapi tidak berjaya. Kata John Lennon pula, you may say im a dreamer, but im not the only one.

Surat ini saya tulis sebagai pendahuluan buat siapa2 yang punya masa untuk membaca. Semestinya khusus buat kakitangan KLIA. Semoga ceria dan bersemangat kerja-nya.

Saya sudah lupa bila tarikh yang tepat. Cuma yang saya boleh ingat adalah tahun lepas 2012. Wani Ardy, yakni penyanyi indie. Ada menyebut, beliau suka melancong. Jika tidak punya duit yang mencukupi, cukuplah sekadar pergi ke airport dan duduk disitu melihat seorang demi seorang melepasi imigresen, melambai-lambai pada saudara juga teman. Sudah memadai kata-nya. Maka saya tertarik dengan idea itu. Saya pun mahu buat begitu. Tidak pasti Wani Ardy masih lagi buat hal itu atau tidak. Atau ada teman2 lain yang juga pernah buat?

Dan terus terlintas di fikiran saya kata2 ini. diubah sikit dari sabda Nabi

“Wuhai sang pemimpi, sekira-nya diri-mu mahu terbang sehingga menyanyikan lagu-ku di awan, maka terbang-lah, jika tidak mampu maka cukup saja hadir ke lapangan terbang, jika tidak mampu beli-lah akan diri-mu majalah travel, jika tidak mampu juga cukuplah sekadar mengintai awan dan saat kapal terbang melintas, senyum-lah pada-nya. Dan itu, itu adalah selemah-lemah iman sa-orang sang pemimpi — at KLIA International Depature Hall

KLIA, hmmm lebih 10 kali saya bertandang. Hantar teman2, ataupun saya sendiri yang terbang. Sebelum saya cerita lebih jauh, adalah lebih baik saya beritahu kenapa pilih KLIA tidak LCCT. Jawapan-nya mudah. Kerana di KLIA kesibukan-nya lebih. Nampak kemas. Juga ramai warga asing dipelusuk dunia, baik yang baru tiba maupun yang bakal berlepas. Ouh tidak lupa juga. Banyak kedai2 yang menarik. Menarik? Entah. Saya tidak merasa mana. Kerana jika saya ke KLIA sekadar memandang sahaja kedai2 tersebut.

Mei 2013

Kasihan pada diri. Sepatut-nya tarikh ini adalah tarikh saya terbang ke Sweden. Selepas satu tahun lebih kumpul duit. Namun tidak kesampaian kerana keadaan tidak mengizinkan. Ayah saya kena strok. Dan rutin yang mula saya suka yakni ke KLIA dan bermimpi2 terbang.

KLM

MAS

QATAR AIRWAYS

Semuanya saya selalu lihat. Destinasi. Tarikh. Dan harga. Senyum sendiri. Namun kehadiran saya ke KLIA selepas beberapa ketika, tidak sekadar bermimpi. Malah kini lebih dari itu. Saya…saya akan ke KLIA bila rasa serabut atau tekanan. Tekanan ke? Baik ke masjid kan? Heyyy saya ke masjid juga. Masjid KLIA. Haha! Tahu tak di masjid KLIA ada juga board di pintu masuk tulis ketibaan dan perlepasan kapal terbang.

KLIA tungguuuu akuuuuu

Yang benar

hafiz

 

dibawah ini adalah video MAS. ia, KLIA dan MAS memang tidak sama. Cuma saya rasa video ini didedikasikan buat saya.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_profilepage&v=cMLsCZsnHRM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s