Dr Sikmen Frot dan Dr Kal Jang (Cerpen tak siap)

Posted: July 5, 2013 in Uncategorized

“hmm…kau sudah jumpa pesakit di wad baru itu?” tanya Dr Jang kepada Dr Frot.

Pada tahun 198-Q, Malaysia telah diiktiraf menjadi negara maju dari segi teknologi perubatan. Institusi Perubatan Negara yakni IPN, menjadi rujukan semua negara di seluruh dunia. Penyelidikan dan segala perkembangan perubatan bermula di sini. Di IPN, kebiasaan-nya satu jabatan hanya di selia oleh seorang doktor pakar. Namun hanya satu jabatan sahaja yang diselia oleh dua orang doktor pakar jiwa, yakni jabatan psikologi.

“belum, kenapa ye?” jawab Dr Frot kepada Dr Jang

Dua orang doktor pakar jiwa itu adalah Doktor Sikmen Frot dan Doktor Kal Jang. Sikmen Frot adalah seorang ahli dalam bidang psikoanalisis. Beliau paling dikenali dalam penyelidikan terhadap minda bawah sedar. Bahkan penyelidikannya pada masa kini telah diangkat menjadi salah satu budaya buat rakyat dunia. Yakni mimpi dalam realiti.

“pesakit kali ini lain dari yang lain, saya rasa baik Dr Frot ikut saya bertemu pesakit” balas Dr Jang

“haha…apa-apa pun biarlah saya habis sarapan dahulu” kata Dr Frot dan mempelawa Dr Jang sarapan bersama.

Kal Jang atau lebih mesra di panggil Jang. Perintis kepada ilmu Analisa Psikologi. Pendekatan yang dibawa oleh Jang adalah mengaitkan ilmu metafizik bersama logika. Beliau percaya keseimbangan kedua-dua perkara besar ini akan membawa kepada jiwa yang lebih harmoni. Tesis yang dibuat bertajuk, “Suntikan idea dalam mimpi” telah berjaya menarik perhatian kerajaan. Dan seterusnya beliau dilantik oleh kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan permasalahan perubatan. Ilmu jiwa semestinya.

“ok ayuh Dr Jang, apa yang kita dapat dari pesakit?” tanya Dr Frot

“Pesakit bernama Hegel Zikri, berumur 31 tahun. Koma selama dua hari, pada hari ketiga tangan bergerak dengan sendiri. dan sehingga kini tangah beliau masih lagi bergerak” jawab Dr Jang

“apa yang peliknya?” Dr Frot mengerutkan dahi sambil bertanya. Dan mereka telah sampai ke wad pesakit.

“ini….” Dr Jang menunjukkan surat. “surat ini ditulis oleh Pesakit dalam keadaan tidak sedar” sambung beliau lagi “menarik ini, lihat isi-nya”. Dr Frot mengurut dagu sambil membaca.

 

 

 

Tepi tasik

Kuala Lumpur

 

Saat aku duduk merenung di tepi tasik, pada malam yang gemilang dilimpahi cahaya sang bulan serta bayangannya. Aku terkenang saat pengembaraan kita. Pengembaraan aku bersama dua bulan. Maka surat ini aku tulis sekadar mengubati rasa rindu yang mana kita pernah satu kali dulu. Bersama, dengan penuh advencer. Advencer, iye aku dan kalian berdua suka itu.

Bagaimana mahu mula ya? Ouh begini, ianya bermula entah dari mana aku berada dalam satu keadaan yang agak kabur. Mata aku seolah-olah kelam. Dan aku membawa basikal? Pelik sungguh. Aku waktu itu berada dalam satu lorong. Hmmm….seperti biasa sebelum buat apa-apa, tangan kananku diurut-urut pada dagu. Tanda sedang mencari solusi barangkali. Dalam waktu yang sama terdengar derap kaki, deras. Seperti berlari, bukan berlari untuk melarikan diri tapi berlari meminta dibawa lari. Apa bezanya? Ahhhh abaikan. Mata aku masih kabur, aku menuju ke arah bunyi itu. Perempuan, iya seorang perempuan yang sedang berlari. Dia berlari ke arahku. Meminta tolong katanya. Menarik tangan aku. Menuju ke basikal. Disuruhnya aku segera membawanya pergi dari tempat ini. Menyelamatkan temannya yang satu lagi. Aku dalam kebingungan itu terus saja ikut apa yang disuruh. Basikal dibawa pada jalan yang aku tidak tahu kemana. Sampai saja di satu lorong yang lain kami berhenti. Dia suruh aku tunggu. Sekarang mataku sudah jelas. Rupanya kawasan ini penuh dengan lorong. Perlu pandai pilih, salah pilih akan sesat. Untuk kembali dari jalan  yang sesat itu perlu menunggu pertolongan ataupun perlu terus mencuba. Bergantung pada tuah juga.

Aku tidak puas hati. Siapa dia ini? Aku mula bertanya nama, dijawabnya sebentar. Dia perlu fikir sesuatu. Katanya kenapa kita nampak hujung lorong itu cahaya tapi apabila sampai ke penghujungnya, ada beberapa lagi lorong yang perlu kita pilih. Apakah tiada pengakhiran? Aku kata aku tidak tahu, dan aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh berada disini. Mungkin aku berada dalam mimpi. Katanya lagi, ini bukan mimpi! Kau harus sedar! Disuruh aku lihat muka aku dalam lopak air. Aku pergi. Ternyata bukan aku. Orang lain yang memakai jiwaku. Aku menyentuh muka aku. Aku tidak percaya. “ikut aku” kata perempuan itu dan kami berlari ke hujung lorong. Menaiki basikal. Lebih satu jam kami berusaha. Sama-sama letih. Cahaya sudah tiada. Sudah malam barangkali. Kami berjalan perlahan-lahan. Sampai ke penghujung lorong. Lorong-lorong lain sudah tiada. Yang ada di hadapan kami adalah….adalah…tasik? iye tasik. Ada seorang wanita sedang duduk dibangku. Seorang diri. Perempuan ini yang mengaku laili berlari ke arah wanita tersebut. Aku mengusung basikal. Kami bertiga duduk di bangku. Basikal disandarkan di tepi.

“hidup ini umpama mimpi” kata wanita yang aku tidak tahu namanya.

Kami semua terdiam. Malam itu bulan tiada. Wanita itu bangun. Berdiri di tepi tasik, memanggil kami. “kalian mahu ikut ke dunia aku?” tanyanya. Kami saling memandang dan mengangguk. Aku angguk sama. Di tepi tasik, kami berpengangan tangan. Kami….kami….terjun tasik. Dunia jadi kelam.

*Dumm

Dr Frot menepuk meja.

“fuh, menarik emosi pesakit ini. jika kita dalam keadaan sedar, emosi boleh mengawal minda. Tapi jika berada separa sedar seperti pesakit ini. Perlawanan antara minda dan emosi sedang berlaku. Saya rasa hal itu sedang berlaku, “Penindasan minda separa sedar dalam keadaan sedar”. Jika ini…..jika ini adalah apa yang sedang pesakit alami. Maka Dr Jang adalah orang sesuai untuk menginterpretasikan maksud segala” Dr Frot menyerahkan fail kepada Dr Jang sambil senyum. “jangan rendah diri sangat Dr, apa-apa saya ke tandas sekejap!” sambil Dr Jang mengangkat surat pesakit itu, beliau sambung baca.

“Nurse, sediakan alat JP-117” kata Dr Frot sambil menunggu Dr Jang kembali dari tandas. Tersenyum Dr Frot melihat alat itu. Alat itu adalah alat yang digunakan oleh beliau dan Dr Jang merawat pesakit. JP-117, alat rawatan separa sedar yang hanya dicipta sebanyak lima buah sahaja. Dikeluarkan oleh Malaysia, dan di Malaysia Dr Frot bersama Dr Jang diberi pengiktirafan menggunakan alat itu. Ia membawa pemakainya memasuki alam mimpi pesakit. Dan dari situ punca penyakit akan dikesan, juga kemungkinan besar akan dirawat terus. JP-117 juga mampu masuk mimpi dalam mimpi sebanya tiga lapisan.

“haha….pesakit ini fobia rupanya, fobia kepada buku. Bibliophobia” kata Dr Jang yang sedang membetulkan tali pinggang.

“macam mana Dr tahu? Tiada dalam data pesakit” balas Dr Frot. “sebab saya kenal pesakit ini” kata Dr Jang sambil menunjukkan gambar lama. Sambil menunjukkan lelaki yang berdiri paling kiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s