Temu ramah kosong 30 minit penulis kisah dongeng kanak2: Latifah Penjaga Awan.

Posted: May 29, 2013 in Uncategorized

Bunyi deru kereta laju membelah jalan Tun Razak yang lengang. Jam menunjukkan 3 pagi. Suasana kedai makan pizza hut di stesen ampang park hening. Kelihatan dua orang lelaki sedang berbual rancak. Yang ber-jersi biru nama-nya adalah fadil. Beliau teringin menjadi jurnalis, meskipun 4 tahun dalam hidup-nya diabadikan dalam ijazah sarjana muda perniagaan antarabangsa. Seorang lagi berbaju belang hijau hitam. Nama-nya perewa. Cita2? Ingin menjadi…….hmmm abaikan. Tidak penting dalam plot cerita temu ramah ini.

 

3:00 pagi

Restoran Pizza Hut

 

Fadil: Kat mana perbualan kita tadi?

 

Perewa: haha, aku mahu tulis kisah dongeng kanak2: Latifah penjaga awan.

 

Fadil: apa idea-nya. Susah ‘tu mahu tulis kisah dongeng. Kau pernah belajar?

 

Perewa: tidak pernah. Tapi kisah penglipurlara aku tahu bagaimana cara-nya.

 

Fadil: kalau macam itu, kisah dongeng sahaja, bukan kanak2. Dongeng itu kan lebih mudah. Hah, kenapa latifah penjaga awan pula?

 

Perewa: begini, sejak akhir2 ini aku acap kali….pehh acap kali tu. Bahasa! Ahaha. Ok serius. aku rajin dengar lagu kopratasa. Ada satu lagu itu tajuk-nya senandung buat zubaidah. Lirik-nya muluk2. Mimpi2 indah. Kemudian terilham kisah mahu menjaga sesuatu yang tidak patut dijaga. Aku pun cari nama2 yang boleh digunakan, nama yang kalau dipendekkan jadi lelaki. Aku dapat lat, latifah. Tapi itu aku sudah menerawang jauh. Aku tarik balik khayalan itu supaya menjadi satu jalan cerita santai. Bersama mimpi2 lagi.

 

Fadil: macam susah saja, kemudian?

 

Perewa: aku dulu lihat awan sekarang lihat petir, err maksud aku suka ambil gambar. Suka awan, sekarang suka petir. Sampai ke saat ini aku tidak mampu untuk ambil gambar petir. Aku tunggu tidak kunjung. Aku tutup kamera telefon muncul pula. Perasaan geram itu ditahan. Tidak tahu mahu marah pada siapa. Astaghfirullah….hehe. masih lagi suka awan sebenar-nya. Dan aku ada baca, nanti bila terjadi kiamat. Awan2 nan bergumpal ini akan jatuh ke bumi. Maka aku sengaja menciptakan watak yang akan menjaga awan ini supaya tidak jatuh. Bukan sebab melawan kiamat. Tapi menjaga dari dirosakkan oleh tangan2 masyarakat. Pencemaran antara-nya. Kapal terbang yang membelah awan juga, aku rasa awan terasa sakit saat dirempuh kapal terbang.

 

Fadil: jauh sangat khayalan kau ini, jadi aku dapat simpulkan. Latifah akan menjaga awan dari pencemaran. Begitu?

 

Perewa: kurang lebih begitu. Tapi tidaklah pencemaran. Klise sangat. Oh dan jalan cerita ini ikut keadaan. Maksud aku, aku twit jalan cerita ini mengikut apa yang aku hadapi pada hari itu. Aku wujudkan latifah, dan fikirkan bagaimana kalau latifah itu menghadapi apa yang aku hadapi. Mengikut fizikal dan jiwa latifah itu sendiri. yang sememang-nya aku reka sudah.

 

Fadil: bagaimana fizikal latifah?

 

Perewa: oh latifah ini berselendang. Tinggi-nya bukan-nya sama seperti manusia biasa. Asal dari negara antah berantah. Kurang lebih begitu. Draft baru. Kau kena ingat ini cerita dongeng. Maka imajinasi aku jauh. Jauh sampai dunia yang denai-nya indah2 permai begitu. Hutan menghijau. Beliau juga mampu berbicara dengan binatang, tumbuh2an, juga angin. Iye angin akan sering bisik pada latifah. Ada dua episod aku nak buat, satu saat beliau jumpa raja sang muram dan tempat perkumpulan penjaga awam, satu lagi saat beliau benar2 menjaga awan.

 

Fadil: boleh bercakap dengan binatang dan tumbuhan, menarik ini.

 

Perewa: iye, dan angin sering bisik. Jangan percaya pada binatang. Percayalah pada tumbuhan. Binatang dalam dongeng ini sering mematahkan semangat latifah, tumbuhan pula memberi galakan. Kerana kata mereka, kenapa perlu jaga awan. Awan sudah ada penjaga-nya. Lama kelamaan, latifah sudah kebal dan percaya pada tumbuhan secara total. Aku akan twist cerita ini dengan membuatkan, rupa2nya tumbuhan adalah tentera raja sang muram. Yang mahu menumpaskan latifah.

 

Fadil: hah siapa pula raja sang muram?

 

Perewa: ahaha..aku belum fikir lagi, tapi idea-nya beliau adalah makhluk yang sering sedih, muram dan lain2.

 

Fadil: ceh….angin pula?

 

Perewa: angin akan berubah menjadi makhluk manusia dan aku gelar sebagai sang ribut. Sang ribut akan jadi penjaga latifah dalam perjalanan. Latifah akan bertemu dengan sang ribut sampai saja beliau di tempat perkumpulan penjaga awan. Hahaaa…..kau faham tak?

 

Fadil: boleh la. Bila nak tulis?

 

Perewa: nanti bila rajin. Tapi kau dah temu ramah ni, macam malas pula aku nak tulis habis. Biarkan ia tergantung.

 

Fadil: laaa…apa penamat cerita ini?

 

Perewa: aku masih belum lagi fikir, ok lupa beritahu. Dalam dunia dongeng ini, latifah satu2nya makhluk terakhir yang menjadi penjaga awan. Sebab itu tanggungjawab dia berat. Penamat? Mungkin aku akan buat dia tak jadi penjaga awan. Penamat yang tragis. Entah. Mungkin penamat yang gembira. Latifah dan sang ribut bercinta. Sama2 menjaga awan. Sebenar-nya awan dalam dongeng ini tidak semesti-nya awan di langit tau. Kena khayal jauh baca cerita ini. awan mungkin sesuatu yang berharga tapi tidak diendahkan oleh semua makhluk. Apabila hilang saja awan, baru merana semua.

 

Fadil: oukay, power juga. Haha….weh aku gerak dulu. Nanti cerita kau dah siap bagitau aku.

 

Perewa: cerita aku tak siap. Tergantung macam itu saja. Sebab aku mahu tulis benda lain. sebab itu aku cerita semua kat kau ini pasal latifah.

 

Fadil: laa….apa2 je lah. Aku gerak dulu.

 

Seorang pekerja wanita sedang mengemaskan meja sebelah. Fadil memuncungkan mulut kepada perewa. Perewa angkat bahu seolah bertanya. Fadil menyuruh perewa melihat name tag pekerja itu. Masing2 gelak.

 

Dan malam itu bulan berwarna biru. Terang benderang. Langit kosong. Angin? Angin tidak berbuat apa2. Rehat di rumah menonton cerekarama sambil bercengkerama.

 

TAMAT

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s