“Kecekalan, yup kecekalan harus ada”

Posted: May 15, 2013 in Kisah Penjaga Awan

@perewa1Ada suara berbisik pada latifah. “Hewan tidak akan membantu, tumbuhan adalah harapan”. Latifah mencari. Asal mana mari bunyi. Sepi semula.

 

@perewa1 Berjalan-lah lagi akan latifah menuju tempat yang ingin dituju. Semalam adalah semalam. Awan yang dijaga masih utuh. Mentari menyuluh. Sedar

 

@perewa1 “Lama ke berjalan wahai penjaga?” sapa daun coklat yang gugur di bahu. Latifah mengambil. Risau. Takut. Disimpan daun coklat itu dalam poket

 

@perewa1 Dek kerana ketinggian latifah itu luar biasa. Maka segala yang di bumi mendongak. Di atas pohon kelapa. Seorang pemuda sedang berehat.

 

@perewa1 Pemuda itu bersiul sambil memejamkan mata. Latifah bertanya “siapa nama?” Pemuda itu berhenti bersiul dan mata dibuka. “Eh latifah” kata-nya

 

@perewa1 “Kau tahu, aku punya cita2. Yakni menjadi cikgu di kampung aku” kata pemuda itu kepada latifah. Latifah tersenyum dan berkata “kemudian?”

 

@perewa1 “Kemudian cita2 aku tersangkut di atas pokok kelapa ini latifah” sambil membetulkan posisi duduk-nya “aku takut turun” sambung-nya lagi.

 

 

@perewa1“Kau tahu apa yang perlu ada untuk jadi cikgu?” Tanya latifah sambil membetulkan selendang biru-nya. “Kecekalan, yup kecekalan harus ada”

 

 

“Kecekalan ini adalah ketetapan hati. Perlu tegap melawan segala kepayahan. Suara halus hati yang dibisik ke telinga mesti di dengar. Supaya tidak silap pilihan. Cikgu adalah tugas mulia, atas kemuliaan itu jalan-nya sangat bergelora. Mendidik sesiapa yang dirasakan perlu dididik.” Terang latifah panjang lebar. Pemuda itu mengangguk, masih lagi mendongak. “kau kata tadi kau takut turun, kenapa?” tanya latifah. Jawab pemuda itu “ aku tidak pernah turun, aku sejak berkurun lama kukuh disini. Zaman berganti zaman aku masih disini. Melihat perubahan-perubahan negara antah berantah ini. indah dan gundah. Atas pokok ini aku wujud”.

 

Latifah mengeluarkan daun coklat yang disimpan di dalam poket baju kurung beliau. Diletakkan daun coklat itu benar2 di bawah pokok kelapa. “latifah mahu saya buat apa?” tanya daun coklat. “aku mahu kau pujuk pemuda ini turun kerana dia punya cita2 yang mulia” jawab latifah. Beliau bangkit dan meneruskan perjalanan menuju ke kawasan perkumpulan penjaga awan. “untuk mengajar bukan beri semua, tapi ajar bagaimana mahu memberi sama” bisik hati latifah.

 

 

 

 

“siapa nama kau?” tanya daun coklat itu kepada pemuda yang masih memeluk pokok kelapa

 

“nama aku jenin” jawab pemuda itu ringkas.

 

 

 

 

you may say im a dreamer, but im not the only one – John Lennon

 

Selamat Hari Guru

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s