“Awak percayakan saya?” tanya Latifah pada cacing

Posted: May 14, 2013 in Kisah Penjaga Awan

 

@perewa1  Dan kita pun bercerita. Perihal semalam. Mencari tulisan2 yang tersangkut di awan bulan mei. Kisah penjaga awan bernama latifah.

 

@perewa1 Zirafah bertanya “Kenapa mahu menjaga awan? Apakah sudah tiada Tuhan?”. Latifah hanya senyum. Dan terus senyum.

 

 @perewa1 “Awan tidak perlu dijaga,kerana sudah ada penjaga” kata tupai kepada latifah. Latifah senyum.

 

 @perewa1 Latifah membetulkan rambut-nya yang bergulung. Berlegar-legar helang atas kepala-nya. “Kau kenapa mahu jaga awan? Kau siapa?”.Latifah senyum

 

 @perewa1 Latifah mula berbisik pada diri. “Apakah awan perlukan aku?” Sinaran mentari. Mula menyentuh pipi latifah. Merenung awan. Kosong dan tembus.

 

 @perewa1 Awan penuh seluas langit. Kepulan putih penaka kapas. Latifah duduk atas rerumputan hijau. Cacing menarik hujung baju. Kata cacing “hai”

 

 

“awak percayakan saya?” tanya Latifah kepada cacing. “Gemuk-gemuk ye cacing di sini?” sambung beliau sambil meletakkan cacing di telapak tangan-nya. “Gemuk sebab kami makan awan!” jawab cacing sambil menunjukkan taring-nya. Terkejut latifah, serasa mahu digenggam saja cacing itu. Sambil merenung awan, beliau meneruskan langkah. Cacing ditinggalkan. Seolah-olah dalam dunia ini, semua makhluk mahu melawan semangat-nya.

 

“Sia-sia!” jerit katak dari atas bunga teratai di tasik biru.

 

Latifah berpakaian baju kurung hijau muda melangkah dengan deras. Tempat di tuju hanya satu, tempat itu adalah tempat penjaga awan berkumpul. Tapi, tapi itu cerita lama. Latifah adalah manusia gergasi generasi akhir yang masih meneruskan amanah keturunan-nya. Menjaga awan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s