Warkah Terbuka Kedua Buat Buku Karya Agung Mathnawi ITBM

Posted: May 4, 2013 in surat untuk buku

Perewa

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

Assalamualaikum Encik Sakri Abdullah,

Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang bersumpah demi masa, demi waktu subuh, dan demi kuda perang yang berlari kencang. Selawat ke atas Muhammad penutup segala Nabi dan Rasul. Semoga kita semua mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

“Semuanya bagi mencapai sasaran pengembangan ilmu di semua peringkat masyarakat”-Encik Sakri Abdullah.

Terima kasih saya ucapkan atas jawaban surat dari Encik Sakri. Boleh panggil saya perewa. Dengan penuh kerendahan hati, saya merasakan masih berhati muda dan berjiwa remaja untuk dipanggil tuan. Di sebelah atas adalah kata-kata Encik Sakri yang saya petik dalam surat yang lepas. Mahu mencapai sasaran pengembangan ilmu di semua peringkat masyarakat. Semua peringkat masyarakat atau sesetengah kelompok masyarakat? Amat mustahil saya rasa bagi Pihak ITBM sendiri mahu mencapai sasaran semua peringkat. jika harganya agung, sesuai dengan karya agung bak kata Encik Sakri sendiri.

Boleh perjelaskan lagi harga kategori agung itu apa? berapa ramai masyarakat umum bergaji RM3,000 ke atas? bagaimana masyarakat kelas bawah mahu menikmati. Bergaji dibawah 1,500 sebulan? Itu kalau bergaji, kalau masih bersekolah. Iya bersekolah, kerana katanya tadi mahu mencapai sasaran pengembangan ilmu di semua peringkat masyarakat.

Ada beberapa perkara yang masih lagi bermain dalam pemikiran saya. Antaranya

  1. Pada kebiasaannya, buku karya agung ini jika berada di perpustakaan awam. Ianya tidak akan diberi pinjam ataupun dibawa keluar dari perpustakaan. Hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja. Maka penyebaran ilmu didalam Mathnawi amatlah terhad.
  2. Encik Sakri tidak menyebut langsung perihal buku Mathnawi edisi mampu milik. Memang ia tidak akan dibuat atau bagaimana? sebenarnya Mathnawi ini dicetak dalam kuantiti yang agak sedikit disebabkan kos? Oleh kerana itu harganya begitu mahal. Maaf jika andaian saya salah. Sekadar pendapat peribadi, Agungnya satu-satu karya itu adalah dari mata pembaca sendiri. Masyarakat seolah-olah tiada pilihan.
  3. Encik Sakri ada menyebut tawaran 50% sepanjang PBAKL, dan harga menarik untuk yang berminat. Harga menarik bagaimana itu? Baiklah jika RM3,500 itu diskaun 50%, masih lagi RM1,750. Bagaimana pelajar sekolah mahu memiliki? Jika benar2 maksud Encik Sakri buat semua peringkat masyarakat. Memiliki dalam erti kata pegang, bawa balik rumah, baca sehingga tertidur dalam keghairahan puisi2 rumi.
  4. Encik Sakri ada menyebut tidak ada penerbit akan memberi tawaran 50% kepada buku yang sedemikian. Iyelah kerana penerbit lain tidak meng-eksotik-kan karya agung. Kalau disebut karya agung. Bagi saya Mukadimah oleh Ibn Khaldun itu agung, Fiqh Sirah oleh Almarhum Syeikh Ramadhan Al Buti juga agung. Tapi harga munasabah dan isi dalam dapat dinikmat oleh semua lapisan masyarakat.

Oleh yang demikian, saya lebih berharap maklum balas dari Encik Sakri kelak dapat melegakan hati saya yang masih menanti satu anjakan paradigma oleh ITBM dalam membangun masyarakat. Saya juga berterima kasih atas kerjasama yang dihulur. Pasti akan saya hubungi.

Sekian.

Yang benar

perewa

p/s: Bila Rumi Menari – M Nasir

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s