Surat buat buku Seksi Ovari

Posted: December 20, 2012 in surat untuk buku

Depan PC

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

20 Disember 2012

Kehadapan buku Seksi Ovari,

Surat ini ditulis selepas dua kali khatam baca buku ini. Ouh untuk pengetahuan, saya baca buku ini dari belakang ke depan. Dari puisi “akhirnya” kepada “city of angels, katanya”. Mengapa saya baca dari belakang ke depan? Bukan sebab rebel, tapi sebab dari penulis buku ini juga yang mencetuskan idea baca buku dari belakang. Baca saja tulisannya dalam KUALA LUMPUR AKU OKAY. Ada disebut bacaan buku bermula dari belakang ke depan. Yang sebenarnya tulisan penulis ini saya sering cari di dalam bentuk buku. Jarang baca dalam blog. Akan tetapi sekali singgah, pasti akan stalk sampai ke bulan2 terdahulu. Saya hanya baca blog pemimpi dan mimpi saja. Tidak tahu pula seksi ovari ini adalah dari blog. Dalam blog pemimpi dan mimpi itu penulis banyak berkongsi aktiviti seninya sendiri juga teman2. Ada satu ketika dulu saya gelak2 baca entri pasal janji dalam mimpi. Pasti dapat. Tapi tidak. Dijanjikan lagi. Percaya. Tapi tidak. Dijanjikan lagi. Percaya. Tapi tidak. Saya kena marah! Sebab katanya itu entri sedih. Bukan gelak2…..baikkkkkkk. huuuuu. Tapi saya memang respek dan kagum dengan penulis buku ini. serius. Kalau beliau berlakon. Gaya cakap ada style. Dan komitednya beliau umpama kertas dan kertas. sebati. sama! faham? ah abaikan.

Eh kata mahu komen buku.

Ok2. Buku ini ada typo. Tapi….tapi telah diselamatkan(kira imuniti) dengan puisi di muka surat 114 bertajuk sibuk

Terlalu sibuk menjaga kesalahan ejaan

Sehingga terlupa meneliti isi kandungan

Terlalu sibuk mencari kelemahan orang

Kemanusiaan sendiri terlupa dipandang

Peh! Ini strategi selamat. Hehe. Gurau2 saja. Kak faz. Buku ini adalah suara hati seorang wanita yang besar hatinya(selalunya penulis ini menggunakan wanita yang berhati angkasa). Sebab sarat dengan hal2 kewanitaan. Seperti senggugut, menjadi ibu dan lain2. Juga hal percintaan. Itu kemestian. Penggunaan kata yang mudah dan mudah dan mudah. Juga jelas. Banyak isi moral boleh diambil dari buku ini.

Pendek kata, dipendekkan saja riwayat kalau tidak miliki buku ini. haha. Akhir kalam, semoga penulis ini akan terus istiqomah dalam perjuangan seni. Dan…dan….dan….kahwin nanti jangan lupa ajak. Amboi siap teaser2 lagi. Hehe….

p/s: waktu itu acara lorong seni putrajaya, beberapa tahun lepas. Malam itu saya dan beberapa lagi turut buat persembahan. Malam itu fazleena hishamuddin juga turut baca. Salah satu kata yang memberi kesan hingga ke hari ini….pada saya. Kurang lebih begini bunyinya, maaf kalau silap. Tapi saya dengar yang ini…..

“hidup ini hanya untuk pemberani” 🙂

Yang tidak punya ovari

perewa

 

bukuseksiovari

Advertisements
Comments
  1. shazni ibrahim says:

    yang tak punya ovari..
    lol

  2. cikviolet says:

    kat mane ade buku ni? mph ade?

    • perewa says:

      Boleh dibeli online di selut press. Di mph tiada. Baru lagi dilancarkan. Malam ini dan esok ada pop fest gaza di uitm shah alam. Ada gerai2 buku jua. Cari booth selut press. Boleh dapatkan disitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s