Surat pada perempuan (anak perempuan yang kedua)

Posted: November 29, 2012 in surat pada perempuan

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

28 November 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kehadapan anak ayah yang disayangi yang pada saat ini namamu belum ayah fikirkan lagi.

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Memberi rasa cinta, mekar selama-lamanya. Maha berkuasa atas setiap makhluk. Semoga segala hal yang baik dilakukan itu diberkati, hal yang buruk itu dijauhi.

Pertama sekali ingin ayah nyatakan disini, kenapa begitu yakin ayah akan dapat anak perempuan? Kalau tiada bagaimana? Kalau ada, tapi sulung. Bagaimana? Eh…eh…ehh….banyak tanya pula, gigit rambut karang! Haaa. Duduk diam2, baca saja. Boleh? tak! Huh! Ok…ok. kalau ayah tiada anak perempuan, ayah tidak akan beritahu pada anak-anak ayah yang lain. kalau ayah tidak ‘sempat’ kahwin? Ayah akan ulang-ulang baca surat ini, sambil gelak-gelak. Hidup. Hidup ini memang komedi, dan kadang ada juga tragedi.

Ok, cukup! Dengar sini ayah nak cerita. Dalam surat ini, ayah akan beritahu pada anak perempuan kesayangan ayah ini. Nombor dua kan? Ala2 rebel begitu. Ayah dengar lagu she’s rebel, greenday. Ahhh semua lagunya ayah dengar. Mungkin greenday dah tiada agaknya bila anak ayah ini sudah besar. sudah masuk universiti. Greenday dah bubar, bukak car wash kat los angeles mungkin. Kalau tak bubar? Diorang kemana? Entah, manalah ayah tahu. Cari sendiri aaaa…. eee dah kat mana tadi. Jauh sudah meraban. Akak la tanya tadi, wah panggil akak. Suka tak? Ke tak suka. Ok2. Ayah tak tahu nak guna kata ganti nama yang mana untuk anak ayah ni. Lagi sekali, mula lagi sekali. Ayah nak beritahu bahawa hidup ini kena tabah. Ayah tahu jadi perempuan itu bagaimana, errr….bukan maksud ayah pernah jadi perempuan. Tapi mengikut pengamatan ayah melihat perempuan menjadi perempuan. Faham? Tak faham tengok mak. tak faham lagi? Habis baca surat ini tanya ayah. Kata orang, lelaki itu pemimpin, tapi ayah nak anak ayah tanpa segan kelak membimbing pemimpin. Lelaki, tidak semua mereka betul. Perempuan juga. Ayah nak kongsi, ayah kenal ramai perempuan yang baik-baik. Maka atas kebaikan mereka ini, harap anak ayah dapatlah kiranya ambil jadikan teladan. Cukup dulu satu cerita.

Ayah ada sorang teman, tinggi. Suka bergambar. Nanti ayah kenalkan. Dia selalu cerita dan luahkan perasaan saat dia menjaga ibunya. Jaga orang tua perlukan kesabaran yang tinggi,  katanya lagi kita kena betul-betul bersabar. Cerewet, memang cerewet. Tapi waktu kecil kita ini lagi cerewet. Ayah kagum sungguh pada teman ayah ni. Nanti bila anak ayah dah besar, dan jadi macam ayah, pasti akan rasa apa yang mereka semua rasa. Sikap mahu melawan, kadang merasa salah apa yang orang tua buat. Ayah pun begitu jua, memang apa yang atuk kamu buat salah. Ayah tegur. Memang tiada adab. Konon kita ini sudah pandai, sudah cukup ilmu. Tapi kalau difikir balik, siapa yang memberikan kita ini cukup ilmu itu. Seandainya kita cari sendiri ilmu itu, siapa yang memampukan kita untuk cari sendiri ilmu itu. Errrr ok? anak ayah ni faham tak?

Seperkara lagi, haaa ini memang pantang. Pada orang lain ayah tak boleh nak kata apa, sebab itu orang lain. Tapi kalau anak ayah yang buat, memang ringan saja rotan dan tangan. Rokok, kalau hisap rokok memang siaplah! Atuk dulu, waktu ayah kecik. Masih tak kenal apa itu rokok sudah dipesan jangan hisap rokok. Apatah lagi anak ayah ini, belum lagi wujud sudah dipesan. Maknanya, memang pantang kalau ada ahli keluarga hisap rokok. Tak kisahlah perempuan ke laki ke hisap rokok, semuanya ayah tak suka. Baik hisap sirap bandung. Lagi sedap. kan? Tak mau? Tak mau sudahhh…..

Ok lah, ayah baru lepas tengok bola di tv1. Malaysia menang lawan Laos. Sudah letih. Mahu berehat. Ayah ini berehat maksudnya baca buku. Tidur baru bermaksud tidur. Kerja maksudnya benar2 kerja, “buat kerja” bererti tengah menulis. Faham? Haha…banyak sangat benda yang diberitahu. Harap bila dah besar anak ayah ini, eh….bila dah lahir ke dunia. Ehh…..bila ayah dah ada calon. Dijadikan isteri. Dan anak ayah yang kedua lahir. Perempuan. Surat ini khusus untuk kamu. Yang belum tahu nama lagi…

P/s: Jika nanti satu masa, anak ayah ini terjatuh dalam kegelapan. Ayah akan datang membawa lampu. Tak kira sedalam mana kegelapan itu. Ayah akan tetap di sisi anak ayah. Tak kira apa orang kata, tak kira ayah akan keseorangan kelak. Ayah tetap disisi.

Wassalam

Yang mengelamun jauh ke masa depan

perewa

Advertisements
Comments
  1. shazni ibrahim says:

    baik ayah!

    terharu gila baca surat ni.

  2. FatinAwanis says:

    Baik bakal ayah :’)

  3. fie says:

    sweet=’)

  4. mubarridul'ain says:

    :’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s