Surat Pada Diri Untuk Masa Depan (Umur 30)

Posted: October 6, 2012 in surat pada diri

Depan PC

Kuala Lumpur

 

7 Oktober 2012

 

 

Kehadapan Perewa, Assalamualaikum.

 

 

Surat ini ditulis 17 minit selepas masuk saja tujuh Oktober 2012. Tarikh surat ini ditulis. Selepas acara ulangtahun buku jalanan, selepas saja kami-kami ini minum di kedai mamak depan surau seksyen 3 Shah Alam. Surat ini ditulis buat kau yang sudah sampai umur 30, apakah kau masih lagi seperti dahulu. Saat kuala lumpur menjadi taman permainanmu. Saat dirimu masih lagi punyai seluruh kekuatan untuk mengangkat buku. Ouh sebentar, kekuatan zahir itu aku yakin kau masih lagi ada. Kekuatan jiwamu, iye kekuatan jiwamu. apakah kau masih lagi mahu beraktivitas? Juga teman-teman yang sedang mendengar bacaan suratku ini. Apakah kau masih lagi bersama mereka?

 

Bagaimana dirimu dalam usia 30? Sihat? Haha baru tanya pasal kesihatan. Sudah mencapai segala yang dihajat? Atau belum? Alangkah ruginya engkau kalau belum. Haha……mengata diri sendiri pula. Iyelah katanya mahu mencapai impian sebelum umur 30. Sudah capai atau tidak? Kalau sudah tahniah. Pastinya semangat kau masih berapi-api. Iye berapi-api seperti dulu. Waktu kau mahu pergi semua tempat yang rata-ratanya berhati muda berjiwa remaja. Tanpa lelah tidak lagi menoleh ke belakang, terus menerus mengikut permintaan hati yang katanya hidup hanya sekali. Akan tetapi jika segala hajatmu itu belum lagi tertunai. Kau harus mulakan sekarang. Kerana aku tidak tahu mahu memberitahu bagaimana. Iye, aku tidak mampu membayangkan umur aku 30 tahun. Aku yang sering mengelamun jauh sampai ke dunia imaginasi, tidak dapat melihat diriku 30 tahun itu buat apa. sebab ini jugalah kenapa umur 30 kujadikan sasaran buat surat diriku di masa depan. Supaya kelak bila kau lelah,lemah,putus harap, kau baca surat ini. berulang-ulang kali, sebanyak yang kau mahu. Supaya kau boleh ingat. Baru saja sebentar tadi kau bersama teman-teman lain minum di kedai mamak depan surau seksyen 13 shah alam. Jiwamu. Berapi-api.

 

Hidup hanya sekali. Kalau kalah itu bukan mati. Masih mampu untuk hidup lagi. Cuma rasa perit di hati. Biasalah fitrah manusiawi. Aku tamatkan saja surat ini. supaya kau boleh bangkit dan terus lakukan hajat-hajatmu yang masih tertangguh. Bernikah barangkali. Haha! Itu kalau kau belum punyai isteri. Kalau ada. Kau tunjukkan surat ini pada isterimu.

 

Wassalam.

 

Yang benar

Perewa

Advertisements
Comments
  1. (@-^) says:

    Dlm masa 4 tahun lg…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s