TEORI KOPI IKAL

Posted: September 28, 2012 in surat untuk buku

Aku bukanlah peminat kopi yang tegar. Cuma aku boleh jugalah minum kopi sehinggalah kepada long black. Ke ada lagi pahit? Ouh pahit. Ada makna disebalik kepahitan kopi. Tulisan ini sekadar ingin berkongsi selepas aku membaca novel Andrea Hirata “Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas” dan aku mencari di internet, masih tiada lagi yang berkongsi. Maka aku merasakan ini perlu. Buat peminat kopi. Terimalahhhhhh……teoriiiiiii kopiiiii ikallll…wuuuu…pof..pof…kebabomm..*percikan bunga api menyutujuiku.

“secangkir kopi telah membuatku lebih  mengenal kaumku sendiri”. m/s 36

Ok ikal dalam novel ini bekerja di warung kopi pamannya. Maka setiap hari beliau menekuni personaliti peminum-peminum-peminum kopi!

“segelas kopi adalah dua belas teguk kisah hidup. Serbuk hitam yang larut disiram air mendidih perlahan-lahan mengewapkan rahsia nasib”.m/s36

Teori 1

Mereka yang menghirup kopi pahit umumnya bernasib sepahit kopinya. Semakin pahit kopinya semakin berliku-liku petualangannya.hidup mereka selalu diintai mara bahaya. Cinta? Berantakan. Isteri? Ditinggalkan. Perniagaan? Kena tipu. Namun, mereka tetap mencuba dan mencipta. Mereka naik panggung dan dimalukan. Mereka menang dengan gilang gemilang lalu kalah teruk. Mereka jatuh, dan bangun lagi. Dalam dunia pergaulan zaman moden ini mereka disebut player.

Teori 2

Mereka yang takaran gula, kopi dan susunya seimbang umumnya adalah pegawai pejabat yang bekerja rutin dan berirama hidup itu-itu sahaja. Mereka tidak lain lelaki “do-re-mi”, dan mereka telah kahwin dengan seseorang bernama bosan. Kelompok anti-perubahan ini melingkupi diri dengan selimut dan tidur nyenyak di dalam zon nyaman. Kadar gula, kopi dan susu itu mencerminkan keperibadian mereka yang enggan mengambil risiko. Tanpa mereka sedari detik demi detik, masa mengikat mereka. selalu kita temui orang begini. Sering mengatakan “ah rasanya baru kelmarin aku masuk kerja, sekarang sudah pencen”. Kelmarin itu adalah 30 tahun yang lalu. Tidak pernah melakukan apa-apa. Hanya duduk saja. Mereka ini disebut safety player.

Teori 3

Ada pula yang disebut semi player. Cirinya: empat sudu kopi, ini termasuk keras, tetapi ditambah gula, setengah sudu sahaja. Orang ini merupakan ahli pada bidangnya. Mereka bertangan dingin dan penuh perhitungan. Mereka bukan jenis pegang-lepaskan-pegang-lepaskan. Mereka adalah jenis pegang-cengkam-telan. Namun adakalanya mereka adalah pencinta yang romantis. Takaran kopi semacam itu membuat mereka merasakan pahit dekat tenggorokan, namun terbersit sedikit manis di hujung lidahnya. Bagi mereka, hal itu seksi!

Teori 4

Mereka yang meminum kopi dan hanya minta sedikit gula, lalu setelah diberi gula, mengatakan terlalu manis atau kurang manis, merupakan yang mudah dihasut. Merekalah pengacau sistem politik kerana mereka mudah dibeli. Mereka itu kaum yang bolak-balik hatinya! Ketua-ketua parti politik dan menteri-menteri kabinet banyak duduk di wilayah ini.

Teori 5

Mereka yang memerlukan susu lebih banyak umumnya bermasalah dengan kehidupan rumah tangga. Dalam keadaan yang ekstrem, misalnya sedang terlibat dalam perkara talak menalak di pengadilanm mereka hanya meminum air panas dan susu sahaja, tanpa gula dan kopi. Orang-orang ini sering melamun. Tidak tahu apa yang sedang berkecamuk dalam benak kepala mereka. mereka adalah ex-player.

Teori 6

Ada pula yang suka minum air dengan gula sahaja. Tanpa susu dan kopi. Mereka adalah burung serinditi

Teori 7

Mereka yang meminta kopi sahaja, tanpa air, dan memakan kopi itu seperti gula adalah penderita sakit gila

Teori 8

Adapun mereka yang sama sekali tidak minum kopi adalah mereka yang mensia-siakan hidup ini. Kasihan.

Cara pegang gelas/cawan

Teori 9

Dalam keadaan gelisah peminum kopi akan melekapkan tangan mereka ke gelas kopi panas. Menggenggam dan melepaskan berulang kali. Dia melakukan ini sebenarnya bagi mengalirkan panas kopi dari telapak tangannya ke dalam hatinya yang dingin kerana berasa bersalah.

Teori 10

Pegangan tangan di bawah gelas kopi menceritakan hal lain, iaitu perihal kematangan pendirian dan kebijakan bersikap. Semakin ke atas, semakin besar maknanya.

Teori 11

Jemari yang dilingkarkan di bahagian bawah gelas pertanda peminum kopi itu seorang yang memiliki semua sifat mulia zodiak virgo. Mereka mengidolakan mahatma gandhi, nelson mandela. Mereka adalah laki-laki yang tenang. Mereka tampil ke muka sebagai pembela kawan. Namun adakalanya mereka menjadi korban ketidakadilan,konspirasi pejabat, korban salah tangkap, atau korban tidak semena-mena isteri cemburu buta.

Teori 12

Mereka yang memegang gelas kopi dengan hujung ibu jari dan hujung jari tengah sahaja, di bahagian tengah gelas, pertanda menderita kerna cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Teori 13

Ke atas sedikit, mereka yang menjepit gelas kopi dengan jari telunjuk dan jari tengah, kedua-dua jari itu sejajar, lalu pada sisi gelas sebaliknya, dengan manis dan kelengkeng, adalah satu tindakan bodoh sebab akan membuat gelas tertonggeng dan tumpah. Namun, ketidakseimbangan itu mereka tegakkan dengan hujung ibu jari. Orang ini ingin aspirasinya didengar dan kemampuannya diakui. Mereka menuntut persamaan dan adakalanya ingin dibelai-belai. Perempuan peminum kopi selalu memegang gelas dengan cara seperti itu.

Teori 14

Semakin ke bahagian atas gelas, pegangan semacam itu refleks gengsi dan mengandung makna politik. Itulah gaya ahli parlimen memegang gelas kopi, kerana hanya dengan cara begitu mereka dapa mempamerkan cincin batu akik besar mereka.

Teori 15

Adapun mereka yang memegang gelas kopi di bibir paling atas kerana kopinya panas. Sekian.

Itu saja perkongsian dalam buku yang menceritakan gelodak maryam yang ingin berjuang dalam hidup. Jua ikal yang masih menaruh hati pada Ai Ling.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s