Surat Untuk #HadiKhalid

Posted: May 8, 2012 in Uncategorized

Depan PC, Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan ikatan silaturrahim antara kita. Tuhan yang Maha Adil juga Maha Perkasa. Tuhan yang Maha Mengasihi akan semua makhluknya. Diantara ciptaannya, kita manusia dipilih menjadi Khalifah. Tanggungjawab Khalifah itu berat tapi Tuhan itu Maha Mengetahui, walaupun dipersoalkan oleh Malaikat serta Azazil. Langit dan segala isinya tunduk patuh  kepadaMu. Melihat langit pada malam ini, seolah-olah langit menyetujui aksi sosok yang bernama Hadi Khalid ini.

Siapa Hadi Khalid?

Seekor kupu-kupu tidak pernah sekalipun kembali menjadi kepompong, begitulah Hadi. Beliau memilih untuk meneruskan jalan dalam kehidupannya, tidak akan terkepung dan terperangkap dalam ruang lingkup kezaliman. Aku secara jujur tidaklah rapat mana dengan beliau, namun pernah berjumpa beberapa kali dan juga berbicara beberapa kali. Di bawah langit Tuhan, kami bersekali menuju pada daerah yang bergelar sebutir zamrud di deru selat. Waktu itu aku rasa berasa bertuah kerana dapat mengenal sosok ini secara dekat. Beliau mengajar aku apakah erti cinta antara jeda pertemuan juga perpisahan. Bahkan didalam fikiranku kini menjelma gerbang-gerbang kosong yang dibekukan oleh waktu. Saat Hadi berbicara, aku diam dan menunggu, menghafal kembali setiap kata-kata hikmahnya.

Setiap lontaran katanya umpama mantera, pembangkit semangat teman yang mudah putus asa, bagi beliau kalah berturut-turut tidak bermakna kita akan kalah pada esok hari. Sekitar tahun 2010, aku bertemu hadi sebagai peniaga yang optimis. Buku-buku yang dijual hanyalah untuk membudayakan masyarakat, lihat saja tajuk-tajuk buku yang dijual. Tidak semua orang mampu(berani menjualnya). Beliau melihat dunia dari pandangan revolusi, cara penyusunan buku untuk tatapan pelanggan juga unik. Bahkan Petak serta Sang Pencinta tidak tahu rahasia cara penyusunan buku hadi khalid. Aku beberapa kali pernah membantu Hadi, dipesan oleh Sang Pencinta. “jangan kacau, biarkan Hadi susun ikut cara dia”. Ini hal yang perlu diambil kita. Seolah-olah ada sesuatu rahsia yang tak mampu dipecahkan.

Kali terakhir aku berjumpa dengan beliau adalah malam sebelum rapat umum rakyat, aku bersama ayah. Beliau menegur, waktu itu lautan manusia membanjiri Taman Melewar. Hadi mengukir senyuman sambil berbisik padaku “aku adalah kematian buat sang penguasa zalim”. Kami terpisah. Dan pada hari ini nama Hadi Khalid muncul kembali. Atas solidariti teman-teman, nama beliau meniti dengan kencang di alam maya. Masing-masing mencari siapa sebenar Hadi Khalid, “kalau ditanya siapa Hadi Khalid, beliau ialah Gandhi dalam kelahiran baru. Melakukan ahimsa dengan rakyat, lalu dikendaki regim!” kata firdaus Zolkifli sang filusuf muda. Juga ada beberapa teman lain sanggup menukar nama akaun dengan nama Hadi Khalid, memasakkan rasa cinta dan kasih sesama mereka atas kebersamaan.

Beliau tidak akan sekali menyerah meskipun pada sepasukan tentera, sebab darah tumpah, tidak untuk mereka yang kalah bahkan hanya untuk yang menang. Hadi Khalid adalah tembok yang melindungi rakyat dengan caranya tersendiri. Rambutnya yang panjang tanda kebebasan hakiki, cermin matanya pula tanda letihnya mata merenung nasib bangsa. Meskipun begitu, Hadi Khalid tidak akan pernah mengaku kalah. Apakah akan berlaku sekiranya beliau ditangkap?(kini kalian fahamkan). Masih tertinggal gema suaranya di setiap telinga kita, jejak-jejak langkahnya jadi ikutan kita, tangan dikepal meninju awan, anak yang baru lahir dinamakan Hadi, T-Shirt berwajahkan Hadi, lagu-lagu perjuangan dicipta sempena hadi, seperti Pria Buku, Buku dan Cita Perjuangan, Aku adalah kau(hadi)….dan…dan anak muda bangkit.  Bersama keindahan alam, angin yang lembut membawa kisah sang pejuang yang akan senantiasa mekar sepanjang zaman.

p/s: Hadi Khalid orangnya biasa, seperti kita. Yang luar biasanya beliau adalah di saat sahabat menyanyikan lagu kesedihan, berserak suara kesusahan. Beliau ada.

Yang menyemarakkan propaganda solidariti

perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s