surat pada Tuhan(solat tapi koruptor, tak solat tapi bukan koruptor)

Posted: May 2, 2012 in surat pada tuhan

LOT 2125-66A
LORONG HATI
KAMPUNG JIWA TENANG
24434 MALAYSIA
BUMI TUHAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Tuhan yang maha adil. Pemberi balasan pada kezaliman yang berlaku. Maha perkasa dan maha bijaksana, padanya terliput segala pencerahan dan penerangan. Memberi arahan pada alam supaya diberikan peringatan buat insan. Wahai Tuhan yang mencipta segala benda dan hal, pada Kau surat ini aku tujukan. Semoga segala kekusutan yang membelenggu dapat jua dileraikan.

Pada waktu surat ini ditulis, negara aku yang mana kau tahu baru saja selesai berlangsungnya satu temasya yang aku rasa ia penting. Penting disini adalah kapasiti kesedaran sesama makhluk akan keberadaan sesuatu hal itu. Aku yakin kau maha mengetahui, yang ingin diadukan pada kau disini adalah satu perkara. Ia, surat ini boleh dikira sebagai surat mengadu pada Kau yang maha berkuasa. Dalam temasya tempoh hari, ada orang mempersoalkan “solat ke tak mereka itu?”, “tak nampak solat pun, bersihkan hati dulu lah baru bersihkan orang lain”. Dan kau maha mengetahui segalanya wahai Tuhan.

Aku ingin bertanya dan mengadu pada Kau Tuhan, antara mereka yang solat tapi makan rasuah dengan mereka yang tidak solat(jahil) tapi tidak makan rasuah, manakah yang lebih dulu terima azab seksamu, atau manakah yang akan lebih diseksa?. Aku punyai pemahaman sebegini, begitu juga teman-temanku. Yakni mereka yang solat tapi makan rasuah itu melakukan dosa yang berpuluh kali lipatannya. Mereka solat, itu bagus kerana mereka tahu tanggungjawab kepada Kau Tuhan. Tapi dalam masa sama mereka mengamalkan penyakit yang dahsyat yakni rasuah, dan itu merosakkan umat manusia. Mereka juga tahu rasuah itu salah. Atas ilmu yang mereka belajar dalam solat itu tadi, mestilah mereka belajar surah-surah dan kutukan Kau atas perihal rasuah. Atas faktor sudah mulia mungkin, maka rasuah itu dianggap wang saguhati. Oleh yang demikian perasaan berdosa itu tidak ada. Sedangkan berlaku perlawanan yang sangat hebat dalam diri mereka, kemulian dan kehinaan. Cuba mempermainkan ajaran Tuhan, menunjuk-nunjuk amalan solat. Dalam masa sama, saat rasuah mereka didedahkan mula seribu satu alasan diberikan. “itu hak aku”.

Lain pula pada mereka yang tidak solat(jahil) tapi tidak makan rasuah, sengaja aku buat kurungan dan menulis ayat jahil itu. Kerana mereka ini memang benar tidak tahu solat, berbanding dengan mereka diatas tadi. Sudah dididik dari kecil akan perihal solat. Mereka yang tidak solat ini pun aku tidak pasti apakah benar mereka tidak solat. Mungkin mereka tidak mahu menunjuk2. Ok kalau begitu, bagaimana pula tahu yang mereka ini tidak makan rasuah? Rasuah disini adalah yang secara umumnya menggunakan kaedah memberikan habuan pada seseorang untuk mendapatkan sesuatu dengan pantas. Perbuatan yang membuatkan mereka peroleh kelebihan dari yang lain. Oleh yang demikian aku tidak nampak hal-hal ini pada mereka yang tidak solat. Apakah aku mengatakan mereka yang tidak solat ini bagus? Bukan itu Tuhan, ampunkan aku. Kau maha mengetahui isi hatiku, yang aku ingin beritahu adalah mereka ini amatlah jahil tentang agama. Kesedaran solat itu lahir apabila kesedaran sendiri itu muncul. Tapi tidak rasuah, mereka nampak bahana dan kesan yang akan berlaku sekiranya mereka mengamalkannya.

Oleh yang demikian, maka persoalan yang mula-mula aku tanya siapakah antara mereka akan lebih dulu terima azab seksamu, atau manakah yang akan lebih diseksa itu sedikit sebanyak terjawab hasil penulisan aku sendiri. Wahai Tuhan yang maha adil dan lagi bijaksana. Surat ini yang juga doa kepadaMu, aku mohon semoga mereka itu di tempatkan di tempat yang selayaknya buat mereka atas perbuatan yang dilakukan. Siapa aku untuk menghukum mereka, Kau lah yang selayaknya menghukum. Dan surat ini juga adalah peringatan buat diri sendiri.

Yang setia mengadu
perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s