surat untuk #KOPI

Posted: April 3, 2012 in surat untuk buku

Depan PC

Kuala Lumpur

Kehadapan buku KOPI, kumpulan cerpen FIXI

Asalnya surat ini mahu ditulis tanpa minum kopi, namun aku terlupa dalam almari simpanan makanan dan minuman segera di dapur ada beberapa paket Ali Cafe. “Kalau minum Ali Cafe ni, mesti bau baik punya aroma dia” Kata kawan aku. Oleh yang demikian aku pun apa lagi, buatlah kopi segera dari Ali Cafe ni. Ok nak mula dari mana ye…

Buku ini aku dapat tahu dari twitter, dan aku mendapatkannya ahad lepas pada acara “Arts For Grab”. Dan penjual buku memberitahu bahwa ianya adalah edisi terhad, hanya dicetak 1,500. Disebabkan cara pemasaran yang ‘edisi terhad’ begitu. Aku tewas, dan beli. Sebab sudah berjanji pada diri, selepas beli beberapa buku keluaran lejen,selut dan beberapa buku sang freud press aku tidak akan beli apa2 buku lagi. Hanya pinjam dan bertukar buku pada teman2 saja. Duit simpan untuk kahwin. Calon? Entah, yang tengah baca kot. Ok lagi satu, ini amaran kepada penerbit. Sekiranya buku ini diterbit sekali lagi, aku tidak teragak2 akan berdemontrasi depan booth kalian memegang banner yang tertulis “CAKAP TAK SERUPA BIKIN, KATA EDISI TERHAD SEKARANG EDISI SPESIAL PULA….MEMANG SPE…SIAL SANGAT”. Tapi aku percaya, saudara Amir Muhammad tidak begitu. Beliau begitu integriti dalam bab2 begini.

Mudah cerita buku KOPI ini adalah panduan bagi aku yang tidak kenal satu pun penulis FIXI itu sendiri. Kebanyakan penulis FIXI menulis cerpen dalam KOPI ini. Jadi untuk aku mencari novel FIXI yang sesuai dengan jiwa aku, baca saja cerpen mereka untuk tahu cara penulisan novelnya pula. Memanglah keadaan dan waktu penulis menulis itu moodnya lain, tapi PERSONA mereka tetap ada. Tak boleh lari. Kejap, ingat balik novel FIXI mana yang aku dah baca……PECAH,KASINO, ZOMBIJAYA..dan AMERIKA. Eh AMERIKA bukan FIXI punya. Tapi takpe, Ridhwan Saidi(RS) tetap menulis di FIXI. Tajuk novelnya adalah CEKIK. Aku paling suka imaginasi RS, sebab aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Cuma dalam KOPI kali ini tak kick mana. Aku bukan reti sangat pun nak komen2 orang. Poyo gila perangai. Ok senang aku cuba komen yang positif2lah.

Aku senaraikan 19 cerpen KOPI dan komen aku yang entah jujur ke tidak tak tahulah. Berani kerana benar….hiyaaaaa. ok mula(sebenarnya aku terus baca cerpen RS dulu, kemudian baru mula dari cerpen pertama sebab tiba2 rasa bersalah dan tak adil bagi penulis semua)

Ok mula.

KOPI 3 RASA – SHAZ JOHAR

Cerita tentang keluarga yang suka kopi, semuanya kopi. Dan pada akhirnya tragedi buruk menimpa juga berkait dengan kopi. Paling tak boleh tahan, ayah dalam keluarga ini..
“Datuk nak kopi sekarang”
“Dah ada ke?”
“ada kat taman, saya panggil masuk?”
“ha, pergi”
Yang memanggil Kopi masuk adalah pembantu rumah.

Komen: boleh lah sebagai permulaan cerita, penulis mahu membawa cerita semua ada kaitan dengan kopi. Dan itu adalah harapan aku sebagai pembaca. Semua pasal kopi

BERSAKSI KOPI –DAYANG NOOR

Cerita tentang Armin seorang kaki perempuan yang mana pertemuan dengan satu2nya watak perempuan yang tidak dijadikan kekasih gelap dalam cerpen ini bermula di bilik mesyuarat. Dan akhirnya Armin itu sedar bahwa hatinya hanya untuk perempuan itu, sedangkan perempuan itu pula hanya mahu mendengar cerita2 hangat Armin saja sambil hirup kopi…sruuupppp.

Komen: aku mencari2 siapalah nama watak perempuan, aku assume DAYANG NOOR cerita pengalamannya sendiri. Dan diolah dengan cantik. Juga pandai bermain dengan rima kata.

KOPI KOLA – NADIA KHAN

Cerita seorang perempuan anak diplomat yang datang ke kampung dan berkawan baik dengan seorang lelaki kampung. Lelaki itu mengajar permainan2 kampung. Dan semuanya bahagia, sehinggalah pada satu masa kebahagiaan itu direntap dengan ketidaktahuan. Hilang begitu.
“Kola, teruskan hidup”
Dan aku menangis di ruang yang pernah didiami
Setiap yang bawa nikmat, mesti ada pahitnya

Komen: inilah cerpen pertama dalam KOPI yang buat aku tergelak. Haha! Kopi kola…like seriously…bluerghh. Dan gelak ketawa itu terhenti apabila aku baca penamat cerita ini. aku suka. Haha! Dan aku ada cerita pada teman. Ok fine…saya bukan pencerita yang handal untuk awak khusyuk mendengar.

KOPI, DONAT, DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU –ADIB ZAINI (AZ)

Kisah pria yang tertekan ditinggalkan awek.

Komen: aku baca zombijaya, dan ternyata persona tetap sama. Aku suka. Cuma aku rasa saudara AZ boleh tulis lebih gempak dari ini.

CINTA KOPI – GINA YAP LAI YOONG

Cerita Khalid yang dipecat. Demi mengelakkan hal ini diketahui ibu dan orang lain, beliau setiap hari bersiap seolah2 kerja, dan menuju ke tempat yang beliau pasti tiada orang yang di kenali ada. Yakni Starbucks Kajang. Dan disitu beliau berkenalan dengan wanita bernama Elena. Elena memberikan semangat sehingga Khalid bangkit semula. Sewaktu Khalid mahu meraikan pencarian kerjanya yang telah berakhir Elena tiada…….dan sememangnya tiada.

Komen: bagus gila, memang tak disangka2. Aku terkejut pada hal-hal yang tidak akan selesai ini. dan aku pun antara masih pencari kerja. Terasa aku pula berada di Starbucks Kajang.

LUWAK DAN KRETEK – RIDHWAN SAIDI

Cerita wanita pengumpul novel FIXI yang mahu cukupkan koleksinya yakni hanya satu saja yang belum cukup, iaitu novel RS. Haha! Dan suami wanita itu berpesan jangan rapat sangat dengan manusia berwajah musang. Namun yang dijumpa adalah lain, musang dua kaki berwajah manusia dan itu adalah RS. Wanita ini juga mahu belajar bagaimana ingin menjadi penulis.

Komen: ok lah, masih lagi RS yang dikenali. Nak komen lebih. Hehe..apa ye, Cuma kalau tak cerita hal2 sendiri seperti yang dibuat akan lebih gempak rasanya. Entah, aku tak reti mana pun.

KOPI PERCIK –AMAL HAMSAN

Cerita mahasiswa UKM bernama Firdaus yang mana pada hari itu beliau pulang ke UKM, dalam perjalanan ke UKM itu tidak ada siapa pun menegur beliau. Seolah2 hari itu adalah “hari langgar dan tidak pandai minta maaf sedunia”. Dan semuanya terjawab di akhir cerita ini. Tragis.

Komen: ini juga antara cerpen yang buat aku ternganga. Woww…..flashback itu memang menjadi, seolah2 tengok filem. Ouh begini rupanya.

KAU KOPIKOKU – DEEPAN PRANTHAMAN
Cerita budak india yang bernama Devan yang jatuh hati pada Arissa gadis melayu. Dan jatuh cinta mereka bermula sejak kecil lagi. Namun mereka terpisah di sekolah menengah. Dan….macam mana ek mereka jumpa semula. Kejap aku bukak buku kopi……ok Devan upah orang untuk cari nombor Arissa, waktu tu mereka sudah kerja. Dan Devan mahu meluahkan cintanya. Namun….namun..Arissa datang..

Komen: terasa sangat penantian itu satu kerugian, pada peluang2 yang diberikan Tuhan kita harus cepat mendapatkan.

KOPI JANTAN KAW – NIK ADAM AHMAD

Kisah lelaki yang baik hati belanja uncle yang mundar mandir minta duit dengan orang, jenuh nasihat tapi tetap sama. Dan lelaki itu…..”cet menyesal aku belanja dia minum kopi jantan tadi”

Komen: yang ini saja gayanya lain, penuh dengan gambar. Mungkin sebab adam adalah jurugambar FIXI. Sebab tu kot. Mestilah tunjuk “siapa aku” kan. Tetap tertarik, cuma kena perah otak pada apa yang ingin disampaikan.

CETHU – NABILA NAJWA

Kisah..kisah….ok ini aku fail.

Komen: bahasa,cerita semuanya kena orang kopi saja faham. Dan aku bukan orang kopi. Dan mungkin aku baca sekali saja. Tapi suasana yang diceritakan indah, itu aku dapat rasakan.

BARISTA CINTA – SYAFAZA ZARA SYED YUSOF

Cerita cinta pada kopi lebih dari segalanya….ia segalanya. Bahkan kopi itu dinikmati lebih dahulu daripada seks!

Komen: ada beberapa watak, yang mana penulis menukar nama itu apabila ia bersama dengan orang lain. Entah betul ke tak. Kalau salah. Abaikan. Aku bukan betul sangat pun. Cuma sekadar komen apa yang aku rasa. Dan kalau nak faham, habis baca ulang-ulang-ulang. Sebab ia flashbacknya adalah pemula cerita.

HARI INDITIH – ASYRAF BAKTI

Cerita tentang dua orang kawan baik Mus dan Man. Bagi Man, Mus bukan saja rakan yang hebat dalam bab agama bahkan bab senggama. Inditih adalah gabungan india+putih. Semuanya adalah benar dan bukan halusinasi. Syurga bagi yang melihat itu adalah syurga. Hari inditih.

Komen: kejutan demi kejutan, penulis tidak menipu pembaca. Teruskan apa yang dibaca oleh pembaca. Tidak swing….eh mimpi rupanya. Tidak. Dan ini bagus kerana terlekat dalam fikiranku. Hehe. Sila baca.

MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK – HAFIZ HAMZAH

Cerita seorang watak yang bercerita perihal kopi, pengalaman waktu perang. Dan perihal di vietnam yang mana menyaksikan kemuliaan perempuan bernama Salamah. Seolah2, watak ini bermonolog sendiri tapi sebenarnya bukan. Benar2 bercerita.

Komen: menarik, teliti dan lancar. Suka endingnya yang berkata ‘kini, giliran kau pula untuk bercerita’

RITUAL – LUC ABDULLAH
Cerita dua orang pasangan kekasih yang tidak percaya pada institusi perkahwinan, tinggal serumah, tiada rasa dosa. Bahkan berkahwin itu yang buat mereka dosa. Berakhir dengan tragis. Dan semuanya terjawab kenapa mereka begitu. Cinta adik beradik!!! Dan air kopi yang akan tersedia setiap pagi adalah ritual mereka.

Komen: belek beberapa kali jugaklah untuk kepastian. Fuhhh….biar betul nih

TANGAN BERULAT – FADLI AL-AKITI

Cerita lelaki yang bangkit dari kubur cina, sedar saja dunia sudah kacau bilau. Bunyi tembakan. Dan…nak cakap apa ek. Zombie? Bolehlah, Cuma tak diberitahu. Menyuruh pembaca membuat andaian sendiri. Atau Dracula?

Komen: aku mengharapkan kopi. Dalam cerita ini perihal kopi hanya sikit, yang mana kopi itu satu ketika dulu jadi kegemaran lelaki itu kini tak rasa langsung. Dan tak lalu minum. Perlu berfantasi sedikit untuk merasai situasi yang diceritakan.

VENTI – REDZA MINHAT

Cerita dua budak skin head dari keramat. Yang mana benci pada kapitalis. Sorang bernama Indra dan sorang lagi bernama Hashim. Hashim pula jatuh cinta dengan gadis cina bernama Sophie, pekerja Starbucks. Dan hal ini dibenci oleh Indra, yang mana sebenarnya juga ada hati denga Sophie. Pehhhh

Komen: ok sweet. Kehkeh

KOPI JULIA – FAIZAL SULAIMAN

Cerita bermula dengan Rashad teman pada Am datang kerumah dan memberitahu professor mereka marah dan mahukan sebab kenapa Am tidak datang kelas. Julia ibu Am yang jelita juga menawan hati sesiapa saja termasuk temannya Rashad, menyediakan kopi. Kopi itu bukan sebarang kopi. Sesiapa pun akan tewas jika Am menghalalkan. Ada satu rahasia tentang keluarga ini. kalian perlu baca.

Komen: menarik sebab tak sangka ada juga cerita macam ini. makin lama makin kejutan cerpen ini.

SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA – SYAIHAN SYAFIQ

Cerita sang suami yang curang pada isteri, namun pada akhirnya ingin kembali pada isterinya semula. Namun wanita yang menjadi skandal dan teman tidur tiap jumaat malam, memberi satu hadiah yang maha dahsyat. Dan sang suami terkulai layu.

Komen: pehhhhh…hambik kau.

KOPI MIMPI – RAJA FAISAL

Cerita dunia selepas perang dunia ketiga, kopi adalah bendasing bagi mereka. Dua orang watak lelaki dan perempuan masing2 jaga antara satu sama lain. Dan lelaki dalam cerita ini menceritakan perihal kopi pada watak perempuan. Ternyata perempuan itu tertarik dan mahukannya. Lelaki itu cuba menunaikan kemahuan temannya itu. Bagi yang mahu kopi mereka adalah orang yang suka bermimpi. Dan tidak semua orang begitu. Watak wanita tua berkata “orang yang selalu memikirkan tentang dunia lama adalah orang yang suka bermimpi, nak lari dari kenyataan. Anak orang macam itu ke?”

Komen: penutup cerita yang bagus. Mimpi,mimpi, dan mimpi.

Ok semua sudah aku tulis, ala bukan komen apa sangat pun. Cumanya yang ingin diberitahu disini, selama aku baca cerpen ini. Aku kerap minum kopi supaya dapat feel lebih katakan. Beli nescafe 2 tin tiap pagi, ambik white coffe emma buat kat ofis(dia buat, aku tuang kat gelas aku separuh). Dan sekarang Ali Cafe. Ok kopi dah sejuk, memang tak sedap. Macam coklat juga tak sedap bila sejuk. Mahu tidur dulu. Selamat malam penggemar dan bukan penggemar kopi.

Yang tidak minat kopi tapi minat coklat

Perewa

Advertisements
Comments
  1. ziera says:

    salam,, tak nak jual ke kopi nie.. saya berminat nak membeli,, 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s