surat pada Tuhan(malam jumaat)

Posted: March 1, 2012 in surat pada tuhan

LOT 2125-66A
LORONG HATI
KAMPUNG JIWA TENANG
24434 MALAYSIA
BUMI TUHAN

Tuhan, kau ciptakan aku tak pernah kuminta. Dan bila lahirnya aku, segala macam pula aku minta. Sekiranya permintaan aku melebihi yang sepatutnya, ampuni aku Tuhan. Kaulah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Maha Bijaksana dalam segala benda. Yang Maha Mengetahui tentang masa depan. Selawat ke atas Nabi Muhammad, pemberi syafaat keatas umat.

Pada malam ini Tuhan, aku baru saja bermesej dengan seorang teman(malas nak sebut..kehkeh). Dan aku menyuruhnya mencarikan aku bakal isteri. Sedangkan aku sudah tahu dia meminati aku. Kejamkah aku? Hehe…takpe sebab dia ada bagitahu. Kami cool saja. Pada perkara-perkara seperti ini yang kau beri. Aku hanya sekadar menerima dengan sekadar saja. Aku ini menolak pada takdir, kalau ada orang berkata begitu. Bukan. Aku mencari pada takdir yang satu lagi, yakni takdir dan jalanMu yang telah kau bentangkan untuk aku pilih. Sesuai dengan apa yang aku mahu dan cari. Dan dalam kitab Quran yang telah kau turunkan. Surah An-Nuur(24) ayat ke 33 menyebut “dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaZNya,”….ilal ahiril ayat.. Disini kau menyuruh aku yang mahu berkahwin tapi tidak mampu atas beberapa faktor ketidakmampuan itu. Antaranya tidak mampu bertemu jodoh lagi, tidak mampu menyara hidup orang lain mungkin dan sebagainya. Maka kau mengesyorkan aku supaya berpuasa dan sabar. waktu dulu berpuasa aku hanya ingat menahan lapar dan dahaga saja. Tapi ia lebih dari itu.

Sebelum itu maafkan aku yang ada saja mahu selitkan cerita lain, sebenarnya aku sudah pun memberitahu pada teman-temanku perempuan yang aku ingin berkahwin tahun depan bulan 5. Mereka seronok dan aku bertanya pasal bajet untuk kenduri, berapa hantaran, nak pakai baju warna apa. Tiba-tiba ada seorang temanku bertanya “kau dah ada calon?” jawabanku adalah “belum”. Dengan serta merta mereka bangun dan campak kertas pada aku. “mujur tak makan penampar, buang masaaaa!!!” mujur juga dalam takdir Kau tidak menulis begitu. Kalau tidak pedih juga tu. Ok sambung pasal puasa, aku harus menahan diri pada godaan-godaan pembelian, simpan duit mulai sekarang supaya nanti senang. Aku masih ingat lagi temanku yang aku tanya pada beberapa hari sebelum raya. Malam akhir Ramadhan, lepak sama-sama di Rumah Tuhan. Kau Maha Mengetahui perbualan kami. Kata temanku “tahun ni aku tak belanja apa-apa untuk raya, sebab duit bonus semua nak guna untuk kahwin bulan 2 tahun depan”. Aku terharu dengar temanku berkata begitu. Dan seterusnya aku harus puasa pada apa lagi Tuhan? Pada perkara-perkara yang mengundang pada kehinaan disisiMu Tuhan. Mohon dijauhkan, ameen. Semoga surat yang aku tulis ini akan dibaca oleh bakal isteri yang terlalu cintakan Allah dan Rasul. Yang mana segala perintah dan laranganNya dituruti. Tanpa mempertikaikan sama sekali. Aku pelik pada mereka yang mempersoalkan arahan-arahan kau Tuhan. Mungkin yang pelik itu aku boleh tulis pada entri berikutnya. Mungkin tidak. Ikut pada kerajinan aku yang namanya manusia, biasalah manusia. Kata manusia, tak manusialah kalau tak hidup dalam kemungkinan-kemungkinan. Ok sudah meleret tulisan ini.

Akhir kata, pada malam jumaat ini. aku akan tidak malu meminta padaMu. Kerana kata temanku syifa kasyifah, Tuhan sudah tahu apa kita buat atas,bawah,kiri,kanan,depan,belakang,dalam gelap,atau terang. Semuanya sudah tahu bahkan Maha Mengetahui. Kita minta saja pada Tuhan, kerana Tuhan bukan seperti manusia yang akan meluat jika diminta2. Bahkan Tuhan lebih suka pada hamba yang meminta-minta.

Aku berdoa padaMu, semoga cahaya cinta itu apabila ia hadir kelak. Aku tidak lagi segan, bahkan aku menyambut dengan tangan yang telah halal baginya. Dan seterusnya kami bercinta sampai ke surgaMU Ya Rabbal Alamin.

Yang….yang….(mahu tulis ingin bernikah tapi malu)

perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s