surat pada Tuhan(demi masa)

Posted: February 18, 2012 in surat pada tuhan

LOT 2125-66A
LORONG HATI
KAMPUNG JIWA TENANG
24434 MALAYSIA
BUMI TUHAN

Segala puji bagiMu Tuhan, yang telah menghidupkan aku selepas mematikan aku. Bersyukur kerana aku masih mampu menaip dan menghantar surat padaMu Ya Allah. Tuhan yang bersaksi demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Selawat dan puji-pujian kepada Rasulullah. Atas segala ajarannya, juga menyebarkan rahmat Tuhan untuk sekalian alam. Rindu untuk bertemu umatnya, satu2nya nabi yang mana umatnya masih hidup tatkala pembawanya sudah wafat. Dan segala ajarannya disambung oleh penggantinya yakni kita. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah pada kemungkaran.

Tuhan, aku ingin bertanya. Aku tidak tahu apakah aku pernah tanya atau belum. Biasalah manusia, lupa memanjang…hehe. Doaku padaMu Tuhan, Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang menyimpan masa lalu, Tuhan yang menggerakkan masa kini, dan Tuhan yang maha mengetahui masa depan. Aku ingin bertanya, dimanakah simpannya masa2 lalu itu Tuhan? Apakah ia masih wujud, wujud dalam memori aku. Ataupun ia memang benar2 ada. Hanya menunggu masa untuk dilepaskan…juga masa. Menunggu masa, untuk melepaskan masa lalu? Maha bijaksana Tuhan yang telah mengatur segalanya, sekiranya aku mampu pergi ke masa lepas. Aku akan melihat segala apa yang aku telah buat pada masa lalu yang menjadikan siapa aku sekarang(dan hal ini akan berlaku di padang mahsyar kan Tuhan?). Dan sekiranya aku mengubahnya, apakah akan berubah juga aku di masa depan? Adakah dengan aku pergi ke masa lepas, fikiran aku akan berada pada masa kini ataupun juga berubah pada masa lepas? Ok, sekarang dah makin serabut. Aku bayangkan disebelah aku ada mesin masa.

Pada mesin masa ini pastinya kecil, bergantung keluaran siapa, proton atau perodua. Kalau proton pasti lebih gah. Kalau perodua kelihatan lebih compact dan kecil. Ahhh…abaikan saja siapa pengeluarnya. Didalam itu pasti ada punat tarikh yang perlu dipilih. Apakah aku boleh pergi pada masa lepasku saja. Ataupun boleh pergi pada masa lepas2 yang lain. Maksudnya sebelum merdeka. Ataupun masa lepas dimana waktu Rasulullah masih hidup. Semuanya bergantung pada ilmu yang Kau belum sampaikan pada kami Tuhan. Sekiranya ilmu itu telah sampai, aku sanggup mempelajarinya 24jam. Tapi, teori harun yahya mengatakan. Pergi pada masa lepas adalah mustahil. Ke masa depan itu mungkin. Kerana pengembaraan Rasulullah pada malam israk mikraj itu melihat masa depan. Mereka2 yang disiksa dalam neraka, juga kesenangan2 dalam syurga yang telah dinikmati. Juga bunyi telapak kaki sahabat baginda yang berada dalan syurga. Semua ini sudah disaksikan oleh Rasulullah. Yakni masa depan. Sedangkan…..sedangkan kiamat belum berlaku lagi. Dan semuanya berada dalam alam barzakh. Dan temanku nil memberitahu, hati2 jika mahu ke masa depan jika punya mesin masa. Kerana takut kita tidak dapat jumpa orang yang kita sayang. Kerana ia telah pergi. Dan bayangkan kita tersekat dimasa depan. Kita tidak punyai masa untuk mengucapkan selamat tinggal mak ayah. Selamat tinggal. Hanya kerana keingintahuan kita membawa kita bersyukur pada masa sekarang. Tuhan yang menggerakkan masa, mengajar kita supaya bersabar, dengan memperlahankan atau mempercepatkan masa. Semoga aku belajar pada segala teguran secara langsung dan tidak langsung yang telah Kau lakukan Tuhan. Aku bersyukur atas segala yang telah berlaku Tuhan. Semoga aku senantiasa berada dalam ‘pelukanMu’

Yang punyai banyak masa untuk Tuhan
perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s