surat pada Tuhan atas nama kebaikan

Posted: January 31, 2012 in surat pada tuhan

LOT 2125-66A
LORONG HATI
KAMPUNG JIWA TENANG
24434 MALAYSIA
BUMI TUHAN.

Depan pc

Tuhan, surat ini aku kirimkan buat kau. Maha pengasih dan maha penyayang. Yang senantiasa berada sewaktu aku rindu atau tidak. Sewaktu aku cinta atau tidak. Sewaktu aku gundah atau tidak. Kau senantiasa berada menemaniku. Terima kasih Tuhan, atas segala kemuliaanmu aku tunduk. Dan bagaimana mahu mempersembahkan penghargaan aku buatmu Tuhan jika bukan dalam solat. Aku hanya berharap segala amal baikku diterima olehmu.

Surat kali ini adalah untuk memberitahu padamu Tuhan, bukan merendahkan dirimu yang kau maha mengetahui. Cuma aku terlalu ingin menulis supaya segalanya adalah zahir dan tampak. Sebentar, aku pening dan pusing mahu mula dari mana. Aku teruskan saja pada perkara pokok. Yakni kebaikan, ia kebaikan Tuhan. Kau terlalu baik buatku, malah aku juga menyebarkan kebaikan dan segala pujian itu kembali padamu Tuhan. Pada dunia yang semakin sempit dan dihimpit dengan segala pemikiran yang tiada batas. Aku merasa seolah2 kebaikan itu tiada. Bahkan makhluk manusia juga percaya belum tentu kebaikan itu dibalas dengan kebaikan. Bagi aku Tuhan, melakukan kebaikan dengan mengharap dibalas kebaikan itu bukan kebaikan. Itu adalah pengharapan, dan sekiranya harapan berlaku yang sebaliknya maka kebaikan yang dilakukan pada mula-mula dulu disesali. Aku bingung, masakan begitu? Aku pernah didatangi hamba-hambamu yang lain Tuhan. Pak cik bawa beberapa kerat ayat quran, perempuan bisu, anjing yang sakit kaki, orang buta dan sebagainya. Aku jika tidak memberi, aku menolak dengan baik sambil senyum pada mereka. Itu boleh Tuhan? Aku tidak tahu, kerana aku juga manusia biasa. Kadang membantu kadang tidak. Dan aku tidak akan pernah minta dibalas oleh makhluk sesama aku. Cukuplah kau Tuhan membalas atas segala kebaikan aku di sana kelak.

Pada bulan puasa aku didatangi seorang lelaki, kau pasti tahu Tuhan yang maha mengetahui. Malaikat kau juga mencatatnya. Aku pasti. Lelaki ini meminta aku meminjamkan 20ringgit untuk pulang ke rumahnya bersama anak perempuan yang berada di rumah tumpangan. Dia berjanji akan memasukkan duit dalam bank. Waktu itu 10 minit lagi mahu berbuka. Aku yang berhati lembut memberi dan berkata tidak perlu masukkan duit, sebelum aku beri, aku suruh dia berkata “sekiranya saya tipu, hanya Tuhan akan membalas perbuatan saya”. Aku tidak tahu kenapa aku buat begitu Tuhan. Aku dapat rasa selepas berbuat begitu. Kosong. Kosong. Dan kosong. Bagaimana kalau dia betul2 perlukan wang. Dan ingin sekali membayar dan memulangkan duit aku. Ampunkan aku Tuhan atas kebaikan yang kononnya kebaikan. Dan atas segala kebaikan yang aku lakukan aku kembalikan semuanya pada kau Tuhan. Kau yang membenarkan kudratku melakukan kebaikan. Semoga aku akan terus menerus melakukannya Tuhan. Istiqomah berada di jalan lurus. Ameen.

Yang baru belajar dari kesilapan

perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s