surat merengek pada Tuhan

Posted: January 12, 2012 in surat pada tuhan

Depan Blackberry

Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Tuhan, dengan beribu ciptaan yang telah Kau cipta. Aku antara yang menulis surat padaMu. Sememangnya Kau mendengar atau membaca ataupun berpaling dari aku. Aku redha atas segala yang Kau lakukan, sebab aku tiada hak. Kau Tuhan, dan aku…..aku hanya makhluk ciptaan Kau.

Surat ini ditulis antaranya menunjukkan kesyukuran aku yang masih hidup hingga saat ini. Dan juga beberapa perkara tersirat yang mahu diungkapkan padaMU. Tapi Tuhan, sejurus saja surat ini aku tulis, terus Kau mengambil nyawa aku. Aku tidak kisah, kerana saat itu aku boleh melihat cerita,kisah, dan segala2nya tentang alam selepas ini. Namun aku tidak tahu dosa dan pahalaku ini pada tahap yang memuaskan atau tidak.

Sekiranya Tuhan, sekiranya dosa aku ini melebihi daripada pahalaku. Adakah aku masih dapat melihatMu dari dalam neraka? Disaat aku diseksa dengan seksaan yang begitu dahsyat. Masihkah bisa aku melihat keindahanMu? Kau telah menyedarkan aku, bahawa masuknya aku dalam syurga kelak bukan atas banyaknya pahala aku. Tapi atas RahmatMu lah aku diizinkan masuk ke dalam syurgaMu.

Tuhan, sekarang aku berada di dunia. Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga islam. Namun pada akhir2 ini, didalam agama islam itu sendiri ada beberapa kelompok yang masing2 menegakkan kebenaran masing2. Ya Allah ya Tuhanku, kau tunjukkanlah jalan yang lurus dan benar. Supaya aku senantiasa berada dalam lingkungan pelukan sayap cintaMu. Semoga apa yang aku pegang ini adalah kebenaranMu Tuhan.

Ouh seperkara lagi, sebelum aku lupa. Hehe, maaf Tuhan. Aku ni manusia, takut terlupa. Sebab itu tulisan ini seolah2 mahu meluahkan segala2nya bukan?kelam kabut. Aku ingin beritahu padaMu Tuhan, aku selalu menepuk2 tanah yang aku pijak dan pandang ke langit. Sambil berkata dalam hati. “Inilah dunia, inilah dunia….yang akan aku tinggalkan kelak”. Aku mahu bertanya Tuhan, adakah memori2 manis aku semasa didunia ini akan kekal sampai ke syurga atau neraka kelak? Memori berjalan2 bersama teman, gelak ketawa, membantu mak cik tua, dan mendapat reply dari fallulah, ala artis dari Denmark tu. Kau pasti lebih tahu. Adakah memori2 ini akan tersemat. Aku takut seandainya aku berada dalam neraka, disebabkan kesengsaraan itu aku lupa segala memori2, dan seandainya aku berada dalam syurga disebabkan kenikmatan itu, aku juga lupa segala memori2.

Akhir kata, sekarang aku pandang ke langit biruMu dan berkata. “Senangnya kalau aku dapat melihat Allah dan memelukMu”. Tuhan, aku rindu.

Yang jarang merengek padaMu di sepertiga malam

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s