minda tertawan-intelektual,raufsyanfikir dan kuasa

Posted: January 10, 2012 in surat untuk buku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kehadapan buku minda tertawan,

Dengan nama Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang, Tuhan yang menyimpan masa lalu, yang mengerakkan masa sekarang dan mengetahu masa depan. Selawat ke atas nabi Muhammad salli `ala muhammadin wa’ali muhammad. Semoga kita senantiasa mendapat pengampunan Tuhan. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan kerana diberi peluang bertemu sama buku minda tertawan dan juga berjaya menghabiskannya pada awal tahun 2012.

Surat ini ditulis bertujuan untuk berkongsi apa yang saya dapat dalam pembacaan buku ini. Saya tidak punyai kepakaran dalam menilai sesuatu buku, hanyalah sekadar perkongsian tentang apa yang telah saya baca.

Pada awal pembacaan, saya baca dahulu review, sajak di bahagian akhir kemudian baru baca pendahuluan. Dan mulakan bab 1 hingga seterusnya. Mulanya saya tidak faham maksud sebenar minda tertawan itu, adakah sekadar minda mereka yang disekat2 atau apa. Namun selepas baca buku ini, ia lebih dari itu. Ianya adalah sesuatu kerosakan buat golongan intelektual pada pendapat saya. Kerana mereka seolah2 terperangkap dalam ruang dan dimensi yang mereka rasa tidak berkeupayaan untuk ‘beraksi’ dengan bebas. Dan ruang dan dimensi itu adalah ciptaan mereka sendiri.

Seterusnya dalam buku minda tertawan, menceritakan perihal satu zaman yang saya gelar zaman “off record”. Pada mulanya saya berfikir, apa gunanya buku ini jika kebebasan pada masa sekarang sudah ada? Namun kebebasan yang sepatutnya di miliki oleh golongan intelektual itu seharusnya lebih lagi. Dan apabila saya teringat kembali ‘perdebatan’ saya kira, antara saya dan pensyarah ekonomi bertaraf Phd dari UK(pensyarah melayu perempuan). Membuatkan saya rasa, golongan2 minda tertawan ini wujud. Tidak kisahlah intelektual atau bukan. Kalau bukan intelektual pun sudah tertawan mindanya, maka untuk ke intelektual sebenar itu lebih2 lagi. Pensyarah itu memberi alasan yang pelbagai bagi saya tidak munasabah. Sebagai contoh “awak tidak tahu kesusahan kami tanggung sekiranya kajian2 kami tidak malah berlawanan dengan aspirasi penguasa”. Saya memberi beberapa solusi, dan perdebatan itu berlangsung selama 3 hari dalam laman sosial. Saya benar2 kecewa akan jawapan yang diberi.

Dari buku ini saya belajar beberapa perkara baru dan juga akhirnya tahu ejaan sebenar emir shakib arslan…. Yeah! Sering disebut2 oleh ayah. Dan juga buku ini membuatkan saya memilih untuk menjadi seorang ilmuwan,akademik,atau intelektual daripada menjadi ahli politik sekiranya diberi pilihan. Kerana atas saranan buku minda tertawan yang lebih menekankan keilmuan itu sendiri. Dan juga saya selalu bertanya, apa sumbangan saya pada masyarakat? Kadang2 merasa sia-sia sebab tidak buat apa2.

Ok sebagai penutup pada surat ini, saya hanya punyai satu cadangan. Yakni buku minda tertawan ini perlu diterbitkan dalam edisi remaja atau pop atau yang lebih santai. Kerana ayat serta perkataan yang bombastik dan sofistikated saya rasa, membuatkan seseorang yang tidak minat membaca akan mudah patah semangat. Sekadar cadangan bagi saya. Ia lebih kepada cara bagaimana menjual idea pada kelompok2 biasa. Pasti berjaya, saya doakan semoga pencipta buku minda tertawan ini akan menghasilkan buku2 yang terbaik saja untuk masyarakat.

Yang membaca

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s