cerita Malaysia tidak ke piala dunia

Posted: January 10, 2012 in surat untuk buku

Depan PC

Kuala Lumpur

 

Kehadapan buku cerita Malaysia tidak ke piala dunia,

Semoga senantiasa dilindungi Tuhan dan berada dalam kekuatan mengharungi kehidupan yang mencabar. Surat ini ditulis bertujuan hanyalah untuk berkongsi apa yang aku faham selepas membaca buku “Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia”. CMTKPD aku tahu sewaktu pelancarannya beberapa minggu di TTDI rasanya. Namun aku tidaklah menghadirinya. Selepas itu kawan aku sapik budak temerloh ada bertanya aku tentang buku CMTKPD ini, aku pun kata tahu dan dia minta tolong belikan. Disebabkan aku ini adalah antara manusia yang minat pada buku, aku beli dua. Aku berjaya baca buku ini one-shot dalam sehari, lagipun bukunya nipis.

Selepas habis membaca buku ini yang mana keseluruhannya adalah menunjukkan kepincangan dan keangkuhan FAM. Buat aku teringat, dulu aku pernah tulis surat ke berita harian yang bertajuk FAM(Fahamilah Angkuhnya Mereka). Tapi tak disiarkan. Waktu itu FAM mahu mencari setiausaha agung yang iklannya keluar di ruangan iklan mencari kerja. Pendekkan cerita dalam beratus2 yang memohon hanya tinggal 3 orang saja. Aku ingat2 lupa, betulkan jika aku salah.  Dalam buku ini pula, cara ceritanya seolah-olah aku membaca berita sukan bola sepak malaysia yang semalam punya perlawanan. Sedangkan peristiwa itu sudah berpuluh tahun berlalu. Mungkin penulis patut menjadi wartawan sukan dalam majalah arena bola sepak. Masih ada lagi tak majalah tu? Ataupun penulis memang wartawan sukan?

Selepas baca penutup barulah aku tahu, penulis punyai kesulitan untuk mencari segala informasi. Aku mahu mempertikaikan pada mulanya, kerana tiada rujukan yang diletak bagi membuktikan informasi itu adalah benar. Tidak mengapa, kerana ia boleh dijadikan alasan buat penulis jika berlaku kesilapan, bagi pendapat aku lah. Ouh lupa, aku mencadangkan semua bakal pembaca, baca buku ini tanpa henti. Ini bagi mengekalkan momentum tahun demi tahun percubaan Malaysia itu. Bagi aku buku ini ada dua sisi. Pertama dari sisi negatif, kedua dari sisi positif.

Sisi negatif:

  • Pembaca perlu mengawal emosi kerana jika tidak, pasti akan menyerang ibu pejabat FAM. Dan bayangkan jika perkara itu berlaku. Bangunan FAM dibakar, dihancurkan. Piala yang jadi rebutan dicuri oleh pembaca yang tidak mengawal emosi tadi. (bertuah sungguh pencuri itu kalau dapat piala Malaysia ataupun kasut emas ataupun piala AFF). Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, akta mesin cetak dikenakan atas buku CMTKPD. Rakyat bangkit melawan, sultan bola campur tangan…….habis disini.
  • Penulis mungkin menggunakan bahasa sesopan mungkin dalam memperkatakan hal baginda sultan dan tengku bola, berdoalah semoga tidak kena tulah sultan dan tengku bola. Bayangkan jika sultan bola murka. Bayangkan!!!!

 

Sisi positif

  • Buku ini boleh dijadikan teks wajib buat cikgu sekolah bagi subjek pendidikan jasmani, pensyarah bagi jurusan sukan dan rekreasi setiap IPTA. Mereka boleh melihat dan mengambil iktibar segala peristiwa yang menimpa pasukan Malaysia
  • Menaikkan semangat mengkritik secara kritis dan kreatif terhadap FAM
  • Menunjuk bukti pasukan Malaysia dulu sama hebat dengan korea selatan. Serius aku memang tak percaya, tapi selepas baca buku CMTKPD ini. Aku baru betul2 percaya. Dan itu bukan mitos.
  • Memperkenalkan beberapa pemain Malaysia yang tidak dikenali oleh generasi muda, mereka hanya kenal beberapa nama seperti mokthar dahari, soh chin aun, dollah salleh, dan zainal abidin hassan.
  • FAM baca buku CMTKPD akan insaf. Moga2.

Cadangan aku sekiranya penulis mahu menyambung penulisan buat CMTKPD 2,3…….473. atau mungkin lebih lagi. Letakkan beberapa gambar sewaktu perlawanan ataupun pemain yang disebut. Gambar sultan bola boleh juga. Pasti ramai diluar sana tidak kenal lagi siapa sultan bola. Akhir kata buku ini walaupun ada typo sedikit namun masih berjaya membuat pembaca gelisah dan tidak senang duduk jika tidak menghabiskan pembacaan mereka. Seolah2 kau tengok tengah tonton perlawanan bola, saat2 genting, mak suruh ke kedai beli santan. Memang 1juta alasan la kan. Sekian buat aku yang tidak pandai memberi pendapat. Apatah lagi mengreview.

 

p/s:bila Raja Bola (Gani Minhat) nak lawan Sultan Bola?

 

 

Yang benar

Perewa

Advertisements
Comments
  1. tpa says:

    Merujuk kepada ayat “Menunjuk bukti pasukan Malaysia dulu sama hebat dengan korea selatan”

    Pembetulan: -> Korea Selatan dulu lauk pasukan Malaysia.

    Untuk pengetahuan kamu, waktu itu Malaysia selambe je nak kalahkan Korea. Dulu Korea Selatan miskin dan mundur. Bolasepak mereka pon sama mundur. Cuma sekarang, macam negara maju lain, bolasepak Korea Selatan juga telah terlalu jauh membangun. Sebaliknya bolasepak Malaysia merudum. Jadi sekarang terbalik. Malaysia lauk kepada Korea Selatan.

    Kalau tak percaya pergi sembang dengan orang tua-tua Korea (50 tahun ke atas). Mereka tak kenal KLCC, tapi mereka kenal Malaysia sebab bolasepak kita power dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s