surat mengaduh padu Tuhan

Posted: December 11, 2011 in surat pada tuhan

LOT 2125-66A

LORONG HATI

KAMPUNG JIWA TENANG

24434 MALAYSIA

BUMI TUHAN.

Kehadapan Tuhanku yang aku sembah,

Segala puji bagiMu, tempat aku mengadu bila hati terasa bodoh. Dan bila aku mula merasa pandai, aku seolah mengatur gerak sendiri tanpa melihat kau diatas sana. Semoga Kau yang Maha Pengampun memaafkan aku yang hina ini Tuhan.

Tuhan,

Aku pada mulanya ingin memperkatakan soal cinta walaupun bagi mereka itu basi. Namun ianya tidak bagi aku. Tapi surat ini, aku tulis bukan mengadu tentang cinta. Dengan berkat kasihmu aku mampu sabar menanti cinta baru ciptaanMu. Dan aku selalu berkhayal. Ahhhhh…..tukar topik lain. Yang aku ingin mengadu adalah tentang takdir. Aku tidak tahu Tuhan, apakah penamat takdir aku. Seandainya aku boleh tahu takdir aku bagaimana. Itu jugak takdir sebenarnya. Aku kena bersaing dengan manusia yang mana bagi mata seseorang adalah lebih baik dari aku. Aku? Aku mengalah Tuhan. Sebab aku tahu memang aku tidak mampu menewaskan mereka. Persetankanlah penulisan dan pembacaan yang bakal dibaca oleh manusia lainnya. Kini aku betul2 serius menghantar surat ini padaMu Tuhan. Aku tahu kau Maha mendengar. Mungkin salah aku menjawab-jawab pada temanku tentang persoalan takdir dan mereka mula menyampah. Dan mereka menyampah pada aku. Itu juga takdir? Entah. Aku tidak tahu.

Aku penat dan malas. Aku biarkan dan hanya ikut segala rutin manusia. Serius, ini semua adalah kepura2an. Aku menunggu jawaban dariMu Tuhan. Kerana aku lemah dan hina disisiMu. Ok kembali soal cinta. Maaf Tuhan, walaupun tadi aku tidak mahu berbicara soal cinta tapi ialah manusia memang begitu. Berubah2 sikap. Petang tadi aku duduk sebelah wanita, yang mukanya aku agak biasa dan kenal. Yang menariknya dia meminjam buku hang tuah yang sepatutnya aku mahu pinjam. Dia juga meminjam buku Kassim Ahmad. Tapi takpelah, dan juga dia membaca sajak yang aku hanya ingat “walaupun aku duduk dalam ramai, aku masih rasa seorang diri” dan selebihnya kau lebih tahu Tuhan. Aku ingin bertegur, tapi aku punya persepsi jika wanita itu lebih 3x memeriksa telefonnya. Maksudnya dia sudah berpunya. Ke aku salah Tuhan? Tapi tidak mengapa pasti akan berjumpa dengan dia lagi 2 minggu seterusnya. Borak2 tidak salah kan Tuhan? Sama seperti keterujaan aku ingin berjumpa lagi sekali aishah zulaikha gadis jepun tu. Bisakah kau memberi jawaban?

Yang mengeluh aduhhh

perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s