panggilan(sekadar eksperimentasi)

Posted: October 20, 2011 in Uncategorized

“Kita putus”

Itulah kata2 terakhir yang masuk ke dalam telinganya. “sial…..celaka”, sejak dari hari itu dia mula menjauhkan diri daripada telefon. Baginya, telefon adalah sebab segala2nya. Dia telah berjanji pada dirinya sendiri, bahawasanya dia tidak akan membuat dan menerima panggilan telefon. Janji itu akan ditunaikan dan tidak akan dimungkiri walau sehebat mana pun dugaan. Biar apa pun yang terjadi, janji tetap janji. Kerana baginya, dia bukan seorang yang memungkiri janji!

 

Setahun sudah berlalu.

 

Subuh itu memberikan satu kenikmatan buatnya, angin sejuk pagi memberi satu kedinginan dan keharmonian didalam jiwa. Namun dengan tidak semena2, telefon berdering.

 

Kring…kring..sayup bunyinya, suara yang lama dulu sudah tidak pernah didengar masuk kedalam kupingnya. Dia terkasima.

“saya sudah ada anak sekarang, saya namakannya nama awak”

 

‘bangsat…..’

Makhluk apakah kau ni, tidak mempunyai perasaan langsung. Habis segala barang berderai akibat amukannya. Namun masih lagi tidak dapat memuaskan jiwanya yang meronta2. Rohnya seperti ingin keluar dari dunia ini. Dia berasa begitu pilu sekali, suara itu betul2 menghiris hatinya. Kenapalah dia memungkiri janjinya. Ia memang memungkiri janji itu pasti akan mengundang bahana. Nah, ini natijah yang harus dirasainya. Perasaan jijik pada diri sendiri membuatkan rasa diri sehina2 manusia.

 

Walaupun begitu, sebenarnya suara itu adalah suara yang amat dirindui dan ingin sekali menyahut panggilan itu. Namun apakan daya, seperti ada sesuatu yang menghalang dia bersuara. Mampukah dia bertahan lagi?

 

Setelah perasaannya sedikit reda, dia kembali tenang. Menjalani kehidupan seharian, namun masih tidak lagi membuatkan dia menjauh dari suara itu.

 

Keesokan harinya, pintu diketuk. Bertalu2, seperti ada sesuatu yang penting. Dia terfikir, siapa yang tahu aku disini. Disini aku terpinggir, aku hidup sebatang kara. Ini semua dek kerana suara yang dulunya membuat hati gembira merubah kepada duka lara. Fikirannya melayang jauh, jauh hingga ke satu masa yang dunia ini ibarat surga. Segala yang berlaku adalah nikmat. Dan selepas itu merubah menjadi lobang2 neraka jahannam yang membuatkan jiwa2 yang merana berada disana.

 

Pintu diketuk lagi sekali,

Dia pantas buka pintu, terkejut! Makhluk apakah depan ini. Dia mengumpulkan kekuatan diri, cuba menutup mata moga2 apa yang berada dihadapannya akan hilang serta merta. Namun itu sia2 apabila suara makhluk yang berada didepannya sama seperti suara yang telefon dulu.

 

(‘kita putus’

“saya sudah ada anak sekarang, saya namakannya nama awak”)

 

suara berkata.

Apa yang awak merepek ni, sedarlah…sedarlah..sedarlah…kita mana ada anak. Saya sudah lama tidak menziarahi awak, saya fikir awak sudah sembuh. Tapi awak masih dalam khayalan dan imaginasi awak. Keluarlah dari imaginasi itu demi saya. Saya merayu demi segala yang telah kita korbankan, sedarlah dan terima kenyataan.

 

Dia berkata,

Hah? Apa yang kau merepek ni bangsat. Engkau yang harus bangkit dan sedarkan diri. Siapa yang putuskan siapa? Siapa yang menamakan anak dengan nama antara kita? Kau jangan cuba mengelirukan keadaan sekeliling. Cukuplah sudah permainan kau, aku sudah jemu. Waktu melawat sudah hampir tamat, aku akan berdoa kau cepat sembuh.

 

Dan……

bila aku telefon kelak,

angkat.

 

Kerana itu adalah PENAWAR.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s