surat kepada TUHAN 1

Posted: August 22, 2011 in surat pada tuhan

 LOT 2125-66A

 LORONG HATI

 KAMPUNG JIWA TENANG

 24434 MALAYSIA

BUMI TUHAN.

Alhamdulillah padaMu aku ucapkan,

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang pemurah lagi maha penyayang. Aku sebagai hamba sekadar mengutus surat padaMu, walaupun ini tidak diterima dengan logik akal. Tapi aku percaya, dan sesiapa yang membaca pasti juga percaya bahwa Engkau maha berkuasa dan maha memahami.

Surat ini aku pilih tulis untukMu Ya Tuhanku, pada permulaan aku mencoretkan segala isi hati aku di alam maya. Alam ciptaan hambamu, yang mana cetusan ilmu dariMu jua. Walaupun aku cuba berselindung tentang hati dan perasaan pada manusia. Namun padaMu Ya Tuhanku, aku tidak mampu. Kerana dari Kau jualah aku datang dan kepada Kau jualah aku kembali. Kaulah pemilik jiwa yang sedang menaip ini.

Ya Tuhanku, sejak akhir2 ini aku seringkali merasakan dugaan2 yang menimpa begitu pedih. Walaupun aku juga boleh digelar dikalangan manusia sebagai orang2 yang tewas. Dan aku sudah biasa pada ketewasan itu, namun kali ini aku rasa amat pedih sekali. Aku percaya disisiMu istilah ketewasan antara manusia itu tiada, Kau tidak melihat pada tahap pendidikan aku, Kau tidak melihat pada aku yang tidak fasih berbahasa inggeris, dan kau juga tidak kisah jika aku tidak langsung untuk melakukan imbangan duga. Yang penting bagiMu ouh Tuhanku, hanyalah aku taat akan suruhanMu. Dan bercakap soal suruhanMu yang seringkali tidak aku turuti, aku merasa malu. Malah aku menghindari dari Rahmatmu. Bayangkan ouh Tuhanku, aku ini hamba yang mahu lari dari rahmatMu. Betapa dangkalnya fikiran aku waktu itu.

Dikesempatan aku menulis surat buatMu Tuhanku, aku merasakan aku tidak layak untuk memohon apa2. Kerana aku bukanlah hamba yang menurut perintahMu. Merasakan begitu malu jika aku teruskan untuk meminta, aku hanya mampu bersuara moga2 Kau mengampunkan apa yang aku lakukan pada masa lalu. Aku sedar ouh Tuhanku, apalah dugaan ini atas segala yang telah aku lakukan dan kenikmatan yang telah Kau berikan padaku Tuhan.

Dibawah kekuasaanMu, dan maha kekayaanMu tuhan. Aku akan coba bertahan atas segala rintangan, yang akan Kau datangkan padaku kelak ouh Tuhanku.

Alhamdullilah segala puji untukMu ouh Tuhanku.

Yang cuba mencari setetes RahmatMu

Perewa

Advertisements
Comments
  1. Syifa says:

    Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi..

  2. fifaz says:

    Setiap dugaan dan ujian yang diberikan atau yang diterima…adalah kerana ALLAH sayangkan kita. Sebab tu diberinya ujian dan dugaan dalam kehidupan supaya kita tak lalai dan alpa. Selain itu…setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin sekarang kita tewas…akan datang kita jadi juara. InsyaALLAH. Usaha,Doa,Tawakal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s